COOL : Kini Psy Jutawan Youtube ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 8 December 2012

COOL : Kini Psy Jutawan Youtube


Kini Psy Jutawan Youtube

SEOUL: Klip video Gangnam Style bakal mencatat tontonan satu bilion kali di YouTube tidak lama lagi.

Berikutan itu, artis pop Asia yang mendapat sambutan paling hangat di Internet serta ejennya akan bertambah kaya.

Namun, wang hasil jualan album itu tidak mengalir dari negara kelahiran penyanyinya Korea Selatan atau mana-mana tempat di Asia.

Dengan satu lagu, Park Jae-sang, 34, bakal menjadi jutawan hasil iklan di Youtube serta bayaran muat turun iTune, manakala hasil lebih lumayan diperoleh melalui iklan televisyen.


Tuah penyanyi yang lebih dikenali sebagai PSY sekali gus mengubah tradisi bagaimana keuntungan dibuat melalui industri hiburan.

Hanya melalui sumber itu, PSY dan kemnya akan memperoleh sekurang-kurangnya AS$8.1 juta (RM24.7 juta) tahun ini, manakala pendapatan daripada jualan muzik secara dalam talian di Korea Selatan hanya AS$60,000 (RM180,000).

PSY memperoleh laba apabila muziknya yang menarik dan gerakan tarian unik itu menjadikan videonya paling banyak ditonton dalam sejarah YouTube.


Sejak dimuat naik Julai lalu, klip itu ditonton lebih 880 juta kali, mengalahkan lagu Baby oleh Justin Bieber (808 juta kali) sejak Februari 2010.

Saluran rasmi PSY di YouTube pula ditonton hampir 1.3 bilion kali.

Agensi penyedia perkhidmatan teknologi untuk agensi pemasaran, TubeMogul, menganggarkan PSY dan ejennya, YG Entertainment, memperoleh AS$870,000 (RM 2.6 juta) sebagai sebahagian daripada pulangan daripada iklan yang muncul di video YouTube.

PSY dan YG Entertainment juga mendapat bayaran daripada video parodi lagu itu setiap kali ia ditonton pengguna Internet. Google mengesan sebarang video yang mengandungi bahan dilindungi hak cipta dan ia boleh dibuang - jika mendapat permintaan daripada pemilik hak cipta terbabit - atau mengekalkannya di laman sesawang itu dan perolehan bayaran iklan daripada video berkenaan dikongsi secara bersama. Pada minggu terakhir September, lebih 33,000 video dikenal pasti mengandungi bahan menggunakan unsur Gangnam Style dimuat naik di YouTube.

sumber

P/s : Pergh....masyuk giler..belum kire duit dia dapat masa perform buat live show lagi.

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • GEMPAR!! Bayi Ajaib Dilahirkan Tanpa Darah
    30.01.2012 - 0 Comments
    MAIDSTONE – Kuasa Allah. Bagaikan satu keajaiban, seorang bayi yang mengejutkan dunia sains perubatan…
  • Fakta : 6 Produk Amerika Yang Bukan Berasal Dari Amerika
    23.08.2012 - 0 Comments
    Jom kita tengok produk-produk di Amerika yang korang rasa berasal dari Amerika tapi sebenarnya bukan…
  • GEMPAR !! Rumah Nabil (Raja Lawak) Dimasuki Perompak
    29.02.2012 - 0 Comments
    SEREMBAN: Kediaman pelawak dan pelakon terkenal, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil…
  • [Gambar] MyKad Baru 2012 : Kelebihan & Info Penukaran
    14.02.2012 - 0 Comments
    JPN akan mengeluarkan MyKad baru bermula Januari 2012 yang akan dilancarkan secara berperingkat ke seluruh…
  • Cool : Lelaki Ni Print T-Shirt dan Bag Guna Penutup Longkang Je
    18.08.2016 - 0 Comments
    Selalu kalau nak buat baju mesti nak kena design dulu kemudian hantar kedai mereka akan guna macam-macam…