Saturday, 12 December 2015
Cool ! Pakcik Ini Mencipta Motorsikal Menggunakan Air Yang Boleh Jalan Sejauh 500KM
Seorang lelaki di Brazil telah mencipta sebuah motorsikal baru yang menakjubkan kerana dengan hanya menggunakan 1 liter air, motor ini boleh melakukan perjalanan sejauh sehingga 500kilometer (310 batu).
‘T Power H20’ adalah kuasa dari air dan bateri kereta untuk menghasilkan elektrik dan mengasingkan hydrogen daripada molekul air. Ini mewujudkan pembakaran yang memberikan motorsikal ini dorongan dan kuasa untuk bergerak.
Dalam satu video baru yang dimuat naik, Ricardo Azevedo dari Sao Paolo telah menunjukkan mesin ajaib ini kepada dunia. Dalam video ini, dia minum daripada botol tersebut untuk membuktikan bahawa dia menuangkan air ke dalam motor berkenaan dan tidak terdapat bentuk bahan api lain. Kemudian dia mengisi dengan air dan pergi.
Dia menjelaskan bahawa walaupun menggunakan air yang tercemar juga boleh digunakan untuk bahan bakar kenderaan ini dan Azeebo mempromosikan penciptaannya sebagai mesin mesra alam. Mungkinkah ini merupakan ciptaan baru untuk dunia yang lebih menjimatkan?
sumber
0 comments:
Post a Comment