Thursday, 24 May 2012

7 PANDUAN MEMBELI TILAM AGAR ANDA BANGUN DALAM KEADAAN SIHAT DAN SEGAR




Kajian yang dijalankan oleh IKEA Malaysia memang mengejutkan kerana didapati 35 peratus rakyat negara ini menukar kereta dalam tempoh tiga hingga lima tahun berbanding 31 peratus sahaja yang menukar tilam bagi tempoh sama. Tilam yang lembut dan luas belum tentu dapat membuat anda tidur nyenyak hingga ke pagi.

Berikut tujuh panduan penting yang wajar diberi pertimbangan sebelum membeli tilam:

1. TIDUR YANG SELESA, tidur yang cukup dan selesa amat penting kepada kanak-kanak serta remaja. Pertumbuhan hormon berlaku sewaktu tidur, justeru itu tidur yang bermutu pada waktu malam mesti diberi keutamaan. Jangan ingat anak-anak masih kecil maka kita tidak perlu mendedahkan sangat soal peragaan tubuh mereka sedangkan hal itu sewajarnya dibentuk dengan sifat tubuh yang cantik.

2. BILANGAN GEGELUNG MENCUKUPI, jangan asyik mencari harga yang murah sehingga lupa mengenai bilangan gegelung di dalam tilam. Cari tilam yang mempunyai bilangan gegelung mencukupi. Harga tilam yang ditawarkan mugkin murah, tetapi bilangan gegelung di dalam sistem spring yang menawarkan sokongan terbaik untuk tubuh belum mencukupi. Oleh itu, pastikan tilam yang dibeli mempunyai sekurang-kurangnya 211 gegelung bagi tilam kelamin dan 312 gegelung bagi tilam berukuran penuh. Gegelung itu juga mestilah heat-tempered supaya tahan lebih lama.

3. KESELESAAN VS SOKONGAN, tidak perlu tilam sekeras papan untuk mendapatkan sokogan kepada tubuh. Tilam yang menyediakan asas yang baik akan menyokong tubuh anak anda secara lembut di semua bahagian supaya peragaan tubuh yang sama cantik sewaktu berdiri. Bawa anak bersama ketika membeli dan suruh dia baring di atas beberapa model tilam. Pilih tilam yang anak anda berasa paling selesa berbaring di atasnya.

4. ASAS SOKONGAN (box spring) TILAM, asas yang baik adalah penting untuk memberi sokongan dan keselesaan sempurna serta bertindak seperti satu penyerap kejutan yang besar. Menggandingkan tilam baru dengan asas (box spring) yang lama tidak akan memberi sebarang sokongan yang diperlukan.

5. ALAHAN, pastikan anda tahu jenis bahan atau fabrik yang diguna untuk tilam pilihan anda. Bahan yang membentuk tilam anda adalah gabungan bebusa dan gentian yang melindungi sistem spring dalaman. Jika anak anda ada masalah alahan, pilih tilam yang menggunakan bahan ganti alahan.

6. JAMINAN, jangan beli tilam hanya kerana tempoh jaminan yang diberikan. Ingat, jaminan yang diberi hanya untuk merosakkan produk, bukan akibat kehilangan keselesaan atau sokongan kepada tubuh anda. Pastikan anda bertanya dan faham dengan jelas mengenai jaminan yang ditawarkan.

7. ALAS TILAM, guna alas tilam yang bermutu supaya tilam sentiasa kelihatan baru dan bebas kotoran. Sesetengah syarikat membatalkan jaminan jika mendapati tilam ada tanda kotoran. Alas tilam juga boleh menambah ketinggian tilam bagi mewujudkan keselesaan.

Tilam yang elok dapat membantu mengurangkan pergerakan badan, kekejangan otot, sakit leher dan belakang dan meningkatkan kualiti tidur.

sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis