PERODUA pertimbang naikkan harga kereta akibat penyusutan ringgit ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 25 October 2015

PERODUA pertimbang naikkan harga kereta akibat penyusutan ringgit

PERODUA pertimbang naikkan harga kereta akibat penyusutan ringgit


PETALING JAYA: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), mempertimbang untuk menaikkan harga kenderaan keluarannya ekoran penyusutan nilai ringgit ketika ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata pertimbangan itu dibuat selepas syarikat pengeluar kereta kompak nasional mencatat penyusutan keuntungan sebelum cukai sebanyak lima peratus setakat ini.

"Kejatuhan nilai ringgit memberi impak kepada kos operasi syarikat untuk jangka masa panjang. Kita cuba mengekalkan harga untuk semua model keluaran PERODUA namun penyusutan nilai ringgit yang berterusan menyebabkan kita perlu menilai semula harga," katanya selepas pelancaran PERODUA Sentral di sini, hari ini.

‎PERODUA Sentral, iaitu pusat sehenti kepada pelanggan jenama itu dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Yang turut hadir, Pengerusi PERODUA, Tan Sri Asmat Kamaludin; Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad; dan Ketua Pegawai Operasi PERODUA, Dr Zahari Husin.

Mengulas perkara sama, Asmat berkata, PERODUA akan terus memantau kos operasi syarikat dan berhubung dengan vendornya bagi mengembangkan langkah penjimatan dalam situasi ekonomi serba mencabar ketika ini.

"Walaupun penggunaan komponen tempatan kenderaan keluaran PERODUA pada purata 90 peratus, bakinya masih diimport, yang mana penyusutan nilai ringgit ketika ini memberi sedikit impak kepada syarikat.

"Kita sedaya upaya mengekalkan harga semasa dan cuba bertahan hingga nilai ringgit mencapai paras tertentu, namun ia (nilai ringgit) terus bertahan pada paras rendah menyebabkan PERODUA terpaksa berbuat sesuatu," katanya.

PERODUA Sentral dibangunkan di tapak seluas 15,700 meter persegi membabitkan pelaburan RM36 juta. Beroperasi sejak 5 Mei lalu, ia menawarkan perkhidmatan komprehensif kepada pelanggannya termasuk pusat jualan hingga perkhidmatan servis. Malah PERODUA Sentral turut menawarkan perkhidmatan kaunter JPJ dan mesin ATM untuk kemudahan pelanggannya serta penduduk setempat.

sumber


Share:

1 comment:

  1. SEBIJI MYVI KOS X SAMPAI RM20K, TAPI DIJUAL DENGAN HARGA RM43K, X CKUP LAGI KA???TAMAK HALOBA BETUL...

    ReplyDelete

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

  • Safee Sali Bakal Sertai Johor Dengan Gaji RM46000
    01.02.2012 - 0 Comments
    Safee Sali Bakal Sertai Johor Dengan Gaji RM46000 | Banyak gosip tentang Safee Sali selepas Liga…
  • Geng Gemuk tumpas
    14.03.2012 - 0 Comments
    Mohan (kanan) menunjukkan kenderaan curi yang ditemui semula di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras…
  • Selepas El nino, La nina dan jerebu pula dijangaka bakal menyusul !!
    15.05.2016 - 0 Comments
    Malaysia bakal berdepan dengan masalah jerebu ekoran cuaca panas dan kering yang berlaku di Sumatera dan…
  • (4 GAMBAR) Fara Fauzana DIANUGERAHKAN MASTER oleh Kolej Universiti Tanpa Buat Kajian atau Pergi Ke Kelas
    08.11.2014 - 1 Comments
    Fara Fauzana dianugerahkan Master tanpa membuat sebarang kajian atau melakukan sebarang kerja khusus…
  • 23 tanda lelaki setia pada cinta
    24.01.2012 - 0 Comments
    1.Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa. 2.Dia sentiasa ingin…