Friday, 19 August 2016
Lelaki Tertua Dunia Dedah Rahsia Umur Panjang
KOLKATA – Sami India yang mendakwa sudah mencecah usia 120 tahun berkata, yoga, menjauhi seks dan rempah ratus adalah rahsia umur panjangnya.
Berdasarkan pasportnya, Swami Sivananda dilahirkan pada 8 Ogos 1896.
Jika benar, beliau sudah mengharungi kehidupan selama tiga dekad, tetapi di sebalik usianya, Sivananda masih cukup sihat untuk melakukan yoga selama beberapa jam pada satu-satu masa.
Beliau kini memohon Guinness World Records untuk mengesahkan dakwaannya.
Guinness World Records kini menyenaraikan Jiroemon Kimura dari Jepun, yang meninggal dunia pada Jun 2013 pada usia 116 tahun dan 54 hari, sebagai lelaki paling tua pernah hidup.
Pihak berkuasa pasport India mengesahkan usia Sivananda berdasarkan pendaftaran kuil.
Kisah Sivananda disiarkan media tempatan
pada musim panas lalu, dengan Times of India menyatakan beliau kelihatan 50 tahun lebih muda daripada usianya.
Sivananda, yang berasal dari Varanasi, membesar dalam keadaan miskin tegar dan memilih untuk menjadi sami, berkata ‘yoga, disiplin dan kekal bujang’ adalah rahsia umur panjangnya.
“Saya menjadi kehidupan yang ringkas dan berdisiplin. Saya makan ringkas, cuma makanan yang direbus tanpa minyak atau rempah, nasi dan kacang dal rebus dengan cili hijau.
“Saya elak mengambil susu atau buah kerana ia makanan mewah. Saya tidur dalam kelaparan ketika kanak-kanak,” katanya kepada AFP selepas sesi yoga selama dua jam di Kolkata.
Setinggi 1.58 meter, Sivananda tidur di atas tikar dan menggunakan kayu tebal sebagai bantal. – AFP
sumber
0 comments:
Post a Comment