Sawah di buat di atas bumbung di China ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 19 March 2015

Sawah di buat di atas bumbung di China

Sawah di buat di atas bumbung di China


Beijing: Sebuah kilang di Chongqing bertindak mengubah suai bumbung seluas 10,000 meter persegi menjadi tapak pertanian.

Jurucakap kilang, Lu Xiaoqing berkata, idea itu tercetus selepas syarikat itu memikirkan kaedah untuk menggunakan sepenuhnya bumbung kilang terbabit.

“Jadi kami wujudkan projek pertanian yang turut membabitkan kakitangan kami,” katanya.

China Daily melaporkan, bumbung bangunan itu cukup kuat untuk menampung projek pertanian berkenaan, selain kalis air bagi mengelak kebocoran di kilang di bawahnya.

Pekerja kilang turut bercucuk tanam selain memelihara ayam dan ternakan.

Sawah di buat di atas bumbung di China


Tugasan menjaga setiap bahagian kebun diagihkan sesama pekerja dan semua hasil dikongsikan bersama secara percuma.

Sumber tanah semakin berkurangan di bandar besar di China disebabkan pembangunan.

Beberapa bandar sebelum ini berjaya melakukan kaedah pertanian atas bumbung.

Malah, Persatuan Landskap Bumbung Beijing menganggarkan keluasan kasar bumbung hijau di Beijing ialah 1.2 meter juta persegi pada 2012.

Kaedah ini bukan terhad untuk pertanian. Sebuah sekolah rendah di wilayah Zhejiang membina trek larian sepanjang 200 meter di bumbungnya sebagai kaedah menjimatkan ruang.

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

  • Shah Rukh Khan mampu menghisap 100 batang rokok sehari dan tekad mahu berubah
    26.02.2015 - 0 Comments
    Pelakon terkenal Bollywood, Shahrukh Khan mengambil langkah drastik apabila melibatkan diri dalam kempen…
  • WAJIB TAHU! 10 Soalan Sebelum Anda Masuk Meminang
    26.10.2012 - 0 Comments
    1. Apakah wawasan hidupnya? Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam…
  • Tauge Mampu Menyumbang Kepada Kesuburan Lelaki Dan Wanita
    22.05.2012 - 1 Comments
    Sayur taugeh selalunya menjadi pilihan terakhir untuk dimasak dan dimakan bersama nasi. Walaupun badannya…
  • Asal-usul no plat kenderaan di Malaysia
    04.02.2013 - 0 Comments
    Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia…
  • Bahaya Tidur Selepas Sahur Yang Pasti Ramai Tak Tahu
    31.05.2017 - 0 Comments
    Tidur setelah sahur memang tidak haram. Namun, dari sisi ilmu gizi dan kesihatan tidur setelah makan…