(Video) Mesin hasilkan awan berbentuk hati ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 14 July 2016

(Video) Mesin hasilkan awan berbentuk hati

Salah satu awan tiruan berbentuk hati dilepaskan ke udara


PHNOM PENH – Jika ada yang berminat untuk menghasilkan awan berbentuk hati, anda kini boleh berbuat demikian dengan menggunakan mesin keluaran syarikat Khmer Cloud Making Service.

Dinamakan sebagai Khmer Cloud Machine, mesin itu juga mampu menghasilkan beberapa bentuk awan lain termasuk emping salji, bintang, simbol keamanan dan ikan lumba-lumba.

Satu klip video yang dipaparkan di Facebook syarikat tersebut menunjukkan aksi seorang peniaga menghasilkan awan sambil disaksikan orang ramai.

Klip video tersebut sudah ditonton sebanyak 11.6 juta kali, dikongsi sebanyak 160,000 kali dan menerima 50,000 Like.

“Mesin ini memampatkan udara menggunakan campuran cecair khas untuk menghasilkan buih padat dan akan terapung ke udara seperti awan lepas ,” menurut syarikat berkenaan dalam kenyataan di laman webnya.

Antara bahan yang digunakan untuk penghasilan awan tiruan itu ialah gas ringan seperti helium dan surfaktan sabun.

Awan tiruan itu mampu bertahan selama beberapa minit hingga satu jam bergantung kepada adunan formula cecair dan keadaan cuaca semasa.

Portal Huffington Post melaporkan, mesin itu dijual pada harga serendah AS$999 (RM4,063), manakala lima peratus daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada badan amal.





sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Berakhirnya Kartun Anime Dan Komik Bersiri Naruto selama 17 tahun
    13.11.2014 - 0 Comments
    TOKYO – Selepas 17 tahun menabur ‘bakti’ menyelamatkan dunia, siri manga popular Jepun, Naruto hasil karya…
  • PENJANA PENDAPATAN PALING AWESOME ABAD INI
    06.04.2012 - 0 Comments
    churpchurp,SAYS,gushcloud Okay guys,hari ni Hann nak share sikit,,korang mesti tau kan apa itu…
  • GEMPAR!! Minuman Tenaga RedBull Merbahaya
    15.02.2012 - 3 Comments
    Baru-baru ini diberita tempatan ada memaklumkan bahawa minuman tenaga yang popular RedBull telah ditarik…
  • FAKTA : Bahaya Duduk Atas Dompet
    21.06.2012 - 0 Comments
    Jangan duduk atas dompet anda. Memang sudah menjadi kebiasaan kita, terutamanya lelaki yang letak dompet…
  • GEMPAR!! Deejay Ikim FM Meninggal Dunia Akibat Kemalangan
    16.02.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR: Juruhebah Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Abdul Razak Arbain meninggal dunia…