Pergh tambang teksi RM459 untuk perjalanan 3km ~ Bila Han Bercerita

Friday 27 April 2012

Pergh tambang teksi RM459 untuk perjalanan 3km


Sekitar Jalan Imbi di Kuala Lumpur



KUALA LUMPUR – Dua pemandu teksi didenda antara RM400 hingga RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah menuntut bayaran tambang melebihi kadar yang ditetapkan semalam.

J. Elanggo, 30, pemandu teksi eksekutif, didenda RM1,000 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda itu kerana menuntut kadar tambang melebihi yang ditetapkan iaitu sebanyak RM459.20 daripada dua pelancong Britain berbanding kadar yang ditunjukkan di meter teksi sebanyak RM8 iaitu lebihan RM451.20.

Elanggo didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Imbi berhadapan Hotel Dorsett Regency di sini pada 1.59 petang, 8 Februari lepas setelah membawa pelancong berkenaan dari KLCC.-SUMBER

P/s :Pergh,ikut sedap dia je.banggang,nak keje elok2 la.bukan amek kesempatan.takde pasal,cari pasal.bodoh.nak duit banyak,cari la inisiatif lain.keje part time ke...buat malu la

0 comments:

Post a Comment