Bila Han Bercerita: Info dan Fakta
Showing posts with label Info dan Fakta. Show all posts
Showing posts with label Info dan Fakta. Show all posts

Thursday, 1 June 2017

5 Kesan Berbahaya Menjemur Pakaian Basah Di Dalam Rumah

5 Bahaya Bila Menyidai Baju Basah Di Dalam Rumah

Tahukah anda jemur kain di dalam rumah boleh berkait dengan masalah kesihatan?

Ini merupakan beberapa sebab yang menyatakan kenapa jemur kain di dalam rumah tidak elok dari segi kesihatan.

5 Keburukkan Menjemur Kain Dalam Rumah Ketika Musim Hujan:

1. Boleh Menyebabkan Kanser

Jika anda suka guna pelembut kain selepas mencuci pakaian kerana bau yang wangi, perlu tahu kandungan acetaldehydes yang tinggi menjadi sebab utama penyakit kanser. Lebih elok cuba elak menjemur kain di dalam rumah kerana berbahaya jika anda selalu sedut udara tersebut.

2. Pengaruh Alergi

Udara yang terperangkap di dalam rumah boleh menjadi bakteria. Kalau anda yang ada masalah kulit, kena belajar elak jemur kain di dalam rumah, ya. Sebab ini salah satu faktor utama anda mengalami alergi (ruam) dan masalah gangguan pernafasan.

3. Beracun

Pernah tak anda basuh kain dan terlupa nak sidai dan akhirnya kain yang dibasuh bertukar bau jadi busuk walau pun pakaian sudah direndam pelembut. Ya, itulah racun. Hanya dalam jangka waktu tertentu, udara yang disedut beri kesan buruk kepada kesihatan kepada anda tanpa disedari.

4. Asma

Pengeringan pakaian di dalam ruangan akan meningkatkan kelembaban ruangan dan menyebabkan kenaikan debu. Ini adalah satu alasan utama penyebab asma dan alergi.

5. Lemahkan sistem ketahanan tubuh

Boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh kalau selalu amal jemur kain dalam rumah. Jadi tidak pelik kalau anda cepat selesema, demam atau mungkin diserang pelbagai penyakit lain.

Jalan penyelesaiannya, anda boleh sediakan tempat jemuran di luar rumah. Kalau tiada tempat sangat, cuci kering lagi selamat. Cuma jimat tidak begitu nak menjadilah! Semuanya di tangan anda, kalau boleh pastikan kain yang basah terdedah dengan sinaran matahari tetapi jangan secara terus. Nanti cepat pula kusam dan luntur warna kain anda.


Share:

Wednesday, 31 May 2017

Saintis Jepun Yoshinori Ohsumi Buktikan Puasa Boleh Mencegah Barah

cegah barah dengan berpuasa

Oktober 2016 yang lalu, seorang saintis daripada Jepun, Yoshinori Ohsumi telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Nobel Perubatan yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM3.9 juta. Anugerah tersohor itu dianugerahkan kepada beliau atas penemuan beliau mengenai bagaimana proses pemecahan oleh sel-sel badan berlaku dan mengitar semula komponen-komponennya yang dikenali sebagai "autophagy".

apa itu autophagy, lawan kanser dengan berpuasa


Penemuan itu yang dinamakan "mechanism for autophagy", adalah mengenai proses asas dalam sel-sel yang mana para saintis mempercayai bahawa boleh dimanfaatkan untuk melawan barah dan dementia.

Autophagy berasal dari perkataan Greek iaitu auto (sendiri) dan juga phagein (memakan), yang membawa maksud memakan diri sendiri. Ia adalah satu proses pengitaran semula sel dalam badan. Sel-sel di dalam badan kita sememangnya telah diprogramkan mempunyai jangka hayat tertentu. Setelah sel-sel ini rosak dan menjadi tua di mana tiada lagi tenaga untuk mengekalkan fungsinya, ia perlu dibuang dari badan.

Bagaimana barah boleh berlaku?

bagaimana barah berlaku


Barah boleh terjadi sekiranya sel-sel lama tidak mati. Bagaimana? Jika sel-sel yang telah lama dan tua tidak mati dan tidak digantikan dengan sel-sel baru, sel-sel lama ini akan terus berkembang dan bertambah. Ia akan menghasilkan sel-sel yang tidak normal yang tidak melakukan fungsi asal mereka. Lebih buruk lagi, sel-sel ini akan berkembang tanpa henti seterusnya mengganggu fungsi sel-sel lain di sekitar mereka. Perkara ini akan merangsang mutasi sel dan akan memberikan kesan buruk kepada sistem organ.

ketumbuhan puasa

Apabila sel-sel ini termutasi dan berkembang diluar kawalan, ia akan membentuk satu tisu yang besar yang dikenali sebagai tumor atau ketumbuhan (sebagai contoh leukemia). Ini lah merupakan titik permulaan terjadinya barah, yang dibahagikan kepada lima kategori utama, iaitu karsinoma, sarkoma, leukemia, limfoma dan CNS, bergantung kepada di kawasan di mana terjadinya pertumbuhan sel-sel tidak normal ini.

Autophagy vs Apoptosis

apa itu apoptosis

Terdapat satu lagi proses yang sama seperti autophagy iaitu "apoptosis" yang juga dikenali sebagai proses sel mati. Bunyi macam tidak enak, namun untuk mengekalkan kesihatan yang baik, proses ini amat penting bagi badan kita. Setelah beberapa kali melalui proses pembahagian, sel-sel badan diprogramkan untuk mati. Jika proses apoptosis ini tidak berlaku, ia juga akan menyebabkan kemungkinan berlakunya barah.

kereta buruk dan kesihatan

Sebagai contoh mudah, jika anda mempunyai sebuah kereta, dan anda menggunakannya untuk beberapa ketika. Setelah berlalunya masa, kereta anda pasti akan mengalami kerosakan. Setelah berkali-kali diperbaiki, akhirnya anda perlu menukar kepada kereta baru kerana kos-kos membaiki akan menjadi semakin mahal jika kereta anda sudah berumur dan melalui pelbagai kerosakan. Jika anda tidak membeli kereta baharu, pasti wang anda akan melayang kerana dihabiskan untuk membaiki kereta.

Apa kaitan proses autophagy dan berpuasa?

Namun, jika kereta anda rosak, anda tidak lah perlu membeli kereta baharu serta-merta sebaliknya hanya menukarkan bahagian yang rosak, sebagai contoh bateri. Ia juga sama kepada sel-sel ini. Daripada membunuh kesemua sel (proses apoptosis), badan kita hanya perlu membunuh sel-sel yang lama dan rosak sahaja. Inilah yang dinamakan proses autophagy, di mana organel sub-selular dimusnahkan dan yang baru dibina semula untuk menggantikannya.

Pada tahun 1962, proses autophagy ini dinyatakan apabila saintis menyedari pertambahan jumlah lysosomes iaitu bahagian sel yang menghancurkan sel lain) di dalam hati tikus setelah disebatikan dengan glucagon.

glucagon dan insulin


Kekurangan nutrisi dan zat adalah pengaktif utama proses autophagy. Apabila kita makan, insulin dalam badan akan meningkat, dan ini menyebabkan penurunan glucagon, dan apabila kita tidak makan (berpuasa) maka insulin akan menurun dan glucagon akan meningkat. Peningkatan glucagon inilah yang merangsang proses autophagy ini. Jadi, untuk mengaktifkan proses autophagy, kita perlu berpuasa!


Berpuasa bukan sahaja memberikan badan kita peluang untuk membuang "barang lama", ia malah merangsang pertumbuhan hormon, yang memberitahu badan kita supaya mula untuk menghasilkan "barang baru". Jadi dengan berpuasa dapat membenarkan badan kita untuk menjalani pengubahsuaian yang lengkap.

Islam mewajibkan puasa

puasa, bulan ramadan, ramadhan menyihatkan

Sebagai ringkasan, jika kita berpuasa, badan kita akan kekurangan nutrisi dan zat, ini akan merangsang proses autophagy. Apabila proses autophagy berlaku, ia akan menggantikan sel-sel yang lama dan jahat, kepada sel-sel yang baru dan baik. Ini sekaligus menjadikan badan kita dapat berfungsi dengan lebih baik serta tidak terdedah kepada penyakit berbahaya.

Kerana itulah Islam mewajibkan umatnya untuk berpuasa sebulan di dalam setahun iaitu ketika tibanya bulan Ramadan. Bukan di bulan Ramadan sahaja, malah ia adalah sunnah Rasulullah S.A.W untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis serta hari-hari tertentu. Dengan berpuasa, badan kita akan menjadi lebih sihat dan lebih terjaga daripada dijangkiti penyakit berbahaya seperti barah. Ini amatlah penting untuk menjalani kehidupan yang berkualiti dan yang masih panjang. Jadi, berpuasa bukanlah untuk orang Islam sahaja, ia diperlukan oleh semua manusia di muka bumi ini.

Contoh mudah, setiap 3 bulan atau 5000 kilometer (mengikut jenis kenderaan), kereta kita perlu diservis bagi mengekalkan prestasinya. Sama seperti badan kita, ia juga memerlukan "servis", iaitu dengan berpuasa.

Jika anda bukan Islam, dan baru mengetahui manfaat berpuasa, cuba lah melatih diri anda untuk berpuasa.

Semoga bermanfaat.

sumber
Share:

Tuesday, 30 May 2017

Inilah Quran Tulisan Tangan Paling Tua Di Malaysia

Inilah Quran Tulisan Tangan Paling Tua  Di Malaysia

Dua buah Quran tulisan tangan dipercayai masing-masing berumur 414 dan 184 tahun pernah diserahkan oleh penyimpan-penyimpannya di Pulau Tiga, Kampung Gajah kepada Jabatan Perpustakaan Negara untuk diawet dan dibuat salinan fotografi. Untuk makluman anda, inilah Quran tulisan tangan paling tua yang pernah dijumpai di Malaysia dan ianya disimpan lama di Pulau Tiga, Kampung Gajah.


Berdasarkan dari anggaran umur Quran tersebut, berkemungkinan ia ditulis sejak pada tahun 1603 iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Mukaddam Shah iaitu Sultan Perak yang ke 6 manakala yang satu lagi ditulis dalam zaman pemerintahan Sultan Perak yang ke 21 iaitu Sultan Shahabuddin Riayat Shah pada tahun 1833.

Inilah Quran Tulisan Tangan Paling Tua  Di Malaysia

Menurut Pejabat Kebudayaan, Belia dan Sukan di Parit pada tahun 1983, Quran yang dipercayai berumur 380 tahun (pada waktu itu) dikenali sebagai nama Quran Semut Gatal oleh penduduk Pulau Tiga. Ia dikatakan telah ditulis oleh 3 orang ahli agama yang tinggal di Pulau Tiga. Nama penulis pertama dan kedua tidak diketahui tetapi penulis yang ketiga dikenali sebagai nama Tok Mencalang iaitu seorang penyair, ahli pantun dan perseloka yang amat terkemuka di Pulau Tiga pada waktu itu.

Inilah Quran Tulisan Tangan Paling Tua  Di Malaysia


Manakala Quran yang yang satu lagi berumur 184 tahun itu pula ditulis oleh Sheikh Hussein Al Yamani. Beliau adalah seorang pendakwah Arab yang datang tinggal di Pulau Tiga pada sekitar tahun 1860. Sheikh Hussein adalah individu yang warak dalam agama Islam dan gigih menyebarkan ajaran agama Islam di serata kawasan yang berhampiran dengan kawasan Pulau Tiga. Dikatakan, beliau meninggal dunia setelah habis menulis Quran tersebut dan telah dikebumikan di Pulau Tiga.

Menurut cerita penduduk tempatan secara lisan dan turun temurun sejak dari dahulu lagi berkenaan dengan Quran Semut Gatal, barang siapa yang bersumpah dengan menjunjung Quran Semut Gatal ini dan jika sumpahnya adalah palsu, maka dengan izin Allah seluruh badan mereka yang bersumpah akan terkena sumpahan iaitu gatal seumpama digigit oleh semut gatal dengan banyak.

Inilah Quran Tulisan Tangan Paling Tua  Di Malaysia


Sewaktu Quran-quran tersebut diambil oleh Jabatan Perpustakaan Negara, keadaan Quran 184 tahun yang disimpan di Balai Penghulu dan Quran Semut Gatal 414 tahun disimpan di Madrasah Ekhsaniah didapati sedang mereput dan dimakan anai-anai. Keadaan Quran Semut Gatal adalah lembap manakala yang satu lagi ditemui dalam keadaan yang sangat kering. Dibahagian tepi dan keliling Quran tersebut pun sudah mula bertukar warna diamah usia.

Penghulu dan pegawai-pegawai Madrasah tersebut bersetuju untuk menyerahkan kedua-dua Quran tersebut kepada Jabatan Perpustakaan Negara untuk diawet dan menyelamatkan ia daripada musnah pada 19 Oktober 1983. Kini, Jabatan Perpustakaan Negara lebih dikenali dengan nama Pusat Manuskrip Melayu.

Inilah Quran Tulisan Tangan Paling Tua  Di Malaysia


Pulau Tiga adalah merupakan sebuah kampung yang terletak di tebing sebelah kanan Sungai Perak di daerah kecil Kampung Gajah, Perak dan di seberangnya ialah Geronggong. Kawasan kampung ini pernah menjadi pusat pemerintahan beberapa sultan Perak sejak yang pertama Sultan Iskandar Zulkarnain, Sultan Perak yang ke 15. Pada zaman baginda, pusat pentadbiran Perak adalah dinamakan sebagai Cempaka Sari dan kemudian digelar sebagai Indera Sakti. – orangperak.com
Share:

Thursday, 25 May 2017

Tahukah Anda Cecair Merah Pada Daging Bukanlah Darah

myglobin daging

Setiap kali membeli daging mentah atau segar, pasti anda akan perasan cecair warna merah seperti gambar di atas kan. Ramai yang sangkakan cecair tersebut adalah darah. Tetapi sangkaan anda sebenarnya salah.

Cecair warna merah yang dianggap darah selama ini adalah protein yang dipanggil myoglobin, fungsinya adalah untuk menyimpan oksigen dalam sel - sel otot. Protein ini juga yang menjadikan daging berwarna merah.

Jika anda ingin tahu daging sudah masak ke belum, myglobin akan bertukar warna coklat sebagai tanda daging sudah masak.

Sumber: Sinar FM

Share:

Thursday, 18 May 2017

Kereta Pertama Dalam Sejarah Yang Disaman Kerana Memandu Laju

walter arnold di saman

Tahukah anda, Inilah kereta pertama dalam sejarah disaman kerana memandu laju.

Kereta Arnold Benz ini disaman oleh seorang anggota polis yang menunggang basikal selepas ia dipandu selaju 13 kilometer sejam di sekitar pinggir kota Kent, England pada 28 Januari 1986.

Ketika itu, had kelajuan ialah tiga kilometer sejam.

Menurut rekod, pemandunya, Walter Arnold ditahan oleh anggota polis terbabit yang mengejarnya dengan basikal.

Arnold didenda beberapa sen dan ia dipercayai kesalahan pertama di dunia kerana memandu laju.

Kereta ini akan dipamerkan di satu pertunjukan kereta, The Concours of Elegance di Hampton Court Palance, London, September ini.

Selain Arnold Benz, beberapa kereta lama dan kereta baru akan turut serta dalam pameran itu.


sumber harian metro & wikipedia (refer link merah di atas & bahagian-notable persons)


Share:

Inilah Fungsi Lingkaran Putih Dalam Setiap Enjin Kapal Terbang

Inilah Fungsi Lingkaran Putih Dalam Setiap Enjin Kapal Terbang

Ada banyak perkara yang terjadi di sekeliling kita, dan kita mungkin langsung tak sedar akan kewujudannya. Kalau sedar pun, kita mungkin tidak tahu sebab kenapa ia terjadi.

Misalnya, terdapat lingkaran berwarna putih dalam setiap enjin pesawat kapal terbang. Selain untuk tujuan estetik, ia sebenarnya mempunyai tujuan keselamatan.

Staf yang bertugas diluar kawasan pesawat akan memakai penutup telinga dan pendengaran mereka adalah terhad. Jadi, ketika enjin pesawat sedang dihidupkan, penanda lingkaran putih akan menjadi amaran visual kepada krew.

Baru Perasan Ada Lingkaran Putih Dalam Setiap Enjin Kapal Terbang


sumber

Share:

Wednesday, 17 May 2017

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

kepercayaan syirik melayu lama, tahyul, berkongsi

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif.


1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

2. Jika anjing menyalak lama di tengah malam, orang Melayu percaya adanya makhluk halus yang berkeliaran.

3. Demikian pula jika terdengar suara burung hantu atau gagak hitam di tengah malam, itu petanda musibah.

4. Sekiranya langit cerah dan berwarna merah di waktu malam, itu menandakan seorang raja sedang nazak atau sudah menemui ajalnya.

5. Biasanya kita difahamkan, kalau katak berbunyi, itu petanda hari nak hujan.

6. Ada juga yang mempercayai kalau katak berbunyi bersahut-sahutan, bermaksud akan berlaku ribut puting beliung.

7. Jika banyak kelkatu naik menghurungi cahaya lampu, itu menandakan akan berlaku banjir.

8. Kalau ada kucing membersihkan muka di hadapan pintu, itu menunjukkan akan didatangi tetamu yang cantik dan pembersih.

9. Sekiranya ada burung yang tersesat ke dalam rumah kita, juga menunjukkan tuan rumah akan mendapat rezeki dan ada tetamu yang akan datang.

10. Namun kalau kumbang atau belalang pelesit yang masuk ke dalam rumah, bermakna ada benda mistik yang tidak elok bertandang.

11. Jika cicak berbunyi, itu menunjukkan cicak mengiyakan percakapan kita. Cicak dianggap berkata atas dasar kebenaran.

12. Sekiranya kita berjalan dan dilintasi binatang juga mempunyai beberapa maksud. Kalau kucing yang melintas jalan kita, itu bermaksud kita akan berjumpa kawan di dalam perjalanan.

13. Kalau biawak yang melintas jalan kita, bersedia untuk menanggung beban. Mungkin melalui kepercayaan inilah wujudnya peribahasa ‘biawak hidup’ yang menyamakannya dengan manusia yang tidak memberi hasil dan hanya membebankan orang lain.

14. Sekiranya kita didatangi binatang-binatang tertentu seperti kala jengking, katak, cengkerik, belalang, kupu-kupu, kumbang, dan sebagainya, sebaik-baiknya tidak diganggu atau dibunuh. Sewajarnya ditangkap dan dilepaskan di luar rumah kerana kehadiran binatang-binatang ini terjadi secara alamiah.

15. Seseorang yang sedang sakit tenat, tiba-tiba didekati atau dihinggapi kupu-kupu, dipercayai kehidupannya sudah tidak lama lagi.


Walaupun kebenaran daripada tanda-tanda yang terjadi ini kadangkala banyak diragui, namun ada kalanya memang wujud hubungan antara kejadian-kejadian tersebut dengan hukum alam.


P/s: Untuk pengetahuan sahaja ,Allah yg berkuasa atas kehendakNya


sumber

Share:

Tuesday, 16 May 2017

Info : Kesan Buruk Pornografi Kepada Otak Manusia

stop layan porn, layan blue

12 fatamorgana tentang pornografi yang terlanjur tercipta secara tidak sengaja oleh otak kita:

1. Pornografi memberi makan pada 'keinginan mata' dan 'keinginan daging' yang tidak akan pernah dapat dipuaskan. Pornografi hanya akan membuat ‘penontonnya’ minta tambah, tambah, dan tambah lagi.

Dengan mudah, pornografi memper****hkan orang dengan nafsunya dan membuka pintu terhadap segala jenis kejahatan seperti kemarahan, penyiksaaan, kekerasan, kepahitan, kebohongan, iri hati, pemaksaan, dan keegoan. Kekuatan tersembunyi disebalik pornografi akan menunjukkan dirinya pada ketika orang yang sudah terlibat berusaha menghentikan kebiasaannya. Tanpa bantuan, biasanya orang itu tidak berdaya untuk melepaskan diri.

2. Pornografi membuat cara berfikir seseorang menjadi penuh dengan seks semata. Fikiran seks akan menguasai alam bawah sedar mereka. Gambar berbau seks akan melekat pada otak mereka, sehingga pada ketika seseorang memutuskan untuk berhenti melihat pornografi pun, gambar-gambar yang pernah dia lihat dimasa lalu akan bertahan sampai beberapa tahun bahkan selama-lamanya.

3. Pornografi menjadi medan promosi terhadap praktik seksual yang menyimpang. Contohnya, laman porno internet biasanya terhubung dengan laman porno yang lebih progresif seperti homoseks, pornografi kanak-kanak, seks dengan haiwan (bestiality), perkosaan, seks dengan kekerasan dan lainnya.

Ini akan membuat orang-orang tertentu terganggu secara mental dan tercabar untuk mencubanya. Dengan demikian, makin banyaklah perilaku seks menyimpang dalam masyarakat.

4. Pornografi membuat seseorang terpicu untuk lebih suka melayani diri sendiri dibanding orang lain. Masturbasi / onani adalah contohnya. Ini adalah tindakan pemenuhan nafsu peribadi yang dapat membuat seseorang sulit menerima dan memberi cinta yang sebenarnya pada orang lain. Pornografi biasanya membuat orang kecanduan masturbasi / onani.

5. Pornografi akan membawa seseorang terhadap penggunaan waktu dan wang dengan sangat buruk. Sedikit ada waktu terluang atau wang lebih, akan dihabiskan untuk memuaskan hawa nafsunya.

6. Dengan sering melihat laman porno atau membeli filem / majalah porno, orang-orang tersebut mendukung perkembangan industri pornografi yang biasanya dikelola oleh 'kejahatan terorganisasi' yang mencari wang dengan cara haram.

7. Terbiasa melihat pornografi akan merosakkan hubungan orang tersebut dengan sekelilingnya, dalam hal ini keluarga atau orang-orang terdekatnya.

Pada hubungan kekasih, hubungan yang berkembang menjadi tidak sihat. Orang yang terlibat pornografi akan menyalahkan kekasihnya pada tindakan-tindakan seksual yang mereka lakukan. Padahal masalah itu terdapat pada peribadinya sendiri, dan pasangannya adalah si ‘mangsa’. Pada pasangan yang telah menikah, ini akan memicu ketidakpuasan seksual dan praktik seksual yang menyimpang sehingga mengarah ke arah ketidakharmonian keluarga, bahkan perceraian.

8. Dalam banyak kes, pornografi membuat seseorang kehilangan daya kerjanya. Yang sebelumnya aktif dan kreatif boleh menjadi tidak fokus dalam pekerjaan.

9. Pornografi dapat merosak hubungan seksual dengan pasangan kerana terbiasa membayangkan orang lain dalam hubungan seksual.
Imaginasi adalah salah satu kesan pornografi yang sangat kuat. Nilai dan kemurnian seksual sesungguhnya menjadi rosak.

10. Melihat pornografi akan membuat seseorang menjadi sering berbohong.
Orang yang terikat dengan pornografi akan menyimpan kebiasaannya ini sebagai rahsia, sehingga dengan berbohong dia dapat menyembunyikan rasa malunya dan menghindari kritik dari lingkungannya. Ke mana pun dia pergi, dia akan cenderung memakai ‘topeng’.

11. Pornografi akan membawa seseorang pada konsekuensi spiritual yang serius.
Tekanan dan kebingungan akan memenuhi hidupnya. Pornografi membawa kekuatan jahat yang akan mengawal dan mendominasi penontonnya. Sekali saja seseorang melihat pornografi, itu akan membawanya semakin dalam. Nilai moral yang benar makin lama makin pudar, sehingga timbul standard ganda yang membingungkan.

12. Pornografi akan membuat seseorang mempercayai semua kebohongan yang ditawarkan oleh pornografi sendiri.

sumber

Share:

[Video] : Kenapa Panda Berwarna Hitam Putih?

fakta tentang panda

Sekumpulan penyelidik dari UC Davis dan Universiti Negeri California telah menjalankan satu kajian. Mereka dapati warna putih pada muka, leher, perut, bahagian belakang dan bahagian punggung panda dapat membantu mereka berlindung semasa dalam keadaan bersalji. Warna hitam pula, untuk timbulkan diri mereka di kawasan tersebut.

Warna hitam ni juga untuk elakkan mereka dari haiwan predator yang ingin menyerang mereka kerana menganggap mereka adalah beruang.

kenapa panda warna hitam dan putih

video :




Share:

10 Jersey Bola Sepak Termahal Di Dunia


jersi termahal, jersi murah online

Akhbar Daily Mail pernah melakukan kajian tentang harga jersey kelab untuk yang berpangkalan di Eropah. Ternyata hasilnya jersey pasukan Liga Premier dijual dengan harga yang tergolong murah. Jersey pasukan sekelas Chelsea, Arsenal, Manchester City dan Manchester United termasuk kategori antara 10 kelab dengan jersey termurah.

Harga jersey pasukan-pasukan Inggeris juga tergolong lebih murah bila dibandingkan dengan wakil dari La Liga Sepanyol. Sebagai contoh Real Madrid, peminat di Eropah perlu mengeluarkan sehingga RM 362 untuk mendapatkan sehelai jersey Los Blancos tersebut.

Menariknya, liga-liga yang tidak terlalu terkenal seperti Rusia, Switzerland dan Romania menjual jersey dengan sangat mahal. Bayangkan saja, untuk memiliki seragam Zenit St Petersburg, peminat harus membelanjakan wang sehingga RM 465 untuk sehelai jersey.


Berikut 10 Jersey Termahal Di Dunia :

  1. Zenit St Petersburg (RM 465) 
  2. FC Basel (RM 439) 
  3. Steaua Bucuresti (RM 424) 
  4. Shakhtar Donetsk (RM 412) 
  5. Juventus (RM 384) 
  6. Paris Saint Germain (RM 383) 
  7. FC Porto (RM 383) 
  8. Barcelona (RM 383) 
  9. Atletico Madrid (RM 366) 
  10. Real Madrid (RM 365) 


Share:

Monday, 15 May 2017

Ini Sebabnya Kenapa Ada Ruang Di Bawah Pintu Tandas Awam

ruang pintu tandas awam

Pernah tak anda terfikir, kenapa kebanyakan pintu tandas awam tidak ditutup penuh? Memang bersebab dan bukan saja-saja tau.

1. Mudah Untuk Dibersihkan

mop lantai

Pintu tandas awam biasanya direka dengan ukuran suku penuh kerana ia memudahkan kerja pembersihan.

2. Untuk Mengetahui Ada Orang Atau Tidak

ada orang dalam tandas

Jika kunci pintu tandas rosak, sekurang-kurangnya individu yang berada di dalam tandas akan mengesan kehadiran seseorang, walaupun yang kelihatan hanya kaki.

3. Mudah Mengesan Benda-Benda yang Mencurigakan

seks dalam tandas, romen dalam tandas

Bila pintu tandas berada di paras di atas buku lali, ia memudahkan untuk mengetahui hal-hal yang tidak diingini seperti gambar di atas.

4. Pintu Suku Penuh Lebih Murah

fakta tandas awam

Jenis pintu suku penuh ini dikatakan lebih murah berbanding pintu berukuran penuh. Malah, proses memasang pintu juga mudah dan menjimatkan masa.


sumber


Share:

Inilah Fungsi Sebenar Garisan Pada Setiap Wang Kertas


garisan duit

Pernah tak anda terfikir bagaimana orang cacat penglihatan membezakan nilai wang yang mereka pegang?

Untuk pengetahuan semua, garisan yang terdapat pada duit kertas dapat membezakan setiap nilai wang yang ada.

tanda-buta640

RM 1 – 1 unit garis mendatar

RM 5 – 1 unit menegak

RM 10 – 2 unit mendatar

RM 20 – 2 unit garis menegak

RM 50 – 2 unit berbentuk wajik (Diamond Shape)

RM 100 – 3 unit garis menegak

untuk info selanjutnya dan serba serbi mengenai wang, boleh baca  >DISINI<

sumber

Share:

Bagaimana Bangladesh Boleh Terpisah Dengan Pakistan?


bangladesh and pakistan seperated

Selepas jatuhnya British pada tahun 1947, Bengal dipisahkan daripada Pakistan Barat sebagai salah satu daerah wilayah tersebut dan diberi nama sebagai Pakistan Timur. Dhaka pula dijadikan sebagai ibu negeri Pakistan Timur. Walaupun Pakistan Timur mempunyai sumber yang mencukupi dan demografi yang baik, namun seluruh kerajaan dan tentera Pakistan masih dikuasai oleh sebahagian besar golongan atasan di bahagian barat.

Kerajaan Pakistan yang sebahagian besarnya dikuasai oleh golongan atasan bahagian barat telah mengisytiharkan Bahasa Urdu sebagai bahasa rasmi untuk seluruh Pakistan. Hal ini menyebabkan munculnya rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat di timur. Pada 21 Ogos 1952, pelajar Bengali di Pakistan Timur telah bangkit demi bahasa ibunda mereka dan telah menentang keputusan tersebut. Namun begitu, beberapa pelajar telah terkorban dalam pertempuran demi bahasa ibunda mereka ketika bertempur dengan pihak polis. Pengorbanan yang cukup bermakna oleh pelajar-pelajar tersebut diiktiraf sebagai Hari Bahasa Ibunda Sedunia bukan sahaja di Bangladesh tetapi di seluruh dunia.

Ketidakpuasan hati terhadap pihak di bahagian barat dalam isu kekuasaan ekonomi dan budaya membawa kemunculan Liga Awami sebagai suara politik paling berkuasa di Pakistan Timur. Pada 7 Mac 1971, Presiden Liga Awami dan Bapa Kebangsaan, Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman dalam ucapan yang penuh bersejarah di hadapan beratus ribu orang di Suhrawardy Udyan telah menyeru agar seluruh masyarakat di Pakistan Timur untuk melancarkan serangan menentang tentera Pakistan dan menyiapkan persediaan untuk Perang Kemerdekaan.

Selepas berlaku banyak krisis politik dan diskriminasi kedaerahan, Perang Kemerdekaan Bangladesh ( Muktijuddho ) pun meletus setelah Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Bangladesh, sebelum beliau ditangkap pada pagi 26 Mac 1971 oleh tentera Pakistan. Presiden Yahya Khan dan tenteranya secara rasmi melancarkan operasi berdarah yang dikenali sebagai Operasi Searchlight kepada orang yang berdosa di Bangladesh untuk menghapuskan gerakan nasionalis Benggala.

Kerajaan buangan telah dibentuk oleh ketua Liga Awami, yang secara rasmi mengangkat sumpah di Meherpur, di daerah Kustia, Bangladesh pada 17 April 1971, dengan Tajuddin Ahmad sebagai Perdana Menteri pertama dan Syed Nazirul Islam sebagai Pemangku Presiden. Sebuah pasukan bantuan dikenali sebagai Mukti Bahani ( Pejuang Kebebasan ) telah dibentuk dan ahli-ahlinya berasal daripada tentera Bangladesh dan para pejuang rakyat.

Diketuai oleh M.A.G Osmani , tentera Bangladesh telah disusun kepada 11 sektor dan, sebahagian daripada Mukti Bahini, untuk mengetuai sebuah perang gerila secara besar-besaran menentang tentera Pakistan. Semasa perang tersebut, seluruh dunia menyaksikan peristiwa Pembantaian Bangladesh 1971, dimana tentera Pakistan bersama pasukan militan agama mengadakan pembunuhan berskala besar melibatkan pembunuhan masyarakat Bengali, para intelektual, pemuda-pemudi, para pelajar, ahli-ahli politik, para aktivis dan golongan minoriti agama.

Di tengah-tengah pengorbanan yang tidak terkira oleh rakyat Bangladesh, tentera Pakistan akhirnya mengalah kepada tentera gabungan Bangladesh-India pada 16 Disember 1971. Selama 9 bulan panjangnya rakyat Bangladesh perlu berdepan dengan Perang Kemerdekaan Bangladesh dan akhirnya mereka memenangi perang pada hari tersebut.


sumber


Share:

Lone Star Tick : Kutu Ni Boleh Buat Korang Jadi Vegetarian Seumur Hidup !

lone star tick danger

Dikenali sebagai Lone Star Tick, atau kutu bintang sendirian, selepas digigit kutu ini, seseorang akan menjadi alah atau alergik terhadap daging.

Jika seorang yang telah digigit kutu ini memakan daging, dia mungkin akan mengalami bengkak, gatal-gatal dan muntah.

Disebabkan alahan ini, seseorang yang telah digigit kutu berkenaan tidak mempunyai pilihan lain, selain dari hanya memakan daging seumur hidup.

lone star tick family

infografik lone star tick

Video :


P/s: ibarat hilang nikmat rasa wey kalau tak dapat makan daging seumur hidup.huhuu


Share:

Bolehkah Kita Minum Terus Air Dari Paip? Ini Jawaban Dari SYABAS

minum air paip, syabas


Berjalan di mana-mana sekarang ini pasti ada penjual penapis air menegur untuk cuba menjual produk mereka.

Semakin lama semakin banyak pula pakej penapis air ditawarkan dari jenama-jenama yang dikatakan pakar dalam bidang penapisan air. Ramai juga pelanggan mereka nampaknya kerana semakin ramai ejen yang menjual produk tersebut.

Walaupun begitu, pernahkah kita terfikir apa keperluan penapis air itu di rumah kita? Berikut adalah beberapa jawapan yang telah dikongsikan oleh pihak Syabas yang telah saya ekstrak dan ringkaskan untuk menjelaskan kepada masyarakat adakah benar keperluan penapis air itu di rumah kita? Adakah itu semua hanya strategi pemasaran? Apa penjelasan sebenar?

Banyak persoalan kan? Jom kita baca.

1. Apa standard kualiti air negara kita?
Kita melaksanakan standard National Standard for Drinking Water Quality (Versi kedua Januari 2004) yang diadaptasi dari standard WHO untuk taraf kualiti air minuman.

2. Adakah air dengan klorin selamat di minum?
Ya. Klorin digunakan untuk membasmi kuman di dalam air. Amaun yang digunakan adalah selamat untuk kegunaan kita dan sekadar untuk membunuh kuman dalam air.

3. Adakah air dengan florida selamat di minum?
Ya. Tidak ada kajian setakat ini yang membuktikan kehadiran florida dalam air mampu menyebabkan kanser, kerosakan buah pinggang atau penyakit tulang. Sebaliknya, dalam dos yang betul, florida mampu mencegah penyakit kaviti gigi.

4. Kenapa air rumah saya kuning/coklat?
Itu adalah lebihan aluminium, besi dan manganese yang akan dialirkan di dalam air jika berlaku kerja baik pulih perpaipan. Ia juga mungkin menunjukkan sistem perpaipan di rumah/bangunan anda sudah perlu diganti.

5. Adakah air di rumah kita selamat diminum terus dari paip?
Jawapannya, YA. Walaupun begitu, jika terdapat kesan seperti yang dinyatakan dalam soalan no.4, lebih baik pemeriksaan dilakukan.

6. Siapa yang bertanggungjawab dengan sistem perpaipan di dalam rumah dan tangki simpan air jika berlaku kekotoran bekalan air?
Adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk memastikan penyelenggaraan perpaipan dalam premis rumah mereka. Dapatkan senarai tukang paip yang berdaftar dari laman web SPAN untuk maklumat lanjut.

7.Berapa lama tempoh jangka hayat sistem perpaipan rumah kita?
Bergantung kepada materialnya. Jika sistem menggunakan besi, 5-10 tahun. Untuk sistem yang menggunakan high density polythylene (HDPE) atau dalam bahasa mudahnya plastik, 15-20 tahun.

8. Adakah baik untuk menggunakan penapis air di rumah?
Sebenarnya, pihak SYABAS TIDAK MENGGALAKKAN kita memasang penapis air pada kedudukan selepas meter air. Apabila penggunakan penapis air sebegitu digunakan, ini akan mengurangkan kewujudan Free Residual Chlorine (FRC) yang tugasnya adalah menghalang pembentukan bakteria dalam tangki air di mana airnya tidak bergerak. Ini akan menyebabkan kegatalan kulit.

9. Tidak perlu penapis air langsung?
Pihak SYABAS mencadangkan jika pengguna merasa ada keperluan penapis air, gunakan penapis air yang berdekatan dengan kawasan sinki.

10. Apa jaminan pihak pengendali bekalan air dalam penggunaan penapis air?
Tidak ada jaminan kerana penapis air termasuk dalam kawalan pihak pengeluar produk yang termasuk dalam bidang kuasa KPDNKK. Ini juga termasuklah kualiti air yang dibekalkan oleh mesin layan diri 20 sen yang menggunakan sistem dispenser untuk bekalan air. Pihak pengguna perlu mengawasi kualiti air yang dibeli dari mesin seumpama itu.

Jelas dah garis panduan sebenar penggunaan penapis air di negara kita? Harapan saya agar panduan ringkas ini dapat membantu serba sedikit menjawab beberapa persoalan yang bermain di minda anda semua, apatah lagi apabila kita selalu risau melihat air yang sampai ke rumah kita.

Jadilah pengguna yang bijak dalam membeli.




Share:

Thursday, 11 May 2017

Cara Syaitan Bogelkan Wanita

aurat wanita

Syaitan sangat tidak suka kalau ada manusia yang taat kepada Allah. Kerana itulah syaitan selalu berusaha menggoda manusia agar tergelincir dari jalan Allah. Dalam menggoda manusia, syaitan memiliki berbagai cara dan strategi. Dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su '). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah.


Salah satu sebab kehancuran umat manusia adalah kerana hubungan lawan jenis yang tidak sah. Dan sebelum terjadinya hubungan ini, biasanya didahului dengan saling memandang, saling tertarik, lalu saling bertemu, dan selanjutnya saling bermaksiat. Untuk menjayakan terjadinya proses kemaksiatan inilah syaitan berusaha melepaskan hijab atau pakaian muslimah. Lepasnya hijab muslimah merupakan jalan licin yang mudah menggelincirkan manusia dari ketaatan kepada Allah.


Ini adalah tahap-tahap yang digunakan oleh syaitan dalam melepas pakaian muslimah:

1. Menghilangkan Definasi Hijab.


Pada tahap ini, syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apa pun termasuklah hijab, tiada kaitannya dgn agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'ie. Pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya, tetap juga dikira pakaian.


Akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah utk pakaian ikut berganti juga. Demikianlah pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yg lain, maka harus baginya untuk menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, walau apa pun yang mereka pakai.


Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan bahawa hijab adalah pakaian syar'ie (identiti keIslaman), dan memakainya adalah ibadah, bukan sekadar gaya (fashion). Bagi mereka ini, biar hidup dalam zaman dan negeri mana sekalipun, hijab syar'ie akan tetap dipertahankan.

Pertama: Membuka Bahagian Tangan


Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak mengapa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang?" Begitu bisikan syaitan. Dan benar, si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik, "Lihat ... tiada apa-apa, kan?"

Kedua: Membuka Leher dan Dada


Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu. Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka. "

Ketiga: Berpakaian Tapi Telanjang


Seterusnya syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya biasa-biasa saja .. bagaimana kalau kamu cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus?". Si wanita berfikir sejenak. Pakaian yang macam mana ya? "Banyak fashion dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih sedap dan cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.


Maka tergodalah si wanita. Dicarinya model pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparant. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan model nya saja yg agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menambah. Dan hasilnya pakaian tersebut akhirnya menjadi budaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparant, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang!).

Keempat: Agak dibuka Sedikit


Setelah para wanita muslimah memakai pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasa, dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisikkan kepada wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat anda susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya dibelah hingga lutut atau mendekati paha? Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik. " Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar, dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha, ternyata membuat lebih selesa dan selesa, terutama ketika mahu duduk atau naik kenderaan. "Ya .... tersingkap sedikit tak mengapa lah, yg penting enjoy," katanya.

2. Terbuka Sedikit Demi Sedikit.


Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.


Pertama: Membuka Telapak Kaki dan Tumit


Syaitan berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak praktikal, kalau hanya dgn membelah sedikit bahagiannya masih kurang selesa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki, barulah agak longgar ... Oh ya, ada yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, skrg kamu carilah tudung yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, asal orang tetap menamakannya dengan tudung. "


Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fashion pakaian yang dimaksudkan. Tidak ketinggalan sandal tumit tinggi, apabila berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua: Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis


Terbuka telapak kaki telah biasa dia lakukan, dan ternyata org yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yg anda lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fashion lain yg lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terbuka, hanya terlihat kira-kira sepuluh sentimeter saja. Nanti kalau sudah biasa, barulah kamu cari fashion baru yang terbuka hingga separuh betis. "

Ketiga: Terbuka Seluruh Betis


Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Kadang-kadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya. "


"Tetapi apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" . "Fitnah? Ah, itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak duduk di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, mereka malah senang dan mengatakan 'ooh' atau 'wow'. Bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-sama suka? Lihat saja fashion pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang di jual di butik, membeli-belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita moden di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman. "

3. Serba Mini


Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari-hari dan dirasakan biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yg lain.

"Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini model skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya, dan pelbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tidak ketinggalan pakaian pendek separuh paha pun dia ada. Model dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.


Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, iaitu kemaluan dan buah dada. Mereka semua memakai pakaian yg sering disebut "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya "Membogelkan Kaum Wanita" tercapai.


"Seterusnya terserah kamu wahai wanita, kamu semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat awam. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kamu sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggunglah sendiri semua dosamu" kata syaitan, tidak mahu mengambil risiko.


Demikianlah halusnya cara yg digunakan syaitan, sehngga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.


Wallahu a'lam bisshawab.


sumber

P/s: semoga ahli keluarga kita mentup auratnya dengan sempurna.

Share:

Wednesday, 10 May 2017

7 Manusia yang mempunyai kebolehan luarbiasa


Dean Karnazes

dean karnazes marathon

Dean Karnazes mempunyai kebolehan bermarathon berhari-hari tanpa perlu tidur.

Pada 2005, Dean berlari sejauh 560 KM dalam masa 80 jam dan 44 minit tanpa tidur. Dia juga boleh bermarathon untuk 50 hari berturut-turut. Dean mempunyai kebolehan ini kerana ototnya tidak letih sebagaimana otot manusia normal.


Velu Rathakrishnan

velu train

Velu mempunyai kebolehan menarik berat beratus-ratus tan dengan menggunakan giginya dan memegang rekod dunia tren terberat yang p

Rekod luar biasa ini dipegang oleh Velu Rathakrishnan yang menggunakan giginya untuk menarik dua gerabak kereta api komuter KTM dengan berat keseluruhan 260.8 tan. Velu berjaya menarik gerabak itu sejauh 4.2 meter di landasan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2003


Wim Hof

wim hof

Wim Hof pula mempunyai keistimewaan dari segi pengeluaran haba oleh badannya. Pernah muncul dalam episode Ripley's Belive It or Not, Wim Hof yang digelar sebagai "Iceman" boleh mengawal sistem badannya untuk tahan ketika suhu sejuk melampau.

Hof pernah memanjat Gunung Kilimajaro denga hanya memakai seluar pendek, menghabiskan marathon dalam suhu -20 darjah celcius dan boleh bertahan di dalam ais selama 1 jam 13 minit.


Veronica Seider

7 Manusia yang mempunyai kebolehan luarbiasa

Veronica Seider memegang rekod dunia apabila boleh mengenalpasti objek kecil tanpa sebarang bantuan dari teknologi.

Pada 1972, Universiti of Stuttgart melaporkan salah seorang dari pelajarnya, Veronica Seider, mempunyai penglihatan yang 20 kali lebih baik dari orang normal. Contohnya, dia boleh mengenal pasti wajah seseorang dari jarak lebih 1.6 KM.


Isao Machii

isao machii

Isao mempunyai daya refleks yang luar biasa sehinggakan dia mampu membelah peluru di udara menggunakan pedang.

Isao, seorang guru dalam seni mempertahankan diri Jepun, Iaido, memegang rekod dunia untuk kebolehannya itu.


Al Herpin

al herpin never sleep

Al Herpin (1862 – 1947) adalah seorang rakyat Amerika yang diberi jolokan lelaki yang tidak pernah tidur. Al Herpin mendakwa dia diserang kes insomnia yang jarang berlaku, menyebabkan dia tidak boleh tidur.

Pakar medikal yang ingin mengetahui kesahihan tentang dakwaan Al Herpin terkejut apabila mendapati rumahnya tidak mempunyai katil perabot untuk tidur melainkan sebuah kerusi malas. Al Herpin berkata dia hanya menggunakan kerusi malas itu untuk berehat selepas pulang kerja, kemudian membaca di atas kerusi malas itu sehingga subuh sebelum pergi kerja semula.


Liew Thow Lin

liew thow lin malaysia

Nama Liew Thow Lin banyak menggegarkan Malaysia sebelum ini. Lelaki yang dikenali sebagai manusia magnet ini mempunyai keupayaan unik melekatkan objek besi di badannya.

Apa yang memeranjatkan, Liew boleh melekatkan besi seberat 36KG di badannya. Laporan menyatakan, setelah kajian dilakukan oleh pakar, didapati badannya tidak mempunyai sebarang unsur magnetik. Namun kulit Liew dikatakan mempunyai daya geseran yang tinggi sehingga menyebabkan 'suction effect'.


P/s: ramai lagi manusia yang mempunyai kebolehan luar biasa, tapi ini antara yang aku dapat senaraikan.


Share:

Monday, 8 May 2017

Risiko Buta Akibat Melihat Telefon Pintar Sebelum Tidur

Risiko Buta Akibat Melihat Telefon Pintar Sebelum Tidur

Menurut kajian daripada The New England Journal of Medicine, cahaya terang daripada telefon boleh mensabotaj penglihatan mata kita. Terdapat kes di mana dua orang wanita yang telah kehilangan penglihatan sementara akibat terlalu kerap melihat telefon pintar sebelum tidur.

Wanita yang berusia 22 dan 40 tahun itu mengadu mereka kehilangan penglihatan selama 15 minit pada setiap kali bangun tidur pada waktu pagi. Doktor telah memeriksa dan tidak mempunyai sebarang jawapan daripada hasil pemeriksaan tersebut.

Akhirnya, setelah bertanya apakah yang mereka lakukan sehingga terjadinya perkara ini, mereka menerangkan bahawa gemar melakukan tabiat melihat telefon pintar sebelum tidur pada malam hari.
Risiko Buta Akibat Melihat Telefon Pintar Sebelum Tidur

Daripada kes ini, para penyelidik telah membuat kajian dan punca kedua-dua pesakit adalah akibat tabiat yang dilakukan oleh mereka, melihat telefon pintar sambil berbaring sebelum tidur.  Hal ini membuatkan mereka cenderung melihat dengan menggunakan satu mata, sementara sebelah mata pula tertutup dengan bantal.

Jangan pandang remeh akan hal ini kerana ia boleh menyebabkan penglihatan kamu terganggu. Selepas ini, kurang-kurangkanlah melihat telefon pintar tu sebelum tidur ya. Jaga kesihatan mata anda.


sumber


Share:

Kisah Seram Hello Kitty Bukan Seekor Kucing!


fact about hello kitty, anime, japan kitty white

Barangkali semua orang kenal dengan Hello Kitty. Watak kartun yang terkenal dengan kecomelan iras-iras kucing dipadankan pula dengan pakaian yang berbeza-beza. Tetapi apa yang lebih mengejutkan ialah sejarah terhasilnya Hello Kitty dan kisah seram yang berlindung disebalik wajah comel tersebut. Pasti anda terkejut dengan misteri karakter ini.

Mengikut lagenda, patung iras kucing ini telah dihasilkan pada tahun 1970 oleh seorang wanita cina. Wanita ini mempunyai seorang anak perempuan yang berumur 14 tahun dan telah didiagnos dengan penyakit kanser mulut.

devil kitty, hello kitty cute is devil, anime kitty, kitty white

Doktor telah memberitahu ibunya bahawa tiada apa yang boleh dilakukan lagi untuk merawat anaknya kerana keadaan anaknya yang tenat. Wanita tersebut sangat sedih dengan berita tersebut dan sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan anak perempuannya.

Akibat terlalu mengikut perasaan, wanita ini telah berjumpa bomoh untuk melakukan perjanjian dengan syaitan bagi menyelamatkan anaknya. Anaknya berjaya disembuhkan tetapi wanita tersebut harus menepati janjinya iaitu menghasilkan sebuah patung yang berfungsi untuk membuatkan syaitan tersebut bertambah kuat. Maka terhasil lah Hello Kitty!

Namun kisah itu hanyalah kisah yang diceritakan dari mulut ke mulut namun tidak siapa pun yang dapat memastikan kesahihannya. Walaubagaimanapun, karakter Hello Kitty yang dicipta tanpa mulut dikatakan adalah simbol kanser mulut yang dihidapi anak wanita tersebut.


Fakta yang lebih mengejutkan tentang Hello Kitty, adalah pembunuhan kejam yang berlaku pada tahun 1999 di Hong Kong. Kes tersebut diklasifikasikan pembunuhan brutal kerana wanita tersebut telah dibunuh dengan kejam. Seeorang wanita telah diculik dan diseksa di sebuah apartment dan meninggal dunia sebulan selepas dia diculik.

kitty cat history, kitty white, anime kitty


Tiga orang lelaki telah merogol dan membunuh wanita tersebut, selepas itu kepalanya telah dipenggal dan apa yang lebih memilukan kepalanya telah disumbat kedalam patung kepala Hello Kitty. Semua anggota badan telah disembunyikan , hanya tengkorak, sebatang gigi dan beberapa organ dalaman dijumpai.

Oleh itu, kes tersebut telah menjadi sangat sensasi ketika itu dan digelar pembunuhan Hello Kitty dan merupakan kes keempat pembunuhan paling kejam di HongKong ketika itu. Kesimpulannya, disebalik wajah comel Hello Kitty, terlakar sejarah hitam dan juga fakta yang menakutkan tentang karakter tersebut. Apa yang pasti Hello Kitty bukanlah seekor kucing , ia merupakan makhluk asing dan ada juga mengatakan ia merupakan seorang budak perempuan.

sumber

Video :




Share:

[Fakta] : 10 Cecair Paling Mahal Di Dunia


10. Darah Manusia - USD$1,500 per gelen


human blood is expensive, darah manusia mahal, how much is the price of blood ?

Kebanyakan orang mungkin tidak menganggap nilai wang daripada lima liter (1.3 gal) darah di dalam badan mereka. Selain itu, ia bukan sesuatu yang anda boleh dapat dari mesin wang. Walaupun darah itu sendiri tidak teknikal mempunyai harga, namun pemprosesan dalam derma darah adalah mahal. Dengan memperoleh, menyimpan, menguji, dan mengedarkan, darah boleh membuat banyak wang tunai. Jadi setiap kali seseorang mengambil jarum untuk menderma darah, bank darah akan membuat lebih banyak wang. Sudah tentu, kos yang berbeza-beza mengikut lokasi, tetapi secara umumnya kos menguruskan derma darah akan terus meningkat.


9. Gamma-Hydroxybutyric Acid (GHB) - USD$2,500 per gelen

Gamma-Hydroxybutyric Acid, GHB

Juga dikenali sebagai asid gamma-Hydroxybutyric, GHB adalah bahan yang dihasilkan secara semula jadi yang terdapat dalam sistem saraf pusat badan manusia. Ia digunakan untuk merawat keadaan seperti insomnia, kemurungan klinikal, alkohol, dan narcolepsy. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, ia digunakan secara tidak sah kerana boleh memabukkan. Dos kecil GHB boleh menyebabkan muntah-muntah, mengantuk, dan sawan, manakala dos yang besar boleh berakhir dengan kematian. GHB sering dirujuk sebagai "ecstasy cecair", walaupun ubat-ubatan yang tidak mempunyai komponen yang sama. Nama-nama lain yang lebih kreatif bagi bahan ini adalah "Lolipop", "Fantasy", dan "Georgia Boy Home".


8. Merkuri - USD$3,400 per gelen

merkuri mahal, mercury is expensive, how much is mercury ?

Merkuri adalah logam yang secara semula jadi berada dalam keadaan cecair pada suhu bilik. Ia telah digunakan dalam peranti seperti termometer dan lampu neon, tetapi kerana ketoksikkannya, bahan-bahan alternatif mula mengambil alih. Merkuri juga telah digunakan dalam bidang perubatan dan pergigian. Produk berasaskan merkuri mula mendapat tempat yang baik kini berbanding masa lalu kerana ia pernah diharamkan di banyak negara termasuk Sweden, Norway dan Denmark. Walaupun kekurangan permintaan yang tinggi, merkuri masih lagi mempunyai harga yang sangat mahal. Ia merupakan satu elemen yang amat jarang berlaku di kerak Bumi, yang hanya berlaku dalam batu di kawasan gunung berapi berkepadatan tinggi atau air panas di tempat-tempat seperti Sepanyol dan Amerika Syarikat.


7. Ink Printer (Hitam) - USD$4,700 per gelen

ink printer black colour is expensive, printer ink

Dakwat terdapat di mana-mana sahaja apabila kita membaca akhbar, majalah, buku-buku, setem, dan wang setiap hari. Walau bagaimanapun, proses membuat dakwat (terutamanya dakwat pencetak) dan pengendalian sumber yang berharga ini boleh menjadi agak mahal. Dakwat pencetak adalah cecair kompleks, terdiri daripada pelarut, pigmen, pewarna, dan banyak lagi. Dakwat pertama buatan manusia muncul di Mesir kira-kira 4,500 tahun lalu dan hanya dibuat dari haiwan atau arang sayur-sayuran (jelaga) dicampur dengan gam.


6. Chanel No. 5 - USD$35,000 per gelen

chanel expensive, most expensive chanel, chanel no 5 is expensive

Merupakan antara minyak wangi yang paling terkenal di dunia, Chanel No 5 telah pertama kali mula dijual pada tahun 1922. Gabrielle "Coco" Chanel dan ahli kimia Ernest Beaux merupakan perintis ciptaan formula kimia bagi minyak wangi ini. Apabila Beaux membentangkan kepada Chanel dengan pemilihan sampel, dia memilih sampel wangian yang kelima kerana minat dan keutamaan tertentu untuk nombor lima. Chanel bertujuan untuk memberikan bau yang melambangkan gadis moden dan semangat tahun 1920-an, walaubagaimanapun, wangian itu kekal popular hingga ke hari ini.


5. Insulin - USD$35,000 per gelen

insulin is expensive, one of the most expensive fluid

Insulin adalah hormon peptida yang menyebabkan sel-sel di dalam hati, otot, dan tisu lemak untuk mengambil glukosa dari darah dan menukarkan ia kepada glikogen yang boleh disimpan dalam hati dan otot. Ia penting untuk operasi badan, tetapi badan-badan orang yang menghidap penyakit kencing manis tidak boleh menghasilkan insulin yang cukup (atau tidak mengawal dengan betul). Mereka yang mempunyai penyakit kencing manis boleh menyuntik insulin ke dalam darah mereka melalui jarum. Mengapa ia begitu mahal? Insulin di tanam di dalam bakteria biasa dipanggil Escherichia coli. Protein dalam tubuh manusia diperlukan untuk menghasilkan insulin yang diperolehi melalui mesin penjujukan amino-asid. Oleh kerana berjuta-juta orang meletakkan ia terus ke dalam urat darah mereka setiap hari, ia adalah cukup penting untuk mendapatkan ia pada kadar yang betul.


4. Lysergic Acid Diethylamide (LSD) - USD$45,000 per paun

 Lysergic Acid Diethylamide is expensive

Ini bukan ubat yang biasa anda lihat di jalanan dan ia bukan sejenis ganja atau kokain yang mudah didapati. Asid diethylamide Lysergic (LSD) adalah dadah hallucinogenic yang mempunyai kesan buruk jangka panjang selepas hanya sekali digunakan. Jumlah purata LSD digunakan pada satu masa berbeza 50-150 mikrogram, dan, seperti mana-mana bahan yang haram, ia adalah sangat mahal. (Harga ini diberi satu pound kerana ia biasanya dijual dalam bentuk pepejal, walaupun ia boleh disimpan di dalam bentuk cecair.) Anda mungkin tidak akan membeli apa-apa pada kuantiti yang besar melainkan jika anda mahu memberikan halusinasi kepada seluruh bandar untuk beberapa minggu. Malah satu paun LSD akan cukup untuk menghantar lebih daripada sembilan juta orang ke "syurga yang berwarna-warni".


3. Venom Ular Tedung - USD$153,000 per gelen

bisa ular mahal, venom snake fluid is expensive

Seperti lain-lain jenis racun, racun dari bisa raja ular tedung terdiri daripada protein dan peptida. Gejala yang akan dihadapi setelah dipatuk termasuk penglihatan kabur, vertigo, loya, dan lumpuh. Kemudian, hanya sebelum kematiannya, mangsa akan berada dalam keadaan koma. Jika itu tidak mencukupi, racun seekor raja ular tedung adalah cukup untuk membunuh gajah seberat 5,000 kilogram (11,000 lb). Walaubagaimanapun, venom ular tedung telah digunakan sebagai pelega kesakitan selama bertahun-tahun. Ia pernah juga digunakan sebagai afrodisiak.


2. Tyrian Purple - USD$1,700,000 per gelen

tyrian purple history, tyrian purple expensive

Juga dikenali sebagai "Ungu Imperial", Tyrian Purple adalah bahan pewarna yang paling mahal daripada zaman purba. Ia merupakan warna diraja yang pernah dipakai oleh raja-raja dan maharaja-termasuk Alexander the Great. Pada waktu itu, hanya orang kaya yang mampu menggunakannya. Warna ini sangat tahan lama, dan akan menjadi lebih cerah sekepas dibasuh. Oleh kerana pewarna ini asli dan diperolehi daripada kulit moluska Murex (spesis siput), nilai Tyrian ungu adalah sangat tinggi. Ia mengambil sebanyak 250,000 ekor siput untuk membuat satu auns pewarna dan, mungkin sebagai ganjaran, pewarna yang dihasilkan mengeluarkan bau yang sangat hanyir.


1. Venom Kala Jengking - USD$39,000,000 per gelen

venom kala jengking mahal, bisa kala jengking mahal, scorpian fluid is expensive

Racun kala jengking merupakan bahan cecair yang paling mahal. Kala jengking menggunakan racun mereka untuk mempertahankan diri dari serangan pemangsa dan untuk membunuh mangsa mereka. Daripada 2,000 spesies kala jengking, hanya 25 spesies mempunyai racun yang berbahaya kepada manusia. Harganya begitu tinggi kerana protein yang terkandung dalam racun boleh digunakan untuk merawat keadaan seperti artritis reumatoid, penyakit keradangan usus, dan multiple sclerosis.


Share:
loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...