Serius ! Berlian bernilai RM60 juta ditemui ~ Bila Han Bercerita

Monday, 7 March 2016

Serius ! Berlian bernilai RM60 juta ditemui

Berlian bernilai RM60 juta ditemui
Berlian 404 karat berukuran 2. inci ditemui. - Foto AP

LUANDA - ANGOLA. Berlian 404 karat berukuran lebih 2.7 inci ditemui di Angola, kata syarikat perlombongan Australia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Lucapa Diamond Company yang berpengkalan di Perth, batu permata tersebut adalah berlian terbesar pernah ditemui di Anggola.‎

"Berlian putih tersebut dianggarkan bernilai kira-kira AUD20 juta (RM60 juta)," kata Pengerusi Lucapa Diamond Company, Miles Kennedy  kepada Australian Broadcasting Corp.

Menurutnya, berlian tersebut ditemui dalam Project Diamond Lulo iaitu projek perkongsian antara syarikat itu dengan syarikat belian nasional Angola serta pelabur swasta.

Kawasan perlombongan projek Lulo telah menghasilkan lebih daripada 60 berlian besar sejak ketiga-tiganya mula meneroka rantau ini pada tahun 2015, kata Lucapa dipetik AP.

Berlian terbesar yang pernah ditemui adalah berlian Cullinan 3106 karat ditemui di Afrika Selatan pada tahun 1905.

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

  • Cara Troll Scammer Paling WIN
    23.11.2014 - 0 Comments
    Rasanya ramai yang dapat mesej-mesej berbaur penipuan.yang mengatakan kita memenangi hadiah 10 ribu.…
  • SUBHANALLAH !! Kitab Injil 1,500 Tahun Ditemui
    29.02.2012 - 0 Comments
    ANKARA – Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai…
  • Tasha Manshahar Gadis You Tube Terbaru!
    11.02.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR : Sekarang ini sudah seperti menjadi ikutan apabila ramai di kalangan individu yang muncul…
  • RETRO : Iklan Handphone Pada Tahun 1989
    06.10.2012 - 0 Comments
    woot!! giler lar,retro giler.telefon besar gedabak.kalau sekarang ni wujud lagi.bawak pergi public confirm…
  • GEMPAR!! RM100,000 Untuk Iqram Dinzly Kahwin
    13.02.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR : Mungkin ada benarnya juga nada seleroh yang dikeluarkan Iqram Dinzly ketika ditanyakan…