December 2014 ~ Bila Han Bercerita

Friday 26 December 2014

Pengguna Jalanraya "Berpesta" Kutip Duit RM7 Juta Bertaburan Atas Jalanraya

Pengguna Jalanraya "Berpesta" Kutip Duit RM7 Juta Bertaburan Atas Jalanraya


HONG KONG – Puluhan pemandu dan pengguna lebuh raya utama di Gloucester Road seakan berpesta apabila berebut-rebut mengutip duit kertas berjumlah hampir HK$16 juta (RM7 juta) yang berteraburan di jalanraya selepas terjatuh daripada van keselamatan.

Kejadian tersebut berlaku semasa van tersebut dalam perjalanan menuju kesebuah bank dan secara tiba-tiba pintu van tersebut terbuka sehingga menumpahkan beberapa kotak yang berisi wang tunai. Pemandu van tersebut mendakwa dia tidak sedar bila dan bagaimana pintu belakang van tersebut terbuka.

“Kami sedang siasat bagaimana pintu van boleh terbuka sendiri sama ada faktor teknikal, kecuaian pemandu atau memang dirancang penjenayah lain yang berjaya umpil pintu itu,” kata supritendan polis Hong Kong, Wan Siu-hung kepada pemberita tempatan.

Sewaktu kejadian masa perjalanan dari tempat duit tersebut bertaburan dengan bank terbabit dalam lebih kurang setengah jam untuk sampai. Kejadian berkenaan telah menyebabkan kesesakan teruk di laluan sibuk tersebut.

Stesen tempatan menunjukkan ramai pejalan kaki turut menyerbu kawasan itu manakala keadaan mula terkawal sejurus puluhan anggota polis lengkap bersenjata berat bergegas mengepung laluan terbabit dan mengutip semula baki wang yang tinggal.

Jurucakap polis meminta orang ramai yang mengambil wang berkenaan supaya menyerahkan kembali duit tunai terbabit di balai polis untuk mengelak daripada dikenakan tuduhan mencuri harta awam. Pakar-pakar perundangan berkata, polis boleh menahan pencuri wang tersebut jika membuat transaksi di bank kerana rekod nombor siri wang hilang itu sudah pun dimaklumkan kepada semua institusi perbankan bagi tujuan rujukan keselamatan. – Agensi





Share:

Dua ekor harimau terlepas dari Zoo Taiping

Dua ekor harimau terlepas dari Zoo Taiping
Seekor daripada harimau tersebut telah pun berjaya ditangkap semula menggunakan peluru penenang.

Dua ekor harimau terlepas dari kandangnya di Zoo Taiping, lapor akhbar The Star hari ini.

Insiden tu dikatakan berlaku pagi tadi ketika pintu pagar masih ditutup.

Menurut The Star lagi, seekor telah pun berjaya ditangkap semula menggunakan peluru penenang.

Sementara itu Bernama melaporkan  Pengarah zoo, Dr Kevin Lazarus berkata Harimau Malaya itu terlepas dari kurungannya ketika kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan oleh pekerja baharu.

"Kejadian itu berlaku ketika harimau tersebut berada di kurungannya di bahagian belakang, bukan berlaku di bahagian kurungan untuk pameran awam. Ia terhentak pintu kurungan itu dan pintu tersebut terbuka secara tiba-tiba," katanya.

Harimau berkenaan kemudian ditembak ubat pelali namun ia melarikan diri ke hutan berhampiran kurungan itu dengan melompat tembok zoo setinggi 1.8 meter, katanya.

Dr Lazarus berkata haiwan itu dijumpai di hutan berhampiran dan ia ditembak sekali lagi dengan pelali sebelum dapat ditangkap semula pada pukul 3 petang.

Sebanyak 30 orang termasuk kakitangan zoo, anggota Bomba dan polis terlibat dalam usaha mencari harimau yang berusia hampir 16 tahun dengan berat kira-kira 300 kilogram dan dua meter panjang tersebut, katanya.

sumber


Share:

Monday 22 December 2014

Zizan Razak Tampil Perjelas Isu Hubungannya Bersama Emma Maembong

Zizan Razak Tampil Perjelas Isu Hubungannya Bersama Emma Maembong


Pelakon dan pelawak Zizan Razak menyangkal dakwaan hubungannya dengan aktres Emma Maembong sudah berakhir seperti mana dilaporkan dalam ruangan gosip sebuah akhbar mingguan pada Ahad.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak, 30, menerusi laman Instagramnya menjelaskan percintaan mereka tidak mempunyai sebarang masalah seperti dilaporkan akhbar itu.

"Kami di sini baik-baik sahaja. Terima kasih rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan yang baik untuk hubungan kami berdua," tulisnya.

Laporan itu menyebut pasangan itu dikatakan sudah tidak bersama sejak sebulan lalu malah malah Emma dilaporkan sudah mempunyai pengganti iaitu pelakon Kamal Adli yang juga pasangannya dalam drama bersiri Syurga Tanpa Cinta.

Zizan Razak Tampil Perjelas Isu Hubungannya Bersama Emma Maembong


Dalam pada itu, dalam status sama, Zizan turut menulis dia mencintai Emma dan memberitahu wanita itu sentiasa berada di dalam hatinya.

"Emma Maembong sentiasa saya cintai. You always in my heart," ujarnya.

Malah Emma menerusi laman Instagram miliknya meminta peminat tidak mempercayai gosip berkenaan selain turut memuat  naik gambar mereka berjalan berdua.

Sementara itu, usaha mStar Online untuk mendapatkan kenyataan lanjut daripada Zizan dan Kamal berhubung gosip berkenaan gagal apabila mereka masing-masing tidak menjawab panggilan dan mesej yang dihantar.

sumber


Share:

Sunday 21 December 2014

Lelaki ini Belikan Cincin Berlian Untuk Isterinya Dengan Wang Simpanan Kutip Sampah

Lelaki ini Belikan Cincin Berlian Untuk Isterinya Dengan Wang Simpanan Kutip Sampah

Seorang warga emas yang mencari rezeki dengan mengutip sampah membeli cincin berlian untuk isteri kesayangannya mendapat perhatian orang ramai yang terharu dengan beliau yang menggunakan wang disimpan daripada hasil kutipannya sejak bertahun lalu.

Lelaki ini Belikan Cincin Berlian Untuk Isterinya Dengan Wang Simpanan Kutip Sampah

Menurut status seorang pengguna dari weibo, lelaki tersebut membantu isterinya memilih dan mencuba cincin sebelum membeli satu untuk isteri dengan wang hasil simpanannya.


"Kehidupan kami sukar dan saya cuma mahu menggembirakannya," lelaki itu dilaporkan berkata di kedai berkenaan.


P/s : sweetnyaa.mesti terharu gile nenek tu..ini bukti cinta sejati..



Share:

Korea Utara Melarang Penduduknya Menggunakan Nama Jong-un

Korea Utara Melarang Penduduknya Menggunakan Nama Jong-un


KOREA Utara mengeluarkan arahan kepada rakyat yang berkongsi nama pemimpin Kim Jong-un untuk menukar nama-nama mereka.

Stesen televisyen KBS dan agensi berita Yonhap melaporkan, Korea Utara telah mengenakan larangan sama pada penggunaan ayah Kim, Kim Jong II dan datuknya, Kim II Sung.

Menurut laporan itu lagi, bayi yang baru lahir dilarang sama sekali menggunakan nama pemimpin itu.

"Mereka yang sudah memiliki nama tersebut diarah supaya menukar nama pada sijil kelahiran mereka," kata laporan tersebut.

Tidak diketahui berapa ramai rakyat Korea Utara yang menggunakan nama Kim Jong Un, tetapi Kim adalah nama keluarga yang biasa dan Jong Un adalah nama yang biasa diberikan. - BBC

sumber


Share:

Bekas Juara Tinju Muhammad Ali Dimasukkan Ke Hospital, Alami Radang Paru-Paru

Bekas Juara Tinju Muhammad Ali Dimasukkan Ke Hospital, Alami Radang Paru-Paru


OUISVILLE: Bekas juara tinju dunia, Muhammad Ali dikejarkan ke hospital pada Sabtu akibat penyakit radang paru-paru.

Jurucakap Muhammad Ali, Bob Gunnell, berkata lagenda tinju berusia 72 tahun itu sedang menjalani rawatan dan kini berada dalam keadaan stabil.

Gunnell berkata, radang paru-paru yang dialami Ali berada dalam keadaan terkawal kerana berjaya dikesan pada peringkat awal.

Beliau dijangka berehat untuk beberapa hari di hospital tersebut.

Sebelum ini, Ali dilaporkan menghidap penyakit Parkinson.

Beliau muncul di khalayak ramai pada September lalu untuk menghadiri satu majlis di kampung halamannya di Louisville sempena Anugerah Kemanusiaan Muhammad Ali.

Muhammad Ali bersara daripada sukan tinju pada 1981 dan mula terlibat dengan misi kemanusiaan.

Beliau menerima Pingat Presiden Kebebasan dari Presiden George W. Bush pada 2005.

sumber


Share:

Pelik ! Wanita Ini Jual kentut di eBay

Pelik ! Wanita Ini Jual kentut di eBay


Laman web ebay merupakan antara laman web jual beli paling popular di dunia. Boleh dikatakan apa sahaja yang anda perlukan, boleh ditemui di laman web ini.

Tetapi jangan terkejut kalau ada yang menggunakan laman web ini untuk membuat kerja gila. Seorang wanita dengan nama akaun kbug1978, menjual kentutnya di dalam balang kaca yang tertutup rapi di eBay.

Kedengaran seperti satu lawak jenaka? Tetapi percayalah, 'barang' ini memang betul-betul dijual.

"Ini adalah kentut yang amat segar yang disimpan dalam sebuah bekas dengan bau menawan.Saya yakin kentut ini cukup murni dan tidak tercemar oleh udara atmosfera. Anda boleh mendapatkan kentut dalam botol ini dengan hanya $2-$50".

sumber

P/s : aneh2 la woii


Share:

Saturday 20 December 2014

(3 Gambar) Rekaan Terbaru Perodua Myvi 2015 Yang Lebih Garang

Rekaan Terbaru Perodua Myvi 2015 Yang Lebih Garang

Gambar kereta Perodua Myvi baru 2015 tersebar menerusi laman sosial. Perodua Myvi rekaan terbaru ini dijangka akan memasuki pasaran tempatan pada tahun 2015. Daripada foto yang tersebar, rekaan model Myvi 2015 dibahagian hadapan nampak lebih garang daripada rekaan Myvi yang terdahulu.

Rekaan Terbaru Perodua Myvi 2015 Yang Lebih Garang

Rekaan Terbaru Perodua Myvi 2015 Yang Lebih Garang



Share:

Friday 19 December 2014

GST Dikenakan Bagi Sesetengah Perkhidmatan Urusan Bank

GST Dikenakan Bagi Sesetengah Perkhidmatan Urusan Bank

Pelanggan bank perlu membayar caj tambahan untuk beberapa perkhidmatan urusan bank sebaik sahaja Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada 1 April depan.
Menurut Kementerian Kewangan menerusi laman Facebooknya pada Jumaat, caj perkhidmatan oleh bank akan tertakluk kepada GST dan oleh itu pelanggan perlu membayar caj tambahan sebanyak 6%.

GST Dikenakan Bagi Sesetengah Perkhidmatan Urusan Bank


"Sebarang bayaran yang dikenakan oleh bank seperti caj MEPS, akan tertakluk kepada GST.

"Sebagai contoh, sekiranya pemegang kad Maybank membuat pengeluaran wang dari mesin ATM CIMB, caj MEPS adalah sebanyak RM1 dan kadar GST yang dikenakan adalah RM0.06," demikian menurut kementerian itu.

Namun, kementerian tersebut berkata, kadar GST tidak akan dikenakan terhadap jumlah wang yang dikeluarkan iaitu RM100 ke atas.

Sementara itu, menurut laman web rasmi GST, pelanggan juga akan dikenakan caj GST bagi bayaran untuk insurans atau buku cek, penyediaan penyata bank, pemprosesan pinjaman, perkhidmatan arahan tetap dan perkhidmatan penyelenggaraan berhubung pembelian dan penjualan saham.

Walaupun GST dikenakan ke atas bayaran yang dikenakan, jumlah sebenar terlibat dalam transaksi seperti jumlah pengeluaran dan faedah yang dibayar untuk pinjaman tidak akan terjejas disebabkan cukai itu.




Share:

Lebih 100 Penumpang Cemas Feri Terkandas di Perairan Dumai

Lebih 100 Penumpang Cemas Feri Terkandas di Perairan Dumai


Sebanyak 175 penumpang dan 10 kru sebuah feri mengalami detik cemas apabila feri mereka terlanggar tebing pasir dan terkandas di perairan Dumai, Indonesia petang Khamis.

Namun Bilik Gerakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia berkata kesemua yang berada di dalam feri itu selamat.

"Kita terima maklumat itu pukul 5.25 petang tadi. Kesemua penumpang diselamat sebuah feri lain menuju Tanjung Medang, Indonesia," katanya kepada Bernama.

Feri itu difahamkan dalam perjalanan dari Port Dickson menuju Tanjung Medang.

sumber


Share:

RON95 Dan Diesel Dijangka Turun Bawah RM2 Seliter Mulai 1 Januari

RON95 Dan Diesel Dijangka Turun Bawah RM2 Seliter Mulai 1 Januari


Harga runcit RON95 dan diesel dijangka turun di bawah paras RM2 seliter mulai 1 Januari depan, sekiranya harga minyak dunia kekal mengalami penurunan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata harga runcit berkenaan boleh dicapai kerana bagi 18 hari pertama bulan ini, harga purata minyak RON95 dan diesel jatuh di bawah paras RM2 seliter.

"Sekiranya harga minyak dunia terus mengalami penurunan selama tempoh 10 hari akan datang ini, saya yakin harga runcit RON95 dan diesel boleh ditetapkan pada harga di bawah RM2 seliter," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat pada Majlis Penerangan dan Dialog Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) peringkat Parlimen Rembau di Pedas, Jumaat.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Awaludin Said.

sumber


Share:

Saturday 13 December 2014

( 9 Gambar) Faralyna Idris & Fikri Selamat Bergelar Suami Isteri

Faralyna Idris & Fikri Selamat Bergelar Suami Isteri


Malam tadi mengambil tempat di atas kapal Cruise Tasik Putrajaya, pelakon Faralyna Idris selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya Muhammad Fikri Abdullah. Pasangan ini bertunang pada Mei 2014 selepas bercinta hampir dua tahun.

Pasangan ini bakal mengadakan majlis resepsi pertama mereka di Grand Ballroom The Place Once City, Subang Jaya hari ini manakala resepsi sebelah lelaki akan diadakan di Keramat, esok.

Bercakap kepada Berita Harian, Faralyna Idris meluahkan rasa bersyukur yang majlis pernikahan berjalan lancar walaupun terpaksa menukar lokasi pada saat saat akhir selain berkata masih tiada perancangan untuk berbulan madu setakat ini.

“Alhamdulillah di sebalik kekalutan minit akhir kami mengubah lokasi majlis perkahwinan, akhirnya semua berjalan seadanya. Terima kasih kepada keluarga yang banyak membantu melancarkan segala-galanya. Setakat ini kami tak merancang lagi nak berbulan madu ke mana-mana”

“Keputusan berkahwin ini pun mengejut, secara tiba-tiba apabila Fikri ajak saya kahwin. Perkara baik, keluarga pun tak ada halangan. Mungkin tahun depan kami akan berbulan madu”

“Ikut keinginan hati ingin ke Pulau Maldives. Tapi tak kisah mana-mana janji kami dapat luangkan masa berdua menikmati keindahan fasa awal perkahwinan. Soal anak pun tiada perancangan lagi. Terima saja rezeki jika ada dalam masa terdekat,” ujarnya gembira.

Tahniah buat keluarga kedua dua pasangan atas perkahwinan indah ini. Berikut beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan Faralyna Idris & Fikri untuk tatapan anda

Faralyna Idris & Fikri Selamat Bergelar Suami Isteri

Faralyna Idris & Fikri Selamat Bergelar Suami Isteri

Faralyna Idris & Fikri Selamat Bergelar Suami Isteri

Faralyna Idris & Fikri Selamat Bergelar Suami Isteri

Faralyna Idris & Fikri Selamat Bergelar Suami Isteri

Faralyna Idris & Fikri Selamat Bergelar Suami Isteri

Faralyna Idris & Fikri Selamat Bergelar Suami Isteri

Faralyna Idris & Fikri Selamat Bergelar Suami Isteri

sumber

P/s : tahniah diucapkann..


Share:

WAJIB BACA !! 13 Perkara Yang Perlu Dijaga Oleh Wanita

13 Perkara Yang Perlu Dijaga Oleh Wanita


1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng –Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan –(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya –(Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,


13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Peti kan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)




Share:

Thursday 11 December 2014

Hrithik Roshan diundi lelaki Asia paling seksi

Hrithik Roshan diundi lelaki Asia paling seksi


Pelakon Bollywood, Hrithik Roshan telah diundi di United Kingdom sebagai Sexiest Asian of 2014 untuk kali ketiga dalam masa empat tahun. Hrithik yang berusia 40 tahun telah memenangi semula tempat pertama yang disenaraikan setiap tahun oleh surat khabar Eastern Eye.

Editor Eastern Eye, Asjad Nazir berkata mereka percaya Hrithik dalam perjalanannya untuk menjadi bintang global yang terkenal dari India selepas Shah Rukh Khan.

‘’Dia bukan sahaja satu pelakon yang berbakat tetapi penari yang terbaik di Bollywood. Tambahan pula, badan Hrithik yang tegap dan sikap rendah dirinya adalah sebab utama dia diundi lelaki Asia paling seksi di United  Kingdom’’, tambah Nazir.

Sejak tahun 2013, hidup Hrithik seala roller-coaster selepas isterinya, Suzanne Roshan telah mengumumkan perceraian darinya selepas berkahwin untuk 14 tahun.  Sejak dari itu, dia telah menerima lebih daripada 300,000 lamaran untuk berkahwin!

Tahun ini juga, filem Hrithik, Bang Bang yang dilakonkan bersama Katrina Kaif adalah antara filem yang terbaik untuk 2014. Di laman Facebook, dia telah berterima kasih kepada peminatnya di UK dengan menulis status di bawah.

Hrithik Roshan diundi lelaki Asia paling seksi

sumber

Share:

Restoran McDonald's kantoi siar video lucah kepada pelanggan

Restoran McDonald's kantoi siar video lucah kepada pelanggan


SWITZERLAND, (MLP) – Pelanggan yang berkunjung di sebuah restoran McDonald’s melalui pengalaman yang jarang diperoleh apabila ditayangkan dengan adegan lucah dari sebuah video porno menerusi skrin televisyen di restoran berkenaan.

Seorang pelanggan yang dikenali sebagai Steffen Reiniger, bertandang ke restoran makanan segera itu bersama rakan-rakannya sekitar lewat malam.

Restoran McDonald’s yang terletak di bandar Zuchwil itu dengan tidak semena-mena ‘menyajikan’ klip video panas tersebut sejurus program Sexy Sports Clips tamat bersiaran.

Salah seorang pekerja bertindak menukar siaran apabila perasan bahawa video janggal itu ditayangkan oleh saluran German Sports Channel.

“Kami berempat semuanya lelaki, jadi kami tidak kisah.”, ujar Reiniger.

Jejaka berusia 24 tahun itu turut menyatakan kebimbingan sekiranya kejadian terbabit berulang semasa terdapatnya keluarga yang mempunyai anak kecil di dalam restoran.

Pihak McDonald’s telah memohon maaf akan kejadian itu dan menerangkan bahawasanya mereka tidak tahu siaran televisyen itu turut menayangkan video jenis demikian.

sumber


Share:

Monday 8 December 2014

Shera Aiyob Kini Bertudung Dan Buang Kesemua Gambar Lama Yang Tidak Bertudung

Shera Aiyob Kini Bertudung Dan Buang Kesemua Gambar Lama Yang Tidak Bertudung


Sejak minggu lalu, ramai mula memperkatakan tentang khabar yang mengatakan pelakon dan juga isteri kepada Zahiril Adzim, Shera Aiyob kini sudah mengenakan tudung sepenuhnya selepas kesemua gambar beliau tidak bertudung sudah dipadam di laman sosial.

Berita itu disambut baik oleh ramai peminat yang suka dengan penampilan terbaru Shera Aiyob itu dan melalui Utusan Malaysia hari ini, beliau kongsikan sedikit kisah disebalik penghijrahan itu.


Pelakon ini berkata yang keputusan untuk bertudung penuh ini diambil baru baru ini sahaja & tidak ramai yang mengetahuinya dan apabila ditanya jika ada peristiwa istimewa yang berlaku mendorong keputusannya itu, ini jawapan beliau.

“Tidaklah, tiada apa berlaku sebelum saya membuat keputusan ini. Tetapi perasaan itu memang ada sudah lama, cuma baru sekarang ia berlaku. Memang saya bersyukur sangat mungkin ini janji yang sudah tertulis yang saya akan mengenakan tudung sekarang,” ujarnya.

Shera Aiyob turut berkata yang suaminya Zahiril Adzim tidak memaksa untuk beliau berubah kerna percaya perubahan perlu datang dari diri sendiri.

“Dia tidak ada cakap apa-apa, cuma saya tahu memang dia juga nantikan keadaan ini sudah lama. Mungkin ini doa dia dan saya juga. Kali pertama saya mengenakan tudung ketika keluar rumah dia cuma tanya, betul ke? Bila saya cakap ya, dia hanya senyum,” tambahnya lagi.

Shera Aiyob Kini Bertudung Dan Buang Kesemua Gambar Lama Yang Tidak Bertudung

Shera Aiyob Kini Bertudung Dan Buang Kesemua Gambar Lama Yang Tidak Bertudung

sumber

P/s :Alhamdulillahh


Share:

Saturday 6 December 2014

Kota purba ditemui ‘terkubur’ di laut Mesir

Kota purba ditemui ‘terkubur’ di laut Mesir


ALEXANDRIA - MESIR. Sebelum ini ramai menyangka bahawa kota purba, Thonis-Heracleion hanyalah sebuah kota lagenda.

Namun penemuan ke atas kota tersebut pada tahun 2000 sekaligus menyangkal dakwaan pelbagai pihak, menjadikan kota yang selama ini dikatakan mitos, sebenarnya wujud di bumi ini!

Kota purba ini dikatakan lenyap di sekitar kawasan Mediterranean sekitar 1,200 tahun dahulu.

Menurut laporan yang dipetik menerusi portal Mirror.co.uk, ciri-ciri yang terdapat pada sejarah, ukiran dan binaan yang terdapat di kota tersebut hampir menyerupai kota purba Atlantis.

Sekumpulan penyelidik yang merupakan ahli arkeologi berkata, penemuan tersebut bermula di bahagian utara pantai Mesir.

Kota purba ditemui ‘terkubur’ di laut Mesir


Kata seorang penyelidik, Franck Goddio, kumpulannya mula menjejak semula kota tersebut sebelum menemui bahagian-bahagian kota lama itu yang berada jauh di dasar laut.

“Setakat ini, pihak kami telah menemui serpihan-serpihan yang mempunyai hubung kait dengan kota tersebut.

“Pihak kami menemui 64 bangkai kapal pedagang yang dipercayai menjalankan urus niaga dengan penduduk kota tersebut, syiling emas dan patung-patung gergasi sebesar 16 kaki," katanya.

Selain itu, pihaknya melaporkan turut menemui kepingan batu berukir tulis purba Yunani dan Mesir Purba di tapak penemuan kota tersebut.

Berdasarkan teori awal penyelidik, kota tersebut dikatakan ‘tergelincir’ ke dasar laut 1,000 tahun selepas ia dibina pada abad kelapan sebelum Masihi.

Sebelum kota Thonis-Heracleion hilang, ia dikatakan dibina di sekitar muara Sungai Nil.

“Andaian itu dibuat berdasarkan patung granit merah Dewa Hapi iaitu dewa Sungai Nil yang dijumpai bersama dengan penemuan kota tersebut.

“Patung tersebut juga merupakan antara patung terbesar pernah ditemui oleh pihak kami,” jelasnya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

 Antara teori lain yang turut dikemukakan termasuklah kenaikan paras air laut dan tragedi bencana alam yang menimpa, menyebabkan kota tersebut ‘terkubur’ ribuan tahun lamanya.

sumber


Share:

(7 Gambar) Tahniah !! Chef Riz Dan Shikin Maembong Selamat Bernikah

Chef Riz Dan Shikin Maembong Selamat Bernikah


Selebriti Chef, Mohd Nadzri Redzuwan, 32, yang juga dikenali sebagai Chef Riz telah pun selamat dinikahkan dengan pasangannya, Shikin Maembong, 31, pada malam tadi.

Perkara itu telah pun disahkan oleh bapa Chef Riz iaitu Datuk Mohd Nadzri Redzuwan atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menerusi instagramnya, @chefwan58 pada pagi tadi.

Chef Wan yang juga selebriti chef bertaraf antarabangsa  turut mengucapkan tahniah buat pasangan pengantin tersebut.

Malah, dia juga memberitahu bahawa dia tidak tahu apakah hadiah yang patut  diberikan kepada anak lelaki serta menantu perempuannya itu.

Pun begitu dia ada bertanya kepada Shikin yang juga kakak kepada Emma Maembong, sama ada mereka memerlukan wang tunai atau tidak untuk membantu mengadakan majlis majlis pernikahan mereka itu

Tapi, mereka tidak mahu kerana memilih untuk mengadakan majlis tersebut itu secara ringkas dan sederhana. Malah, mereka rela menyimpan wang tersebut untuk digunakan pada saat mereka hendak mula membina keluarga. Shikin juga berharap Chef Wan akan gembira dengan keputusan mereka itu.

"Saya kata, sudah tentu kerana apa yeng penting, akad nikah adalah satu upacara yang dilakukan untuk menyatukan mereka sebagai pasangan suami isteri yang sah dan halal dalam kontek Islam," katanya.

Menurut Chef Wan lagi, persiapan untuk majlis pernikahan Chef Riz dengan Shikin Maembong itu telah dilakukan sendiri oleh mereka tanpa melibatkan pihak keluarga masing-masing,

"Saya rasa mereka telah melakukan tugas yang baik untuk mengadakan majlis Akad Nikah itu, " katanya lagi.

Majlis pernikahan Chef Riz dan Shikin Maembong telah dihadiri 200 orang tetamu daripada pihak keluarga lelaki dan perempuan serta sahabat handai terdekat.
Chef Riz dan Shikin mula  menjalinkan hubungan cinta sejak 2 tahun yang lalu. Ini adalah perkahwinan yang kedua buat Chef Riz. Sebelum ini, Chef Riz pernah berkahwin dengan aktres berambut panjang mengurai, Ana Dahlia pada 11 Disember 2011, namun perkahwinan berakhir tidak sampai setahun.

Chef Riz Dan Shikin Maembong Selamat Bernikah

Chef Riz Dan Shikin Maembong Selamat Bernikah

Chef Riz Dan Shikin Maembong Selamat Bernikah

Chef Riz Dan Shikin Maembong Selamat Bernikah

Chef Riz Dan Shikin Maembong Selamat Bernikah

Chef Riz Dan Shikin Maembong Selamat Bernikah

sumber 1
sumber 2

P/s :Tahniahh..


Share:

Joe Hart Merupakan Penjaga Gol Yang Menerima Gaji Tertinggi Di Dunia

Joe Hart Merupakan Penjaga Gol Yang Menerima Gaji Tertinggi Di Dunia


JOE HART bakal muncul sebagai penjaga gol yang menerima bayaran gaji tertinggi di dunia selepas menandatangani kontrak baharu bernilai £31 juta bersama Manchester City pada minggu depan.

Pengendali City, Manuel Pellegrini pada Jumaat mengesahkan bahawa penjaga gol England itu bersetuju  menandatangani kontrak baharu selama lima tahun itu.

Menerusi kontrak baharu yang bakal mencatat rekod itu, Hart akan menerima kenaikan gaji sebanyak 50 peratus tidak termasuk pelbagai bonus.

Hart juga bakal menjadi sebahagian daripada pemain yang menerima imbuhan berikutan kejayaan menjuarai Liga Perdana Inggeris musim lalu selain David Silva, Sergio Aguero, Samir Nasri, Edin Dzeko dan Aleksandar Kolarov ketika memperbaharui kontrak.

"Saya sentiasa memberitahu bahawa Hart merupakan penjaga gol yang penting untuk kelab. Dia penjaga gol yang baik dan penting kepada skuad.

"Saya tidak boleh dedahkan jumlah gaji baharunya tetapi dalam minggu depan kamu akan mengetahui berita baik itu," jelasnya kepada pemberita.


sumber


Share:

Nenek ditangkap jual daun ketum 53 kilogram

Nenek ditangkap jual daun ketum 53 kilogram


JITRA - Kegiatan menjual daun ketum dipercayai didalangi seorang wanita warga emas berusia 65 tahun dan anak saudaranya kira-kira enam bulan lalu terbongkar selepas mereka ditahan polis, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 11 pagi di belakang sebuah rumah di Kampung Pida 6 Baru, Kodiang, dekat sini, dua suspek ditahan bersama sembilan bungkusan daun ketum seberat 53 kilogram (kg) bernilai RM954.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, hasil maklumat orang awam, pihaknya melakukan siasatan seterusnya menyerbu rumah suspek.

“Kita merampas daun ketum dan menahan seorang wanita warga emas dan anak saudara perempuannya berusia 29 tahun kerana disyaki terlibat menjual daun ketum tersebut,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya percaya daun ketum itu adalah untuk dijual kepada pihak lain yang akan memprosesnya menjadi air ketum.

Menurutnya, suspek kini direman empat hari bermula kelmarin dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang boleh dipenjara maksimum empat tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Lokasi yang sama juga pernah diserbu kira-kira enam bulan lalu dan kita turut menahan seorang wanita berusia lingkungan 30-an,” katanya.

sumber

P/s : macam2 hal la


Share:

Zalora Bagi Kejutan Istimewa Buat Pasangan Suami Isteri Ini Setelah Bertekak Di Facebook

Zalora Bagi Kejutan Istimewa Buat Pasangan Suami Isteri Ini Setelah Bertekak Di Facebook

Baru-baru ini, satu pergaduhan sepasang suami isteri di wall Facebook Zalora dimana si suami meminta agar Zalora menghalang si isteri dari melayari website membeli belah itu telah menjadi viral.

Zalora Bagi Kejutan Istimewa Buat Pasangan Suami Isteri Ini Setelah Bertekak Di Facebook


Menurut si isteri, dia kuat 'bershopping' di Zalora kerana sekarang dia hamil dan susah untuk bergerak ke pasaraya.

Zalora Bagi Kejutan Istimewa Buat Pasangan Suami Isteri Ini Setelah Bertekak Di Facebook


Mungkin pergaduhan ini telah mencuit hati pihak pengurusan syarikat tersebut, pihak Zalora telah datang ke rumah mereka berdua dengan hadiah yang tidak disangka-sangka. Bekalan baju dari Zalora selama setahun!


Zalora Bagi Kejutan Istimewa Buat Pasangan Suami Isteri Ini Setelah Bertekak Di Facebook

Zalora Bagi Kejutan Istimewa Buat Pasangan Suami Isteri Ini Setelah Bertekak Di Facebook


Wah, tak sangka betul baik sungguh hati pihak Zalora ni. Kiranya si isteri tak payah la lagi shopping di Zalora selama setahun. Rezeki anak dalam perut :).

Zalora Bagi Kejutan Istimewa Buat Pasangan Suami Isteri Ini Setelah Bertekak Di Facebook

Zalora Bagi Kejutan Istimewa Buat Pasangan Suami Isteri Ini Setelah Bertekak Di Facebook

Zalora Bagi Kejutan Istimewa Buat Pasangan Suami Isteri Ini Setelah Bertekak Di Facebook

Zalora Bagi Kejutan Istimewa Buat Pasangan Suami Isteri Ini Setelah Bertekak Di Facebook

sumber

P/s : rezeki...heheh..save duit shopping kan


Share:
loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...