Friday, 14 April 2017
Suhu Badan Mungkin Akan Digunakan Sebagai Sumber Tenaga Elektrik Di Masa Hadapan
Sumber tenaga adalah satu perkara yang amat penting buat semua orang. Kajian demi kajian dijalankan, demi mendapatkan sumber tenaga alternatif yang lebih jimat dan efisyen.
Dipetik daripada Journal of Electronic Material, sekumpulan penyelidik daripada Universiti Purdue telah menjalankan kajian menarik apabila mereka berjaya menghasilkan kain termoelektrik, dimana kain tersebut boleh menukarkan tenaga suhu kepada tenaga elektrik.
Prof. Madya Kazuaki Yazawa, merupakan orang yang bertanggungjawab menghasilkan fabrik termoelektrik berkenaan daripada beberapa lapisan semikonduktor yang diletakkan dalam kain.
Masih diperingkat kajian, penyelidik berkenaan kini dalam cubaan untuk menghasilkan pakaian yang boleh menyimpan tenaga elektrik daripada suhu badan manusia.
sumber
0 comments:
Post a Comment