5 Makanan Berkhasiat Untuk Meningkatkan Kandungan Sperma ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 20 April 2017

5 Makanan Berkhasiat Untuk Meningkatkan Kandungan Sperma

5 Makanan Berkhasiat Untuk Meningkatkan Kandungan Sperma


Proses kehamilan berlaku adalah bergantung kepada kualiti dan jumlah sperma yang dapat dihasilkan oleh lelaki. Kiraan jumlah sperma yang normal adalah di antara 20 juta dalam setiap millimeter.

Sekiranya kurang, kemungkinan untuk suami menghamilkan isteri adalah kecil. Menurut kajian, kualiti dan jumlah yang terhasil adalah saling berkait rapat dengan amalan pemakanan seperti yang dinyatakan oleh penasihat di American Council for Fitness and Nutrition, Dr. Keith Thomas Ayoob.

Makanan yang baik untuk jantung ternyata beri implikasi kebaikan kepada pengaliran darah. Oleh yang demikian, pengaliran darah yang lancar mampu memberi impak kepada produktiviti sperma yang baik dan mengelakkan daripada berlakunya ejakulasi pra-matang. Ini adalah beberapa jenis makanan yang bisa buat sperma anda terhasil dengan sempurna.



Ikan Salmon

Setiap hirisannya kaya dengan omega 3 dan mampu membantu meningkatkan tekanan aliran darah menuju ke dalam alat kelamin lantas meningkatkan fungsi seksual dalam diri lelaki. Keupayaan nutrisi ini bukan sahaja dapat meningkatkan tahap ketahanan sperma malah dapat berenang ke destinasi dengan lebih pantas.



Aprikot kering

Memiliki kandungan vitamin A yang tinggi, makanan ini bisa membantu pertumbuhan dan penghasilan sperma yang sihat dan berkualiti. Keberhasilan penyerapan vitamin A dalam darah mampu mempertingkatkan tenaga sperma untuk bergerak dengan lebih pantas. Kekurangan vitamin A dalam tubuh lelaki adalah punca kemandulan kerana pergerakan sperma yang lemah dan lambat sehingga menyebabkan sukar untuk menembusi ovum.



Tomato

Punya kandungan vitamin C yang tinggi, tomato nyata berfungsi untuk meningkatkan kandungan dan kualiti sperma. Turut kaya dengan likopen yang mampu untuk meningkatkan kesihatan prostat dan mencegah kanser prostat.



Yogurt

Mengandungi kandungan zat zink yang tinggi, yogurt nyata makanan yang terbaik untuk meningkatkan jumlah sperma. Zat zink yang rendah di dalam tubuh nyata menyebabkan kadat hormone testeron menjadi rendah dan memberi implikasi kepada ketidak produktiviti seseorang lelaki. Selain daripada yogurt, zat ini juga terkandung di dalam gandum dan daging merah.



Sayuran hijau

Kadar asid folic yang tinggi di dalam tubuh lelaki adalah penting kerana ia menyumbang kepada penghasilan sperma yang sihat dan berkualiti. Kekurangan asid folic boleh menyebabkan sperma yang terhasil akan bersifat berlainan kromosom. Hal ini akan menyebabkan bayi yang dilahirkan hasil sperma tersebut akan berisiko untuk menjadi tidak sempurna atau cacat.



sumber


0 comments:

Post a Comment