Bila Han Bercerita: kesihatan
Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Wednesday, 31 May 2017

Saintis Jepun Yoshinori Ohsumi Buktikan Puasa Boleh Mencegah Barah

cegah barah dengan berpuasa

Oktober 2016 yang lalu, seorang saintis daripada Jepun, Yoshinori Ohsumi telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Nobel Perubatan yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM3.9 juta. Anugerah tersohor itu dianugerahkan kepada beliau atas penemuan beliau mengenai bagaimana proses pemecahan oleh sel-sel badan berlaku dan mengitar semula komponen-komponennya yang dikenali sebagai "autophagy".

apa itu autophagy, lawan kanser dengan berpuasa


Penemuan itu yang dinamakan "mechanism for autophagy", adalah mengenai proses asas dalam sel-sel yang mana para saintis mempercayai bahawa boleh dimanfaatkan untuk melawan barah dan dementia.

Autophagy berasal dari perkataan Greek iaitu auto (sendiri) dan juga phagein (memakan), yang membawa maksud memakan diri sendiri. Ia adalah satu proses pengitaran semula sel dalam badan. Sel-sel di dalam badan kita sememangnya telah diprogramkan mempunyai jangka hayat tertentu. Setelah sel-sel ini rosak dan menjadi tua di mana tiada lagi tenaga untuk mengekalkan fungsinya, ia perlu dibuang dari badan.

Bagaimana barah boleh berlaku?

bagaimana barah berlaku


Barah boleh terjadi sekiranya sel-sel lama tidak mati. Bagaimana? Jika sel-sel yang telah lama dan tua tidak mati dan tidak digantikan dengan sel-sel baru, sel-sel lama ini akan terus berkembang dan bertambah. Ia akan menghasilkan sel-sel yang tidak normal yang tidak melakukan fungsi asal mereka. Lebih buruk lagi, sel-sel ini akan berkembang tanpa henti seterusnya mengganggu fungsi sel-sel lain di sekitar mereka. Perkara ini akan merangsang mutasi sel dan akan memberikan kesan buruk kepada sistem organ.

ketumbuhan puasa

Apabila sel-sel ini termutasi dan berkembang diluar kawalan, ia akan membentuk satu tisu yang besar yang dikenali sebagai tumor atau ketumbuhan (sebagai contoh leukemia). Ini lah merupakan titik permulaan terjadinya barah, yang dibahagikan kepada lima kategori utama, iaitu karsinoma, sarkoma, leukemia, limfoma dan CNS, bergantung kepada di kawasan di mana terjadinya pertumbuhan sel-sel tidak normal ini.

Autophagy vs Apoptosis

apa itu apoptosis

Terdapat satu lagi proses yang sama seperti autophagy iaitu "apoptosis" yang juga dikenali sebagai proses sel mati. Bunyi macam tidak enak, namun untuk mengekalkan kesihatan yang baik, proses ini amat penting bagi badan kita. Setelah beberapa kali melalui proses pembahagian, sel-sel badan diprogramkan untuk mati. Jika proses apoptosis ini tidak berlaku, ia juga akan menyebabkan kemungkinan berlakunya barah.

kereta buruk dan kesihatan

Sebagai contoh mudah, jika anda mempunyai sebuah kereta, dan anda menggunakannya untuk beberapa ketika. Setelah berlalunya masa, kereta anda pasti akan mengalami kerosakan. Setelah berkali-kali diperbaiki, akhirnya anda perlu menukar kepada kereta baru kerana kos-kos membaiki akan menjadi semakin mahal jika kereta anda sudah berumur dan melalui pelbagai kerosakan. Jika anda tidak membeli kereta baharu, pasti wang anda akan melayang kerana dihabiskan untuk membaiki kereta.

Apa kaitan proses autophagy dan berpuasa?

Namun, jika kereta anda rosak, anda tidak lah perlu membeli kereta baharu serta-merta sebaliknya hanya menukarkan bahagian yang rosak, sebagai contoh bateri. Ia juga sama kepada sel-sel ini. Daripada membunuh kesemua sel (proses apoptosis), badan kita hanya perlu membunuh sel-sel yang lama dan rosak sahaja. Inilah yang dinamakan proses autophagy, di mana organel sub-selular dimusnahkan dan yang baru dibina semula untuk menggantikannya.

Pada tahun 1962, proses autophagy ini dinyatakan apabila saintis menyedari pertambahan jumlah lysosomes iaitu bahagian sel yang menghancurkan sel lain) di dalam hati tikus setelah disebatikan dengan glucagon.

glucagon dan insulin


Kekurangan nutrisi dan zat adalah pengaktif utama proses autophagy. Apabila kita makan, insulin dalam badan akan meningkat, dan ini menyebabkan penurunan glucagon, dan apabila kita tidak makan (berpuasa) maka insulin akan menurun dan glucagon akan meningkat. Peningkatan glucagon inilah yang merangsang proses autophagy ini. Jadi, untuk mengaktifkan proses autophagy, kita perlu berpuasa!


Berpuasa bukan sahaja memberikan badan kita peluang untuk membuang "barang lama", ia malah merangsang pertumbuhan hormon, yang memberitahu badan kita supaya mula untuk menghasilkan "barang baru". Jadi dengan berpuasa dapat membenarkan badan kita untuk menjalani pengubahsuaian yang lengkap.

Islam mewajibkan puasa

puasa, bulan ramadan, ramadhan menyihatkan

Sebagai ringkasan, jika kita berpuasa, badan kita akan kekurangan nutrisi dan zat, ini akan merangsang proses autophagy. Apabila proses autophagy berlaku, ia akan menggantikan sel-sel yang lama dan jahat, kepada sel-sel yang baru dan baik. Ini sekaligus menjadikan badan kita dapat berfungsi dengan lebih baik serta tidak terdedah kepada penyakit berbahaya.

Kerana itulah Islam mewajibkan umatnya untuk berpuasa sebulan di dalam setahun iaitu ketika tibanya bulan Ramadan. Bukan di bulan Ramadan sahaja, malah ia adalah sunnah Rasulullah S.A.W untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis serta hari-hari tertentu. Dengan berpuasa, badan kita akan menjadi lebih sihat dan lebih terjaga daripada dijangkiti penyakit berbahaya seperti barah. Ini amatlah penting untuk menjalani kehidupan yang berkualiti dan yang masih panjang. Jadi, berpuasa bukanlah untuk orang Islam sahaja, ia diperlukan oleh semua manusia di muka bumi ini.

Contoh mudah, setiap 3 bulan atau 5000 kilometer (mengikut jenis kenderaan), kereta kita perlu diservis bagi mengekalkan prestasinya. Sama seperti badan kita, ia juga memerlukan "servis", iaitu dengan berpuasa.

Jika anda bukan Islam, dan baru mengetahui manfaat berpuasa, cuba lah melatih diri anda untuk berpuasa.

Semoga bermanfaat.

sumber
Share:

Ada Gastrik Dan Susah Nak Puasa? Ini 16 Tips Untuk Pesakit Gastrik Berpuasa

gastrik kena puasa

Gastrik merupakan satu cabaran khasnya ketika di bulan puasa. Namun, ia bukanlah satu alasan kerana dengan berpuasa, terdapat banyak rahmat dalamnya.

Menerusi akaun twitter Dr. Khairul Hafidz, beliau ada berkongsikan tips buat pesakit gastrik untuk berpuasa, seperti elakkan makanan bergoreng, dan banyakkan minum air masak ketika berbuka.

16 Tips Untuk Pesakit Gastrik Berpuasa

16 Tips Untuk Pesakit Gastrik Berpuasa

16 Tips Untuk Pesakit Gastrik Berpuasa


Share:

Bahaya Tidur Selepas Sahur Yang Pasti Ramai Tak Tahu

jangan tidur lepas sahur

Tidur setelah sahur memang tidak haram. Namun, dari sisi ilmu gizi dan kesihatan tidur setelah makan sangat tidak digalakkan, bahkan dalam kategori dilarang kerana kesan buruknya sangat banyak.

Pramono, ahli gizi dari Rumah Sakit Umum Daerah Ulin Banjarmasin dalam tulisannya menyebut bahawa kesan utama antara lain perut akan jadi buncit kerana ketika tidur tubuh jadi hilang energy dan secara automatik lemak akan mudah berkumpul di perut kita.

Juga akan terjadi refluks, kerana makanan belum dicerna maka boleh berbalik dari lambung ke kerongkong (atau biasa disebut refluks) karena pengaruh gravitasi akibat kita tidur.

“Jika terjadi refluks maka asid akan naik dan melukai kerongkong. Apabila mengalami luka, maka kerongkong akan terasa panas seperti terbakar, dan mulut pun terasa pahit,” tulis Pramono.

Normalnya perut akan kosong kembali sekitar dua jam selepas kita makan, tapi kalau posisi tubuh kita berada pada posisi baring, maka proses pengosongan perut atau usus akan tergendala dan lambat. Hal ini akan mengakibatkan timbulnya gangguan pencernaan seperti cirit-birit atau sembelit tergantung pada jenis bahan makanan yang kita makan.

Disamping itu juga tidur selepas sahur juga boleh meningkatnya risiko terkena stroke jika kerap diamalkan tidur setelah sahur.

Berdasarkan kajian saintifik yang telah dilakukan bahawa orang yang memiliki tempoh masa paling lama antara makan dan tidur mempunyai risiko rendah untuk mengalami stroke.

Jika seandainya kita masih ingin tidur setelah makan sahur tempoh masa paling minima ialah 2 jam setelah makan sahur baru tidur.

Ramai ulama berpendapat bahawa amalan tidur setelah makan sahur sebolehnya dielakkan.

Nabi Muhammad SAW juga telah berpesan bahawa makan sahur jangan ditinggalkan dan digalakkan untuk diakhirkan waktunya hingga sampai menjelang subuh atau waktu imsyak sehingga masuk waktu Solat Subuh dan jika setelah sholat subuh dilanjutkan dengan wirid yang cukup panjang maka matahari telah terbit dan sudah waktunya untuk bekerja.

Rasulullah SAW tidak pernah tidur setelah makan. Beliau melakukan aktiviti terlebih dahulu supaya makanan yang dihadam masuk ke perut dengan cepat dan sempurna menyebabkan mudah untuk dicerna.

Ataupun dengan cara menunaikan solat. Rasulullah SAW bersabda,”Cairkan makanan kalian dengan berdzikir kepada Allah SWT dan solat, serta janganlah kalian langsung tidur setelah makan, karena dapat membuat hati kalian menjadi keras.”(HR Abu Nu’aim dari Aisyah r.a.).

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan peringatan kepada kalian semua agar dapat mengubah tabiat suka tidur selepas makan sahur kerana banyak keburukannya.

Share:

Tuesday, 23 May 2017

Biarkan Anak Tidur Sambil Hisap Botol Susu Punca Utama Gigi Rosak

hisap botol susu ketika tidur

Sudah pasti ramai tidak tahu termasuk admin sendiri yang rupanya botol susu merupakan salah satu penyebab berlakunya karies gigi bagi anak-anak.

Memang kita selalu lihat dan nampak, kanak-kanak kecil giginya rosak, ramai yang beranggapan ianya kerana terlalu banyak makan gula-gula atau makanan manis, tetapi rupanya ia adalah sebab botol susu.

Seorang doktor gigi bernama Dr Iqbal Rosali telah memuatnaik sebuah artikel berbicara mengenai perkara ini, beliau meminta supaya ibu bapa supaya mengambil langkah-langkah pencegahan.

BOTOL SUSU PENYEBAB GIGI ROSAK?

hisap puting susu masa tidur rosakkan gigi

Post ini tidak ada kena-mengena dengan Exclusive Breastfeeding. Post ini bukan menyalahkan susu formula.

KARIES BOTOL SUSU terjadi apabila bayi atau kanak-kanak dibiarkan tidur ketika sedang menghisap susu atau air manisan daripada botol susu. Cecair yang tidak dibersihkan daripada dalam mulut bayi ini akan menyelaputi gigi dan menyebabkan kerosakan pada gigi. Gigi yang sering kali menjadi mangsa ialah gigi susu hadapan atas.

Rata-rata ibu bapa mengendahkan perkara ini dan membiarkan sahaja gigi susu ini rosak, dengan alasan boleh diganti dengan gigi kekal. Tidakkah ibu bapa kasihan anak-anak menangis kerana sakit gigi dan bengkak pada gusinya?

Tidakkah ibu bapa kasihan melihat anak-anak tidak ada gigi untuk makan dan bertutur dengan baik? Tidakkah ibu bapa kasihan pada anak yang menangis pada tengah malam kerana sakit gigi?

APA LANGKAH TERBAIK IBU BAPA?


  1. Jangan biarkan bayi tertidur dengan botol mengandungi susu atau air manisan.
  2. Bersihkan mulut bayi selepas meminum susu dengan menggunakan kain lembap yang dibalut pada jari manis anda dan digosok pada gigi dan gusi bayi untuk membuang sisa susu.
  3. Kurangkan penggunaan botol susu secara berperingkat. Galakkan minum menggunakan cawan atau sudu seawal usianya 6 bulan.
  4. Bilas mulut bayi anda dengan menggalakkan meminum air kosong selepas menghabiskan susu.
  5. Elakkan memasukkan gula ke dalam susu bayi anda.
  6. Ibu bapa digalakkan memberus gigi anak-anak berusia di bawah 6 tahun.
  7. Bawa anak untuk pemeriksaan gigi di klinik gigi setiap 6 bulan.





Share:

Monday, 15 May 2017

Petua : Cara Buang Angin Dari Dalam Hanya Dengan Herba Di Rumah

Cara Buang Angin Dari Dalam Hanya Dengan Herba Di Rumah

Kepada anda yang tidak boleh minum jenis-jenis ubat tertentu untuk menghalau sejenis angin dari dalam badan. Anda boleh cuba teknik yang sangat mudah dan mujarab ini hanya dengan menggunakan beberapa jenis herba yang sentiasa ada di setiap rumah dengan berkesan dan teramat murah.

Bahan-Bahan Herba Di Rumah

Lada Hitam 50sen (Digunakan hanya 15 biji sahaja)
Halba 50sen x 3 bungkus = 3 sudu besar
Halia 5cm = 50sen (Adak2 saja saiz yang diperlukan)
Bawang Putih = 20sen (4 ulas cukup dan memadai)

Jumlah keseluruhannya hanya RM2.70, cukup untuk dibuat stok selama seminggu. Jika habis anda boleh ulangi semula step seperti di atas.

Sila tengok gambar-gambar di bawah bagaimana saya buat herba yang sangat mujarab ini. Semoga membantu dan in sha Allah anda akan sihat.







Share:

Friday, 28 April 2017

5 Jenis Sukan Yang Bagus Untuk Mereka Yang Ada Asma

5 Jenis Sukan Yang Bagus Untuk Mereka Yang Ada Asma

Bagi mereka yang menghidap penyakit asma teknik pernafasan merupakan sesuatu yang sangat penting. Salah satu cara untuk mencegah asma adalah dengan bersenam. Di sini ada 5 senaman yang boleh dicuba oleh sesiapa yang ada asma bagi membantu teknik pernafasan dan mencegah asma.

5 Jenis Sukan Yang Bagus Untuk Mereka Yang Ada Asma

5 Jenis Sukan Yang Bagus Untuk Mereka Yang Ada Asma

5 Jenis Sukan Yang Bagus Untuk Mereka Yang Ada Asma

5 Jenis Sukan Yang Bagus Untuk Mereka Yang Ada Asma

5 Jenis Sukan Yang Bagus Untuk Mereka Yang Ada Asma


sumber


Share:

Thursday, 20 April 2017

Mabuk Laut, Rasa Mual Nak Muntah Bila Naik Kenderaan? Ini Sebabnya!

mabuk laut, mabuk darat rasa nak muntah


Kenapa bila naik kenderaan akan ada orang yang rasa mual nak muntah? Contohnya bila kita naik boat, naik kapal terbang dan boleh juga semasa naik kereta. Semua simptom ini dipanggil motion sickness. Apa itu motion sickness?

Mabuk Laut, Rasa Mual Nak Muntah Bila Naik Kenderaan? Ini Sebabnya!

Mabuk Laut, Rasa Mual Nak Muntah Bila Naik Kenderaan? Ini Sebabnya!


Ada tiga jenis motion sickness iaitu sea sickness (laut), air sickness (udara) dan car sickness (kereta).

mabuk laut, mabuk darat rasa nak muntah



sumber



Share:

Monday, 17 April 2017

Petua Rawat Buasir Menggunakan Kulit Manggis

Petua Rawat Buasir Menggunakan Kulit Manggis


Buasir salah satu penyakit agak menderita juga kepada sesiapa yang penghidapnya? Ada orang kata disebabkan makan terlalu pedas.

Selain ubat yang diberikan doktor, anda boleh juga mencuba petua ini.

Untuk mengelakkan dari buasir, amalkan cara-cara ini.

1) Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam.

2) Hembuskan nafas keluar ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.

3) Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.

4) Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, anda mengalami sembelit. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Elakkan sembelit.

Petua Rawat Buasir Menggunakan Kulit Manggis


Petuanya ialah.

1. Dapatkan kulit manggis dan basuh kulit manggis dan jemur hingga kering. Rebuskan dengan 5 cawan air sehingga menjadi 1 cawan. Minum air rebusan tersebut setelah suam. Amalkan selalu.

2. Ambil beberapa helai daun belimbing buluh (Bersihkan). Selepas itu, masak/rebus dengan 2 cawan air, tunggu hingga air tinggal anggaran 1 cawan dan sejukkan hingga agak agak suam suam. Bila dah sejuk, boleh lah diminum.



sumber



Share:

Sunday, 16 April 2017

Info : Jenis Dan Fakta Ringkas Mengenai Diabetes

Jenis Dan Fakta Ringkas Mengenai Diabetes


Diabetes (Kencing Manis) ataupun selalu disebut oleh doktor dengan nama diabetes mellitus ialah suatu penyakit metabolik yang mana pengidapnya mempunyai tahap glukosa dalam darah (gula darah) yang tinggi pada suatu jangka waktu yang agak lama.


Ianya terjadi samada pengeluaran insulin yang tidak mencukupi ataupun sel-sel tubuh tidak bertindak dengan betul pada insulin.

Pengidap yang mempunyai gula darah yang tinggi kebiasaannya akan mengalami kerap buang air kecil (polyurea - frequent urination), menjadikan mereka selalu dahaga (polydipsia - increasingly thirsty) dan lapar (polyphagia).

Fakta Ringkas Mengenai Diabetes

Diabetes adalah suatu ganguan metabolik yang menyebabkan tahap gula dalam darah menjadi tinggi dan pada tahun 2013 dianggarkan seramai lebih dari 382 juta manusia di seluruh dunia mengidap diabetes.

1. Diabetes Jenis 1 (type 1)

Tubuh gagal menghasilkan insulin yang mencukupi. Dianggarkan 10% kes diabetes adalah jenis 1.

2. Diabetes Jenis 2 (type 2)

Bermula dengan kerintangan insulin (insulin resistance) di mana sel-sel tubuh gagal bertindak ataupun kurang sensitif terhadap insulin. Jika penyakit ini berkembang maka akan terjadi juga keadaan kekurangan insulin.

3. Diabetes Gestasi (Gestational Diabetes)

Jenis ketiga yang dihidap oleh wanita sewaktu mengandung.

Simptom

Tanda-tanda ataupun symptom yang biasa termasuklah kerap kencing, selalu dahaga atau lapar, pertambahan berat atau kehilangan berat yang mendadak, keletihan, luka yang lambat sembuh, alat kelamin lelaki kurang berfungsi, mata kabur, kebas dan berdenyut-denyut pada tangan dan kaki.

Jika anda pengidap Jenis 1 - dengan mengikuti pelan pemakanan sihat, melakukan senaman yang mencukupi, dan mengambil insulin, anda boleh hidup secara normal.

Jika anda pengidap Jenis 2 - anda perlukan makan secara sihat, aktif secara fizikal, selalu mengambil ujian gula darah anda. Anda munkin perlu juga mengambil ubat makan, dan/atau mengambil insulin untuk mengawal tahap gula di dalam darah anda.

Risiko penyakit kardiovaskular ( jantung dan pembuluh darah) adalah lebih tinggi pada diabetik. Maka adalah sangat penting untuk menjaga dan memantau tekanan darah dan tahap kolesterol di dalam badan.

Hypoglycemia ialah keadaan gula (glukosa) darah rendah atau gula dalam darah kurang dari sepatutnya .

Manakala Hyperglycemia pula adalah keadaan gula darah tinggi atau gula dalam darah lebih dari sepatutnya.

Diabetes dibahagi kepada tiga jenis:

1. Diabetes Jenis 1

Tubuh tidak menghasilkan insulin. Nama lain bagi jenis ini ialah insulin-dependent diabetes, juvenile diabetes, or early-onset diabetes. Ianya bermula kebiasaannya pada umur kurang dari 40 tahun, selalunya pada peringkat umur remaja atau belasan tahun.

Diabetes jenis 1 ini sangat jarang berlaku, hanya 10% dari keseluruhan kes diabetes adalah Jenis 1.

Pengidap diabetes jenis 1 perlu mengambil suntikan insulin sepanjang hayatnya. Dia perlu selalu mengambil ujian darah dan mematuhi diet pemakanan khas untuk kekal sihat.

2. Diabetes Jenis 2

Tubuh tidak menghasilkan insulin yang cukup ataupun sel-sel tubuh tidak bertindak dengan baik atau kurang sensitif terhadap insulin (kerintangan insulin).

Lebih kurang 90% dari keseluruhan kes diabetes di seluruh dunia adalah dari jenis 2.

Sesetengah orang mungkin boleh mengawal gejala kencing manis jenis 2 mereka dengan cara mengurangkan berat badan, mematuhi diet yang sihat, melakukan banyak senaman dan memantau tahap glukosa dalam darah mereka.

Walau bagaimanapun, diabetes jenis 2 biasanya adalah sejenis penyakit progresif jika tidak dikawal rapi - ia beransur-ansur menjadi lebih teruk - dan pesakit akhirnya mungkin perlu juga mengambil insulin.

Orang yang berlebihan berat badan dan obes (kegemukan) mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat diabetes jenis 2 berbanding mereka yang mempunyai berat badan yang sihat.

Orang yang mempunyai banyak lemak visceral, juga dikenali sebagai obesiti di bahagian tengah, perut buncit, atau obesiti abdomen, sangatlah berisiko.

Berat badan berlebihan atau obesiti menyebabkan tubuh melepaskan bahan-bahan kimia yang boleh menjejaskan kestabilan sistem kardiovaskular dan metabolik badan.

Dengan berat badan yang berlebihan, tidak aktif secara fizikal dan memakan makanan yang salah - semua ini menambahkan risiko dihinggap diabetes jenis 2.

Hanya dengan meminum satu tin soda (minuman berkarbonat) sehari boleh meningkatkan risiko sebanyak 22% (dilaporkan oleh penyelidik dari Imperial College London dalam jurnal Diabetología ).

Para saintis percaya bahawa kesan minuman ringan bergula pada risiko diabetes adalah secara langsung, bukan sekadar mempengaruhi berat badan.

Risiko mendapat diabetes jenis 2 juga lebih besar apabila kita meningkat lebih tua. Pakar-pakar tidak pasti kenapa, tetapi mengatakan bahawa apabila kita semakin tua kita cenderung menambah berat badan dan menjadi kurang aktif secara fizikal.

Mereka yang mempunyai keturunan terdekat yang mengidap diabetes jenis 2 juga mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit ini.

Lelaki yang mempunyai tahap hormon testosterone yang rendah juga didapati mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat diabetes jenis 2.

3. Diabetes Gestasi

Jenis ini dihidapi oleh wanita semasa mengandung yang sebelumnya tidak pernah ada rekod diabetes.

Sesetengah wanita yang mengandung, tahap glukosa darah mereka sangat tinggi dan badan-badan mereka tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup untuk mengangkut semua glukosa ke dalam sel-sel badan, menyebabkan tahap glukosa darah meningkat secara progresif.

Diagnosis penyakit diabetes gestasi dibuat semasa mengandung

Majoriti pesakit diabetes gestasi boleh mengawal penyakit kencing manis mereka dengan senaman dan diet.

Antara 10% hingga 20% daripada mereka perlu mengambil beberapa jenis ubat untuk mengawal glukosa di dalam darah.

Diabetes gestasi yang tidak dikenalpasti atau tidak dikawal boleh meningkatkan risiko komplikasi semasa melahirkan anak. Mungkin bayi itu akan lebih besar daripada sepatutnya.

Ahli-ahli sains dari Institut Kesihatan Kebangsaan dan Universiti Harvard mendapati bahawa wanita yang diet mereka sebelum hamil, tinggi dengan lemak haiwan dan kolesterol mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk penyakit kencing manis semasa mengandung, berbanding dengan rakan-rakan mereka yang diet yang rendah kolesterol dan lemak haiwan.

Diabetes Adalah Gangguan Metabolisme

Diabetes (diabetes mellitus) dikelaskan sebagai gangguan metabolisme. Metabolisme merujuk kepada cara tubuh kita mencernakan makanan untuk menghasilkan tenaga dan pertumbuhan.

Kebanyakan apa yang kita makan dipecahkan menjadi glukosa. Glukosa adalah bentuk gula ringkas dalam darah - ia adalah sumber utama bahan api untuk badan kita.

Apabila makanan kita dihadamkan, glukosa itu akan masuk ke dalam aliran darah kita. Sel-sel kita menggunakan glukosa untuk tenaga dan pertumbuhan.

Walau bagaimanapun, glukosa tidak akan dapat masuk ke dalam sel-sel kita tanpa hadirnya insulin - insulin perlu untuk membolehkan sel-sel kita mengambil glukosa dari aliran darah.

Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Selepas makan, pankreas secara automatik mengeluarkan kuantiti insulin yang mencukupi untuk menggerakkan glukosa dari dalam darah masuk ke dalam sel.

Sebaik sahaja glukosa memasuki sel-sel, tahap glukosa dalam darah akan menurun.

Seseorang yang menghidap diabetes mempunyai keadaan di mana kuantiti glukosa dalam darah terlalu tinggi (hiperglisemia).

Ini adalah kerana badan samada tidak menghasilkan insulin yang cukup ataupun tidak menghasilkan insulin langsung, ataupun sel-sel tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin yang dihasilkan oleh pankreas.

Ini menyebabkan terlalu banyak glukosa terkumpul dalam darah. Glukosa darah yang berlebihan itu akhirnya dialirkan keluar dari badan melalui air kencing.

Jadi, walaupun darah mempunyai banyak glukosa tetapi sel-sel tidak boleh mendapatkannya untuk keperluan tenaga dan pertumbuhan yang sangat penting bagi tubuh.

Kenapa Ianya Dipanggil "Diabetes Mellitus"?

Perkataan 'diabetes' berasal dari bahasa Yunani (Greek), dan ia bermaksud "sifon" (siphon).

Seorang doktor Yunani pada abad kedua dari Cappadocia bernama Aretus, menamakan keadaan penyakit itu sebagai "diabainein".

Beliau menyifatkan pesakit yang membuang terlalu banyak air kecil (polyuria) adalah seperti sifon. Perkataan ini menjadi "diabetes" daripada adopsi Bahasa Inggeris daripada Bahasa Latin Zaman Pertengahan.

Pada tahun 1675, Thomas Willis menambah perkataan "mellitus" kepada istilah itu, walaupun ia biasanya disebut hanya sebagai diabetes.

"Mel" dalam bahasa Latin bermaksud "madu"; air kencing dan darah pesakit diabetes mempunyai glukosa yang berlebihan, dan glukosa manis seperti madu.

Diabetes mellitus secara literalnya bermakna "siphoning off sweet water" ataupun "sifon keluarkan air manis".

Di zaman China kuno, orang memperhatikan bahawa semut akan tertarik kepada air kencing sesetengah orang, kerana rasanya manis. Maka istilah "Penyakit Kencing Manis" pun tercipta.



sumber



Share:

Ketahui Punca Dan Cara Atasi Penyakit Gastrik

macam mana boleh gastrik ?


Penyakit gastrik menyerang tanpa mengira usia dan jantina. Gastrik membuatkan perut anda tidak selesa. Penyakit ini kebiasaanya berpunca dari gaya hidup seseorang.

Berikut merupakan infografik tentang punca serta cara untuk mengatasi penyakit ini.

Jom baca:

Ketahui Punca Dan Cara Atasi Penyakit Gastrik



Share:

Saturday, 15 April 2017

Kenali 4 Tanda Kanser Prostat


Kenali 4 Tanda Kanser Prostat


Kalau wanita sering dikaitkan dengan kanser payudara, kanser pelvik yang merupakan barah yang paling digeruni wanita, bagi lelaki kanser prostat merupakan mimpi ngeri buat lelaki.

Ia bersangkut paut dengan kelakuan seksual anda. Walaupun banyak data-data yang dikeluarkan, lelaki di usia 50 tahun yang mudah dijangkiti atau diserang penyakit ini, bukan bermakna anda di usia sebelum 50 bebas daripada penyakit ini.

suka diingatkan kanser prostat ini lebih senang menyerang bagi mereka yang berkulit hitam.

Lakukan pemeriksaan sekali setahun.

Jom kenali tanda-tanda awal kanser prostat:


1. Masalah kencing

Tidak boleh buang air kecil
Memiliki kesulitan memulakan atau menghentikan aliran urin
Sering merasa hendak membuang air kencing, terutama pada waktu malam
Aliran air kencing menjadi lemah
Rasa sakit ketika kencing

2. Kesulitan zakar mempunyai ereksi

3. Darah dalam urin atau air mani

4. Sering sakit di bawah punggung, pinggang, atau bahagian atas paha. Kadang-kadang, gejala-gejala ini disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain. Adalah penting bahawa anda berjumpa dan berbincang dengan doktor anda tentang gejala-gejala yang anda alami sehingga dapat didiagnosis dan dirawat segera.


sumber



Share:

Jangan Makan Halia Jika Ada 4 Masalah Kesihatan Ini Termasuk Wanita Hamil

Jangan Makan Halia Jika Ada 4 Masalah Kesihatan Ini Termasuk Wanita Hamil


Halia, sebagai yang diketahui umum, adalah herba yang sangat versatil. Ia boleh digunakan untuk tujuan memasak seperti ayam masak halia, dan juga untuk diminum yang dimasukkan ke dalam teh. Rasanya yang tersendiri sememangnya menambahkan rasa yang unik. Halia juga digunakan secara meluas dalam perubatan cina yang banyak menggunakan halia untuk membantu mengurangkan banyak masalah kesihatan.


Selain itu, ia juga digunakan sudah berabad lamanya dalam sektor kesihatan, terutama dalam perubatan cina. Halia terbukti dapat membantu meredakan tanda-tanda yang disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan, termasuklah mabuk, masalah penghadaman dan juga radang sendi. Ciri-ciri anti-keradangan semula jadi dan anti-oksida yang ada pada halia membuatkannya menjadi salah satu penyembuh semulajadi.

Walaupun halia mempunyai banyak kesan yang baik kepada kesihatan, namun ia boleh memberikan kesan negatif kepada seseorang yang mempunyai beberapa jenis masalah kesihatan tertentu ini. Oleh itu, jika anda mempunyai masalah kesihatan ini, anda tidak digalakkan memakan atau meminum apa-apa sumber yang mempunyai sumber halia.

1. Wanita hamil

Halia mengandungi banyak perangsang yang menyokong kesihatan otot dan membantu penghadaman. Jika anda mengandung, perangsangan ini mungkin akan menyebabkan kontraksi pramatang dan kelahiran pramatang. Penggunaannya tidak digalakkan lebih-lebih lagi di hujung-hujung kehamilan. Jumlah halia yang sedikit boleh membantu mengurangkan loya pada waktu pagi di awal kehamilan, tetapi anda perlu berjumpa dengan pakar terlebih dahulu untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.


2. Masalah pada darah

Halia merangsang peredarah untuk meningkatkan pengaliran darah. Bagi mereka yang mempunyai masalah obesiti atau diabetis, halia sangat membantu memberi kesan positif. Namun, bagi mereka yang menghidap penyakit hemofilia, ia boleh memberikan kesan negatif. Hemofilia adalah masalah genetik yang disebabkan oleh kehilangan atau kerosakan faktor VIII iaitu pembekuan protin.

Tanpa protin ini, darah tidak dapat membeku dengan berkesan. Kecederaan kecil boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk dan juga berkemungkinan menghadapi risiko kematian. Kebolehan halia untuk merangsang peredaran darah boleh meneutralkan kesan ubat, yang akan menyebabkan pendarahan yang teruk.

3. Mengambil ubatan tertentu

Jika anda sedang dalam pengambilan ubat-ubatan untuk penyakit tekanan darah tinggi atau diabetis, halia boleh memberikan kesan tidak baik kepada kondisi anda. Halia merangsang penipisan darah dan mengurangkan tekanan darah, yang mana bagus untuk badan, tetapi tidak bagi mereka yang mengambil ubat-ubatan ini.

Apabila halia bergabung dengan anticoagulants, beta-blockers atau ubat insulin, ia akan memberikan kesan buruk pada badan dengan mengurangkan kesan ubat-ubatan ini pada badan.

4. Masalah kurang berat badan

Jika anda mengalami masalah untuk menambahkan berat badan, elakkan untuk mengambil halia atau makanan tambahan yang mengandungi halia. Halia mempunyai serat yang tinggi, dan ia meningkatkan tahap pH pada perut dan merangsang enzim-enzim penghadaman. Ia boleh membantu pembakaran lemak dan juga mengurangkan keinginan untuk makan. Pengambilan teh halia atau makanan tambahan mengandungi halia akan membuatkan pengurangan berat badan, rambut gugur, ketidakstabilan kitaran haid dan juga jisim otot yang kurang kepada mereka yang sudah sememangnya kurang berat badan.

Alternatif bagi halia

Jika anda mengalami salah satu daripada masalah-masalah ini tetapi mahu menambahkan rasa pedas dan garing pada makanan anda, terdapat beberapa pengganti halia yang anda boleh gunakan. Cuba guna lada benggala, lada merah, atau paprika untuk menambahkan rasa ekstra pada makanan anda. Selamat mencuba!



sumber



Share:

Friday, 27 July 2012

Awas menghisap rokok sebaik berbuka mengundang maut!

Awas menghisap rokok sebaik berbuka mengundang maut


Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.

Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya. Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan.
Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas.

Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku.

Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol.

Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas. Agensi- sumber

Share:

Monday, 14 May 2012

Nutrisi Penting Untuk Wanita Sebelum & Semasa Hamil

Nutrisi Penting Untuk Wanita Sebelum & Semasa Hamil


Apa yang anda dan suami makan mencerminkan kesihatan dan kecerdasan anak yang bakal lahir. Jadi, pastikan anda berdua mengamalkan pemakanan sihat yang lengkap dengan nutrisi sebelum merancang untuk hamil.

Berikut merupakan beberapa sumber makanan yang perlu diambil oleh wanita-wanita yang sedang berusaha untuk hamil...check it out!!

1- Asid Folik
=========
Salah satu unsur vitamin B yang terbentuk di dalamnya dapat mengelakkan kecacatan saraf tunjang seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir sebanyak 80%! Jadi tingkatkan pengambilan asid folik sebelum dan ketika 12minggu pertama kehamilan. Di minggu-minggu awal ini, organ dan sistem badan bayi mula terbentuk. Asid folik banyak terkandung dalam bayam, kacang buncis, kacang panjang, produk soya, kekacang dan jus-jus.

2- Zat Besi
========
Nutrisi ini amat penting bagi membantu pembentukan sel-sel darah merah dalam badan dan mencegah anemia. Keperluan zat besi lebih penting bagi wanita hamil kerana jumlah keperluan hemoglobin meningkat ketika itu terutama pada dua trimester terakhir. Zat besi banyak terdapat dalam makanan penambah darah seperti daging merah, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe.

3- Kalsium
========
Keperluan kalsium perlu ditingkatkan untuk mengurangakn gejala ibu mengalami kebas dan kekejangan sepanjang tempoh kehamilan. Ia turut berperanan mengurangkan kecenderungan ibu daripada mendapat penyakit darah tinggi sewaktu hamil. atas sebab itulah wanita hamil digalakkan minum susu untuk keperluan kalsium yang mencukupi.

4- DHA
======
Berperanan penting terhadap perkembangan minda bayi. DHA berfungsi untuk memantapkan pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi. Mulai tujuh bulan kandungan, makan minyak ikan atau telur ikan yang dipercayai mengandungi DHA. Tingkatkan makanan yang kaya dengan minyak omega seperti sardin dan salmon.

5- Air
=====
Anda digalakkan untuk minum minimum 10 gelas air masak setiap hari. Sebagai variasi, anda boleh mengambil jus buah, susu, yogurt, sup dan jenis cecair yang lain.

sumber


Share:

Sunday, 26 February 2012

Cara Dan Langkah Elakkan Tidur Berdengkur

Cara Dan Langkah Elakkan Tidur Berdengkur

Berdengkur adalah satu bunyi bising yang dikeluarkan semasa bernafas dalam tidur apabila sebahagian saluran pernafasan bahagian atas seseorang tersumbat.

 Dengkur berlaku ketika terdapatnya sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang. Bunyi bising dengkuran terjadi apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain.

 Kebiasaannya, gejala dengkur terjadi sejak dari kecil lagi dan bertambah kerap mengikut pertambahan umur seseorang. Malah, kajian para penyelidik di Amerika Syarikat mendapati gejala dengkur yang bermula dari usia kanak-kanak berpontensi merubah keadaan diri seseorang itu seperti menjadi hiper-aktif sejak dari kecil.

 Pada 2002, pasukan penyelidik dari Universiti Michigan melaporkan, daripada 229 kanak-kanak yang ditemui, mereka yang kerap berdengkur dua kali ganda berpotensi menjadi hiper-aktif.

 Jadi, adalah amat penting untuk mencegah dan merawat gejala dengkur daripada menjadi lebih buruk hingga boleh mengundang rasa tidak selesa dan menggangu persekitaran sewaktu tidur.

 Penyelidik tersebut juga ada mengeluarkan sebab-sebab terjadinya gejala dengkur. Antaranya:


  •     Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak.
  •     Tisu tekak yang besar dan tebal.
  •     Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang.
  •     Saluran pernafasan tersekat.


Rawatan bagi merawat berdengkur adalah bergantung kepada diagnosis yang dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan rawatan akan diberi mengikut sebab-sebab yang dikenal pasti.

Antara cara dan langkah yang disarankan oleh penyelidik untuk mengurangkan dan mengelakkan tidur berdengkur ialah:


  1. - Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan.
  2. - Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur.
  3. - Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur.


- Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat.

- Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari.

- Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang.

- Tinggikan kepala katil lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang.

Mencegah itu lebih baik dari merawati. Kesihatan tubuh badan amat penting untuk dijaga supaya tidak akan menimbulkan sebarang kesusahan kemudian hari.-mynewshub

Share:
loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...