Thursday, 8 March 2012
SAZALI ANAK P RAMLEE TERIMA SUMBANGAN RM 10 RIBU
Sazali P Ramlee Dapat Sumbangan RM 10 Ribu. Anak angkat kepada Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Sazali, 53, pada Ahad menerima wang sumbangan daripada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berjumlah RM10,000 sebagai yang prihatin terhadap kesusahan yang dialaminya.
Maglin ketika ditemui berkata, kerajaan sentiasa prihatin dengan keadaan seniman yang kurang bernasib baik dan akan terus membantu mereka dari masa ke semasa.
Dalam pada itu Sazali berkata, dia berasa amat terharu dengan keperihatinan kerajaan terhadap nasib malang yang menimpanya. Ujarnya, dia bersyukur dengan bantuan itu dan berharap dapat digunakan untuk menjalani rawatan penyakit yang dihidapi.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Seniman, Zed Zaidi ketika telah menghantar surat sokongan kepada pihak kementerian mengenai masalah menimpa Sazali dan gembira apabila bantuan disalurkan dengan segera.
“Seniman menghantar surat sokongan memohon bantuan kepada Sazali yang kini terpaksa bergantung kepada tongkat dan kerusi roda untuk bergerak selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.
“Alhamdulilah permintaan kami telah diluluskan dengan segera oleh menterinya iaitu Datuk Seri Dr Rais Yatim,” ujarnya.
Media baru-baru ini melaporkan tentang nasib Sazali yang sebelum ini bekerja sebagai tukang sapu di Semenyih, Selangor, telah hilang sumber pendapatan akibat kemalangan jalan raya.
SUMBER
0 comments:
Post a Comment