Mohan (kanan) menunjukkan kenderaan curi yang ditemui semula di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras semalam. |
KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan kumpulan samun dan curi kenderaan bergelar Geng Gemuk ekoran tertangkapnya tujuh individu termasuk seorang wanita di Lembah Klang baru-baru ini.
Sebuah kereta mewah jenis BMW dan tiga kereta Proton Waja yang dilaporkan hilang ditemui semula dalam beberapa siri serbuan yang dilancarkan sejak 29 Februari hingga 7 Mac lalu.
Kumpulan penjenayah itu dikenali sebagai Geng Gemuk kerana seorang ahlinya menggunakan nama panggilan Gemuk.
Modus operandi anggota Geng Gemuk yang melakukan jenayah menggunakan pisau adalah melarikan kenderaan mewah tanpa mengira masa. Barang peribadi pemilik kenderaan yang menjadi sasaran juga dilarikan.
sumber
0 comments:
Post a Comment