Bila Han Bercerita

Tuesday, 16 May 2017

[Video] : Kenapa Panda Berwarna Hitam Putih?

fakta tentang panda

Sekumpulan penyelidik dari UC Davis dan Universiti Negeri California telah menjalankan satu kajian. Mereka dapati warna putih pada muka, leher, perut, bahagian belakang dan bahagian punggung panda dapat membantu mereka berlindung semasa dalam keadaan bersalji. Warna hitam pula, untuk timbulkan diri mereka di kawasan tersebut.

Warna hitam ni juga untuk elakkan mereka dari haiwan predator yang ingin menyerang mereka kerana menganggap mereka adalah beruang.

kenapa panda warna hitam dan putih

video :




Share:

10 Jersey Bola Sepak Termahal Di Dunia


jersi termahal, jersi murah online

Akhbar Daily Mail pernah melakukan kajian tentang harga jersey kelab untuk yang berpangkalan di Eropah. Ternyata hasilnya jersey pasukan Liga Premier dijual dengan harga yang tergolong murah. Jersey pasukan sekelas Chelsea, Arsenal, Manchester City dan Manchester United termasuk kategori antara 10 kelab dengan jersey termurah.

Harga jersey pasukan-pasukan Inggeris juga tergolong lebih murah bila dibandingkan dengan wakil dari La Liga Sepanyol. Sebagai contoh Real Madrid, peminat di Eropah perlu mengeluarkan sehingga RM 362 untuk mendapatkan sehelai jersey Los Blancos tersebut.

Menariknya, liga-liga yang tidak terlalu terkenal seperti Rusia, Switzerland dan Romania menjual jersey dengan sangat mahal. Bayangkan saja, untuk memiliki seragam Zenit St Petersburg, peminat harus membelanjakan wang sehingga RM 465 untuk sehelai jersey.


Berikut 10 Jersey Termahal Di Dunia :

  1. Zenit St Petersburg (RM 465) 
  2. FC Basel (RM 439) 
  3. Steaua Bucuresti (RM 424) 
  4. Shakhtar Donetsk (RM 412) 
  5. Juventus (RM 384) 
  6. Paris Saint Germain (RM 383) 
  7. FC Porto (RM 383) 
  8. Barcelona (RM 383) 
  9. Atletico Madrid (RM 366) 
  10. Real Madrid (RM 365) 


Share:

Monday, 15 May 2017

Petua : Cara Buang Angin Dari Dalam Hanya Dengan Herba Di Rumah

Cara Buang Angin Dari Dalam Hanya Dengan Herba Di Rumah

Kepada anda yang tidak boleh minum jenis-jenis ubat tertentu untuk menghalau sejenis angin dari dalam badan. Anda boleh cuba teknik yang sangat mudah dan mujarab ini hanya dengan menggunakan beberapa jenis herba yang sentiasa ada di setiap rumah dengan berkesan dan teramat murah.

Bahan-Bahan Herba Di Rumah

Lada Hitam 50sen (Digunakan hanya 15 biji sahaja)
Halba 50sen x 3 bungkus = 3 sudu besar
Halia 5cm = 50sen (Adak2 saja saiz yang diperlukan)
Bawang Putih = 20sen (4 ulas cukup dan memadai)

Jumlah keseluruhannya hanya RM2.70, cukup untuk dibuat stok selama seminggu. Jika habis anda boleh ulangi semula step seperti di atas.

Sila tengok gambar-gambar di bawah bagaimana saya buat herba yang sangat mujarab ini. Semoga membantu dan in sha Allah anda akan sihat.







Share:

Ini Sebabnya Kenapa Ada Ruang Di Bawah Pintu Tandas Awam

ruang pintu tandas awam

Pernah tak anda terfikir, kenapa kebanyakan pintu tandas awam tidak ditutup penuh? Memang bersebab dan bukan saja-saja tau.

1. Mudah Untuk Dibersihkan

mop lantai

Pintu tandas awam biasanya direka dengan ukuran suku penuh kerana ia memudahkan kerja pembersihan.

2. Untuk Mengetahui Ada Orang Atau Tidak

ada orang dalam tandas

Jika kunci pintu tandas rosak, sekurang-kurangnya individu yang berada di dalam tandas akan mengesan kehadiran seseorang, walaupun yang kelihatan hanya kaki.

3. Mudah Mengesan Benda-Benda yang Mencurigakan

seks dalam tandas, romen dalam tandas

Bila pintu tandas berada di paras di atas buku lali, ia memudahkan untuk mengetahui hal-hal yang tidak diingini seperti gambar di atas.

4. Pintu Suku Penuh Lebih Murah

fakta tandas awam

Jenis pintu suku penuh ini dikatakan lebih murah berbanding pintu berukuran penuh. Malah, proses memasang pintu juga mudah dan menjimatkan masa.


sumber


Share:

Nur Sajat Dapat Gelaran Dato' Dari Tengku Mahkota Pahang , Netizen Meroyan

Dato' Sajat

KUALA LUMPUR - Nur Sajat yang mempunyai 2 orang anak angkat ini sedang giat mengembangkan perniagaannya dalam bidang produk kosmetik dan kecantikan, ‘Let’s Cantik’ ini telah membuktikan bahawa dia akan terus menempa kejayaan.

Ini kerana baru-baru ini Nur Sajat telah menerima Anugerah Tokoh Tun Puteh Dari Tengku Mahkota Pahang di sebuah hotel di ibu kota

Menerusi gambar yang dimuatnaik di Instagram, Nur Sajat meluahkan rasa bersyukur dengan pengiktirafan ini kerana disebalik kejayaan ini, ibubapanya yang banyak memberi sokongan terhadapnya.

Sebelum ini kecoh di media social tentang jantina Nur Sajat dan beliau juga ada mengeluarkan kenyataan mengenai dirinya.

Mak ayah sajat sentiasa menemani sajat kemana sahaja. Alhamduillah mak ayah sentiasa mendoakan sajat hingga ke hari ini. Biar lah orang di luar berkata apa apa sekali pun pada sajat,cuma yang faham sajat adalah mak dan ayah sajat.

Nur Sajat redha dengan kecaman orang ramai yang masih mempertikaikan mengenai status kelahirannya.

Kerana kelahiran sajat (khunsa) adalah rahsia mereka. Sajat akur bukan senang untuk harungi seorang bernama Nursajat, kerana ujian Nursajat kena kuat walaupun apa pun berlaku. Yang penting mak dan ayah sentiasa bersama dengn sajat dan doa mereka yang sajat perlukan.

Terima kasih mak dan ayah kerana melahirkan sajat. Sajat tak pernah marah apa yang berlaku pada sajat. Segala kecacatan sajat ini.

Sajat terima dengan redha. Anugerah TUN PUTIH INI BUAT MAK DAN AYAH. Sajat sayang mak dan ayah, biar lah kat luar tu nak kata apa pada sajat, yang penting mak ayah tahu sajat siapa.

tengku mahkota pahang sajat

Dato' Sajat


Share:

Video : Isteri serang & bogelkan 'kekasih' suaminya di Starbucks


wife beat his husband lover and gets nude

CHINA - Seorang isteri yang tidak dapat lagi mengawal kemarahannya bertindak menyerang wanita yang dipercayaia cuba merampas suaminya.

Rakaman video yang tersebar di media sosial menunjukkan si isteri duduk di atas wanita itu bagi mengelakkannya melarikan diri.

"Tengoklah perempuan ini, nak bermain cinta dengan suami orang. Mak kau mesti pelacur, kan? Sebab itu kau dilahirkan jadi pelacur jugak!" kata si isteri yang terus duduk di atas badan wanita berkenaan.

Sementara itu, seorang kanak-kanak perempuan dipercayai anaknya, menangis meminta ibunya berhenti memukul wanita itu.

Suaminya yang berbaju putih juga cuba menghalang isterinya, namun tidak berdaya kerana enggan mencederakan kedua-dua belah pihak.


Si isteri enggan mengendahkan permintaan suaminya dan terus menyerang wanita itu dan dengan sengaja membogelkannya di dalam premis Starbucks itu yang dipenuhi orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut.

"Apa hubungan yang saya ada dengan lelaki ini? Kami hanya sekadar kawan sahaja," kata wanita terbabit.

Lelaki itu juga mengakui bahawa wanita itu hanya pekerjanya sahaja.


Difahamkan, kejadian itu berlaku pada Ogos 2016. Namun tersebar semula di media sosial baru-baru ini dengan dakwaan kononnya kejadian itu berlaku di sebuah pusat beli-belah di Singapura.


sumber


Share:

Inilah Fungsi Sebenar Garisan Pada Setiap Wang Kertas


garisan duit

Pernah tak anda terfikir bagaimana orang cacat penglihatan membezakan nilai wang yang mereka pegang?

Untuk pengetahuan semua, garisan yang terdapat pada duit kertas dapat membezakan setiap nilai wang yang ada.

tanda-buta640

RM 1 – 1 unit garis mendatar

RM 5 – 1 unit menegak

RM 10 – 2 unit mendatar

RM 20 – 2 unit garis menegak

RM 50 – 2 unit berbentuk wajik (Diamond Shape)

RM 100 – 3 unit garis menegak

untuk info selanjutnya dan serba serbi mengenai wang, boleh baca  >DISINI<

sumber

Share:

Bagaimana Bangladesh Boleh Terpisah Dengan Pakistan?


bangladesh and pakistan seperated

Selepas jatuhnya British pada tahun 1947, Bengal dipisahkan daripada Pakistan Barat sebagai salah satu daerah wilayah tersebut dan diberi nama sebagai Pakistan Timur. Dhaka pula dijadikan sebagai ibu negeri Pakistan Timur. Walaupun Pakistan Timur mempunyai sumber yang mencukupi dan demografi yang baik, namun seluruh kerajaan dan tentera Pakistan masih dikuasai oleh sebahagian besar golongan atasan di bahagian barat.

Kerajaan Pakistan yang sebahagian besarnya dikuasai oleh golongan atasan bahagian barat telah mengisytiharkan Bahasa Urdu sebagai bahasa rasmi untuk seluruh Pakistan. Hal ini menyebabkan munculnya rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat di timur. Pada 21 Ogos 1952, pelajar Bengali di Pakistan Timur telah bangkit demi bahasa ibunda mereka dan telah menentang keputusan tersebut. Namun begitu, beberapa pelajar telah terkorban dalam pertempuran demi bahasa ibunda mereka ketika bertempur dengan pihak polis. Pengorbanan yang cukup bermakna oleh pelajar-pelajar tersebut diiktiraf sebagai Hari Bahasa Ibunda Sedunia bukan sahaja di Bangladesh tetapi di seluruh dunia.

Ketidakpuasan hati terhadap pihak di bahagian barat dalam isu kekuasaan ekonomi dan budaya membawa kemunculan Liga Awami sebagai suara politik paling berkuasa di Pakistan Timur. Pada 7 Mac 1971, Presiden Liga Awami dan Bapa Kebangsaan, Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman dalam ucapan yang penuh bersejarah di hadapan beratus ribu orang di Suhrawardy Udyan telah menyeru agar seluruh masyarakat di Pakistan Timur untuk melancarkan serangan menentang tentera Pakistan dan menyiapkan persediaan untuk Perang Kemerdekaan.

Selepas berlaku banyak krisis politik dan diskriminasi kedaerahan, Perang Kemerdekaan Bangladesh ( Muktijuddho ) pun meletus setelah Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Bangladesh, sebelum beliau ditangkap pada pagi 26 Mac 1971 oleh tentera Pakistan. Presiden Yahya Khan dan tenteranya secara rasmi melancarkan operasi berdarah yang dikenali sebagai Operasi Searchlight kepada orang yang berdosa di Bangladesh untuk menghapuskan gerakan nasionalis Benggala.

Kerajaan buangan telah dibentuk oleh ketua Liga Awami, yang secara rasmi mengangkat sumpah di Meherpur, di daerah Kustia, Bangladesh pada 17 April 1971, dengan Tajuddin Ahmad sebagai Perdana Menteri pertama dan Syed Nazirul Islam sebagai Pemangku Presiden. Sebuah pasukan bantuan dikenali sebagai Mukti Bahani ( Pejuang Kebebasan ) telah dibentuk dan ahli-ahlinya berasal daripada tentera Bangladesh dan para pejuang rakyat.

Diketuai oleh M.A.G Osmani , tentera Bangladesh telah disusun kepada 11 sektor dan, sebahagian daripada Mukti Bahini, untuk mengetuai sebuah perang gerila secara besar-besaran menentang tentera Pakistan. Semasa perang tersebut, seluruh dunia menyaksikan peristiwa Pembantaian Bangladesh 1971, dimana tentera Pakistan bersama pasukan militan agama mengadakan pembunuhan berskala besar melibatkan pembunuhan masyarakat Bengali, para intelektual, pemuda-pemudi, para pelajar, ahli-ahli politik, para aktivis dan golongan minoriti agama.

Di tengah-tengah pengorbanan yang tidak terkira oleh rakyat Bangladesh, tentera Pakistan akhirnya mengalah kepada tentera gabungan Bangladesh-India pada 16 Disember 1971. Selama 9 bulan panjangnya rakyat Bangladesh perlu berdepan dengan Perang Kemerdekaan Bangladesh dan akhirnya mereka memenangi perang pada hari tersebut.


sumber


Share:
loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...