Serius !! Nasi Ayam RM2, sirap 50 sen jadi tarikan di gerai makan ni ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 12 December 2015

Serius !! Nasi Ayam RM2, sirap 50 sen jadi tarikan di gerai makan ni

Nasi Ayam RM2, sirap 50 sen jadi tarikan


DENGAN hanya berbekalkan dua 'magis' iaitu harga murah dan sajian yang enak sebuah gerai makan yang bernama 'Menu Sejahtera' berjaya menjadi popular sekelip mata.

Bertempat di kawasan perindustrian Bandar Darul Aman, Jitra Kedah kini gerai 'Menu Sejahtera' menjadi tempat makan kesukaan ramai dek kerana dua magis tersebut.

Menurut pengusaha, Mohd Nazeri Hashim, 45, dia bersama isteri Nor Hashimah mula berniaga di situ sejak enam bulan lalu.

"Harga di gerai 'Menu Sejahtera' ialah nasi ayam RM2, laksa RM1, bihun sup RM1 dan air sirap cuma 50 sen sahaja," katanya dipetik portal Ohsem.La. 

Katanya, tujuan dia menjual murah kerana percaya bahawa disebalik rezeki ALLAH itu, ada juga hak orang lain. 

"Saya jual murah dan amalkan konsep beribadah serta tidak mahu membebankan pelanggan walaupun sekarang harga  barang mahal. Dengan kadar keuntungan minimum serta cukup untuk pusingan modal, diharap dapat membantu mereka yang berpendapatan rendah ke sini. 

"Di samping itu, saya juga mengamalkan konsep ekonomi makro iaitu makanan murah ditawarkan membolehkan pekerja di kawasan itu tidak perlu lagi pulang ke rumah dan hanya menjamu selera di sini. Ini membolehkan kawasan itu akan lebih maju dan pekerja tidak perlu mengambil masa yang lama untuk pulang ke rumah mereka," katanya.

Gerainya beroperasi dari jam 11 pagi hingga 8 malam. Ia dibuka setiap hari kecuali Jumaat.

Nazeri menjelaskan walaupun harga makanannya agak murah, bahan perisa dan perencah yang digunakan tetap sama seperti di kedai lain. Bagi mengimbangi perniagaannya itu, dia terpaksa mendapatkan bekalan barangan dari pemborong supaya harga yang diperolehi sentiasa berpatutan.

sumber

P/s: kasi support orang yang berniaga mcmni pada tahun 2015 ekonomi yang dahsyatnya mcmni huhu..kasi ongkos lebih niat belanja tokey kedai la ;-)


0 comments:

Post a Comment