Thursday, 27 April 2017
Slender Vender : Mesin Jualan Minuman Ringan Paling Nipis Di Dunia Dari Coca-Cola
Coca-Cola telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan pihak Ogilvy & Mather Paris iaitu sebuah spa kecantikkan yang terkenal di Perancis untuk mengeluarkan mesin layan diri yang tampak lebih seksi yang juga diberi nama sebagai "Slender Vender".
Syarikat minuman ringan itu juga telah mengiklankan mesin jualan minuman ringan yang langsing itu di laman sesawang YouTube dengan frasa: "Diet Coke kelihatan indah dengan gaya hidup seseorang - begitu juga dengan Slender Vender". Iklan tersebut merupakan satu kenyataan yang ketara dalam mensasarkan persepsi psikologi kepada pengguna. Mesin layan diri ini juga dengan serta-merta mampu mencerminkan Diet Coke tanpa melihat produk yang sebenar.
Sudah tentu ia merupakan idea yang cemerlang dari sebuah syarikat yang telah berkembang pesat selama lebih daripada satu abad ini. Walaubagaimana pun, masih belum diketahui sama ada mesin ini akan diperkenalkan di spa-spa kecantikkan berhampiran anda tidak lama lagi.
Video:
0 comments:
Post a Comment