5 Tips Kesihatan Telinga Yang Perlu Anda Ketahui ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 11 May 2016

5 Tips Kesihatan Telinga Yang Perlu Anda Ketahui

5 Tips Kesihatan Telinga Yang Perlu Anda Ketahui


Telinga juga perlu penjagaan rapi dari segi kebersihan luaran dan dalaman. Telinga yang bersih akan bebas daripada kuman dan memberi anda lebih keyakinan bila bersama dengan si dia untuk membisikkan kata-kata cinta. Untuk isu kali ini akan difokuskan kepada kesihatan telinga secara menyeluruh.

Bahaya Fon Telinga
Penggunaan fon telinga yang terlalu lama melebihi satu jam dan kerap adalah sangat berbahaya terutama dengan nada yang kuat. Ini kerana telinga anda hanya menumpukan kepada satu bunyi sahaja untuk difokuskan, salah satu sebab yang lain kerana fon telinga mempunyai beribu-ribu bakteria yang melekat padanya dari salah seorang pemakai. Cuba anda bayangkan jika anda berkongsi fon telinga itu dengan orang lain?

Elakkan Lagu/Muzik Yang Kuat
Kurangkan berada di kawasan yang mempunyai bunyi yang bising atau nyaring, pasti kan ketika majlis perkahwinan anda nanti pihak ‘deejay’ tidak memasang muzik yang terlalu kuat untuk diperdengarkan kepada tetamu.

Bersihkan Telinga Dengan Kerap
Selepas mandi, bersihkan kawasan telinga dengan sempurna untuk memastikan tiada bakteria terlekat. Basahkan tuala dengan air suam kemudian bersihkan telinga serta kawasan sekelilingnya. Untuk mengeratkan lagi kasih sayang anda dan si dia, anda boleh membersihkan kawasan telinga si dia. Jadikan ia rutin bulanan atau mingguan. Dengan cara ini akan lebih membuatkan si dia senang dan merasa dihargai.

Jangan Guna Benda Tajam
Elak gunakan benda yang tajam sebagai alat untuk mengorek telinga anda, sebaliknya gunakan kapas telinga yang boleh didapati dikedai serta berkualiti. Tetapi jangan gunakan kapas telinga ini terlalu kerap kerana dikhuatiri akan menyebabkan tahi telinga anda terkumpul lebih banyak di kawasan itu dan pasti kan anda tidak memasukkan kapas telinga melebihi 1sm dari telinga luar ke telinga dalam. Sebelum menggunakan kapas telinga ini, pasti kan ia baru dan tidak terdedah tanpa penutup. Kapas telinga yang berkualiti tidak akan menanggalkan kapas di hujung atau mudah patah ketika digunakan. Tegur pasangan dan nasihati dia untuk menjaga kesihatan telinga.

Keluarkan Air Dengan Segera
Kadangkala jika anda mandi, air akan memasuki lubang telinga. Segera keluarkan air yang berada di dalam telinga anda itu untuk mengelakkan jangkitan bakteria dan juga kesan sampingan yang lain. Jika ada lelehan cecair yang tidak jernih atau berwarna, segera ke klinik berhampiran kerana mungkin ada jangkitan dalaman. Ini kerana telinga sangat berkait rapat dengan keseimbangan badan.

sumber


0 comments:

Post a Comment