Blogger BeautifulNara dirompak, BMW dikebas penyamun! ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 11 June 2013

Blogger BeautifulNara dirompak, BMW dikebas penyamun!

Blogger BeautifulNara dirompak, BMW dikebas penyamun!
beautiful nara bersama Amy Search


SUNGAI BULOH - Seorang blogger portal hiburan BeautifulNara atau nama sebenar Nazuwan Ahmad kerugian kira-kira RM350,000 apabila kereta BMW miliknya dilarikan tiga penjenayah di kawasan Aman Puteri, di sini petang semalam.

Nazuwan berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2.10 petang, dia bersama isteri, Fadzlin Zulkiflee dan seorang anak mereka sedang melihat kerja ubahsuai rumah yang baru dibeli di kawasan berkenaan.

Katanya, tiba-tiba datang kereta jenis Perodua MyVi hitam, meluru ke arah mereka sekeluarga dan tiga lelaki bertopeng mengeluarkan parang.

"Penjenayah mengugut saya dengan parang, mengambil duit RM30 di dalam beg duit dan melarikan kereta BMW 3 Siri berwarna putih berplat WWM 7040.

"Saya sangat gementar dan bimbang dicederakan oleh lelaki itu. Saya tergamam dan terus memberikan apa sahaja yang diminta oleh mereka. Saya rasa, mereka memang dah jadikan kereta itu sebagai sasaran,” katanya.

Beliau berkata, mereka sekeluarga selamat dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Pelong, Kuang.

Katanya, sesiapa yang terlihat atau mempunyai maklumat berhubung keretanya, boleh menghubungi beliau di talian 017-2678341.

sumber

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

  • GEMPAR !! Leeteuk Super Junior Tayang Nombor Telefon Di Twitter
    03.04.2012 - 0 Comments
    3 APRIL 2012:Ketua kumpulan Super Junior, Leeteuk membuat kejutan besar buat peminatnya diseluruh…
  • MAKAN MALAM PALING KENYANG DAN MAHAL
    24.01.2012 - 0 Comments
    SUMBER P/s :Hann xtahu la ni edit ke hape,tapi ni memang totally gile,sapa penah ada pnglaman g…
  • Perompak bawah umur yang bullshit malas belajar
    11.08.2012 - 0 Comments
    Yosh~ hari2 ada saje isu kat Malaysia ni.haha.sebenarnya around the world mesti ada problem.dan hari ini…
  • Pakej gaji CEO baru Yahoo AS$70 juta
    22.07.2012 - 0 Comments
    NEW YORK: Pakej ganjaran Ketua Eksekutif (CEO) baru Yahoo, Marissa Mayer boleh mencecah lebih daripada…
  • Lelaki tembak mati abang hanya kerana berebut burger keju
    09.05.2016 - 0 Comments
    FLORIDA: Seorang lelaki berusia 25 tahun menembak mati abangnya dalam pergaduhan berhubung burger…