Nasib malang bekas jutawan LBJ ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 15 September 2012

Nasib malang bekas jutawan LBJ


Nasib malang bekas jutawan LBJ


SEREMBAN – Seorang bekas jutawan Felda Lyndon B Johnson (LBJ) di Labu dekat sini disaman anak perempuannya sendiri yang mahu menuntut sebahagian hasil pengambilan sebidang tanah seluas 3.6 hektar oleh kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 1998 yang bernilai RM1.6 juta.

Norzay Rashid, 44, turut menuntut mahkamah supaya mengisytiharkan rumah milik bapanya itu yang kini sebagai harta sepencarian dengan arwah ibunya yang sudah meninggal dunia.

Beliau mengemukakan tuntutan ke atas bapanya itu yang kini berkerusi roda di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Kamal Basha Muhammad.

Hakim Kamal menetapkan 12 Oktober ini untuk membuat keputusan.

Dalam tuntutan tersebut, Norzay memohon perintah mahkamah bahawa separuh daripada sebidang tanah milik bapanya, Rashid Jani, 75, yang dianggarkan bernilai RM160,000 diisytiharkan sebagai harta sepencarian bagi pihak ibunya, Allahyarham Kering Aman.

sumber

P/s :kerana duit habis semuanya.kalau dah ada anak terapkan didikan agama supaya dia akan lebih mementingkan agama.tanggungjawab.#notetomyself

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Isteri Yang Bakal Masuk Neraka
    03.03.2012 - 0 Comments
    Isteri Yang Bakal Masuk Neraka -Tidak suka mengerjakan solat -Suka bercakap bohong kpd suami -Suka…
  • Telur Goreng Keluar Darah Apabila Diperdengarkan Ayat RUQYAH
    17.05.2015 - 0 Comments
    Laman sosial digemparkan dengan penyebaran dua keping gambar yang dikatakan ‘berdarah’ sementelah…
  • Sekolah di Selangor, KL, Putrajaya, NS dan Melaka ditutup pada Selasa, 15 September
    15.09.2015 - 0 Comments
    Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka akan ditutup hari ini, 15…
  • TENGOK ASTRO PRIMA SECARA PERCUMA
    29.05.2012 - 0 Comments
    KORANG SEMUA BOLEH TENGOK >DISINI < **Terpaksa buat ditempat khusus.kalau buat entri..nanti…
  • Cipta Mesin Layan Diri : Budak 14 Tahun Tolak Tawaran RM120 Juta Untuk Beli Syarikatnya
    17.05.2016 - 0 Comments
    Seorang budak berusia 14 tahun dari Alabama menolak tawaran US$30 juta (RM120 Juta) dari sebuah syarikat…