'Stagefright' ancaman buat pengguna telefon Android ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 25 October 2015

'Stagefright' ancaman buat pengguna telefon Android

'Stagefright' ancaman buat pengguna telefon Android


FORTINET memberi amaran kepada pengguna Malaysia mengenai satu kerentanan kritikal yang didapati dalam sistem operasi Android akan membolehkan penggodam memperoleh akses kepada peranti mudah alih mereka dengan hanya menggunakan mesej multimedia tunggal.

Disifatkan sebagai salah satu ancaman paling kritikal yang ditemui dalam Android setakat ini', ‘Stagefright’ membolehkan telefon digodam dengan hanya satu MMS berniat jahat.

Penyelidik Keselamatan di FortiGuard Labs Fortinet, Ruchna Nigam berkata,  paling mengejutkan adalah mangsa tidak perlu membuka mesej atau menonton video tersebut untuk mengaktifkannya.

‘Stagefright’ boleh menyerang sebarang telefon pintar, tablet atau peranti lain yang menggunakan Android 2.2 atau ke atas.

“Ini meletakkan 95 peratus peranti Android dalam risiko untuk ‘dirampas’. Kedudukannya yang mudah terdedah kepada ancaman dianggap amat serius memandangkan ia boleh dieksploitasi tanpa sebarang interaksi pengguna,” kata. “Serangan dan malware lain untuk telefon Android biasanya memerlukan interaksi pengguna seperti memasang satu aplikasi, mengklik satu pautan atau membuka satu MMS.

Apa yang lebih teruk lagi adalah mesej yang diterima itu juga boleh dipadamkan, tanpa meninggalkan sebarang kesan percubaan serangan pada telefon mangsa itu.”

Nigam menjelaskan bahawa rampasan keselamatan berfungsi dengan mengambil kesempatan daripada perpustakaan media terbina dalam Android yang memproses beberapa format media yang popular. Satu fail media berniat jahat boleh direka khas dan dihantar ke telefon mudah alih pengguna melalui MMS.

Apabila menerima ‘mesej’ itu, aplikasi yang bertanggungjawab mengendalikan mesej sedemikian akan memaparkan prebiu mesej yang diterima di bidai Pemberitahuan. Satu serangan berkesan akan mengakibatkan kod rentan dipacukan pada telefon.

“Penyerang hanya perlukan nombor telefon mangsa untuk mengaktifkan ‘Stagefright’. Peranti yang menggunakan versi Android 4.1 “Jelly Bean” atau lebih awal yang belum dimuatkan (unpatched) dianggap paling berisiko disebabkan pengurangan serangan yang tidak memadai,” ingatnya.

Yang membimbangkan adalah kerentanan ini turut menjejaskan Mozilla Firefox – yang menggunakan perpustakaan yang sama atas semua platform kecuali Linux. Ia telah dimuatkan (patched) dalam Firefox versi 38 dan pengguna dinasihatkan mengemaskini pelayar (browser) masing-masing.

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

  • COOL : Taman Tema Angry Birds Mula Dibuka Jumaat Ini Di Johor Bahru
    28.10.2014 - 0 Comments
    Selepas Hello Kitty dan LEGO dua jenama besar membuka taman tema di Johor, kini giliran jenama permainan…
  • COOL !! GOOGLE cipta cermin mata yang boleh melayari internet dimana sahaja
    10.04.2012 - 0 Comments
    Google baru sahaja melancarkan Project Glass yang memudahkan pengguna melayari internet hanya dengan…
  • GEMPAR!! RM100,000 Untuk Iqram Dinzly Kahwin
    13.02.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR : Mungkin ada benarnya juga nada seleroh yang dikeluarkan Iqram Dinzly ketika ditanyakan…
  • DALAM ISLAM,Tidak Salah Perigi Mencari Timba
    03.03.2012 - 0 Comments
    Salahkah Perigi Mencari Timba? Menjadi muslimah bukan bererti hanya pasif menunggu tambatan hati datang…
  • Anak David Beckham Disingkarkan Dari Arsenal
    26.02.2015 - 0 Comments
    Impian anak lelaki sulung David Beckham, Brooklyn, untuk mengecapi kejayaan sebagai pemain bola sepak…