Pakar jangakakan tsunami bakal menghancurkan Hawaii 50 tahun lagi ~ Bila Han Bercerita

Monday, 16 May 2016

Pakar jangakakan tsunami bakal menghancurkan Hawaii 50 tahun lagi

Pakar jangakakan tsunami bakal menghancurkan Hawaii 50 tahun lagi


HONOLULU: Hawaii berhadapan kemusnahan teruk akibat tsunami yang dicetuskan gempa bumi besar di Alaska dalam tempoh 50 tahun lagi.

Penyelidik di Universiti Hawaii di Manoa mendapati ada 6.5 hingga 12 peratus kemungkinan gempa bumi berukuran lebih 9.0 akan menggegarkan Kepulauan Aleutian dan mencetuskan tsunami gergasi yang boleh tiba di Hawaii dengan mudah.

Ia boleh memusnahkan infrastruktur dan ekonomi kepulauan itu, menurut kajian yang disiarkan dalam Journal of Geophysical Research.

"Ini kejadian jarang berlaku. Ia tidak berlaku sepanjang masa tetapi ada kemungkinan ia terjadi dan usaha kita adalah untuk mendefinisikan kemungkinan itu," kata ketua penyelidik, Rhett Butler, pakar geofizik di Sekolah Sains dan Teknologi Lautan dan Bumi Universiti Hawaii, kepada Hawaii News Now.

Butler dan rakan penyelidiknya, Neil Frazer dan William Templeton, dari Universiti Portland menghasilkan model berangka berasaskan kerak tektonik yang membolehkan mereka membuat pengiraan itu.

Melihat kepada data gempa bumi dan tsunami terdahulu dengan sebahagiannya berlaku hampir 500 tahun lalu, pasukan itu berkata tsunami mungkin menjejaskan hampir 400,000 penduduk dan pelancong dan menyebabkan kerosakan bernilai AS$40 bilion (RM161 bilion).

Pasukan itu mengkaji maklumat gempa bumi paling kuat yang berlaku dua dekad lalu termasuk di Tohoku pada 2011, di Aceh pada 2004, Alaska pada 1964, Chile pada 1960 dan Kamchatka pada 1952. - AGENSI

sumber


0 comments:

Post a Comment