Lima Makanan Berkhasiat Untuk Kualiti Seks Yang Lebih Baik ~ Bila Han Bercerita

Monday, 9 May 2016

Lima Makanan Berkhasiat Untuk Kualiti Seks Yang Lebih Baik

Lima Makanan Berkhasiat Untuk Kualiti Seks Yang Lebih Baik


Buat pasangan suami isteri, hubungan intim itu adalah sangat penting dalam kehidupan berumah tangga. Ia amatlah digalakkan untuk melakukan hubungan seks pada setiap minggu. Berapa kali anda seks setiap minggu mendatangkan kebaikan pada kesihatan dan perhubungan kalian.

Namun, adakah anda tahu bahawa pemakanan juga memainkan peranan dalam memastikan kehidupan seksual yang baik ? Caranya adalah dengan mengamalkan pengambilan lima jenis makanan berkhasiat ini setiap hari demi menjamin kehidupan seksual yang baik dan sihat.

Avokado
Avokado kaya dengan vitamin E. Ia merupakan sumber makanan yang kaya antioksidan, potassium dan vitamin B6 yang mana boleh mengelak dan mengurangkan risiko penyakit jantung serta melancarkan peredaran darah. Apa sahaja yang membantu dalam memastikan jantung dan peredaran yang sihat mampu memberikan kesihatan seksual yang baik.

Strawberi
Strawberi merupakan sumber terbaik asid folik, serta meningkatkan bilangan sperma untuk lelaki. Ini sekaligus memberikan peluang cerah untuk wanita yang mahukan zuriat setelah berkahwin.

Tiram
Meskipun ia berlendir dan tekstur yang agak slippery, tiram adalah sumber makanan yang terkenal dengan aphrodisiac. Makanan laut ini sudah dipercayai sejak turun-temurun sebagai ‘makanan anak jantan’. Tiram yang kaya dengan zink bagus diamalkan untuk memelihara kesihatan seksual lelaki.

Minyak Zaitun
Ia membantu dalam menghasilkan testosterone dalam badan. Ia juga khusus untuk wanita yang mengalami masalah untuk sampai puncak klimaks.


sumber


0 comments:

Post a Comment