[Video] Prelude - Kapal Terbesar Di Dunia Yang Dibina Oleh Syarikat Samsung ~ Bila Han Bercerita

Friday, 28 April 2017

[Video] Prelude - Kapal Terbesar Di Dunia Yang Dibina Oleh Syarikat Samsung

Kapal Terbesar Di Dunia Yang Dibina Oleh Syarikat Samsung

Mempunyai badan yang lebih panjang daripada ketinggian bangunan Empire State Building, kapal tangki yang dibina syarikat industri berat Samsung, iaitu "Prelude" telah pun diapungkan daripada dok kering di Geoje, Korea Selatan buat kali pertama. Ia berukuran 488 m (1,601 kaki) panjang dan mempunyai lebar 74 m (243 kaki) .Kapal itu merupakan milik syarikat petroleum terkemuka Shell yang mempunyai kemudahan sebagai fasiliti gas asli cecair terapung (FLNG), yang apabila siap, ia juga akan dijangka menjadi kemudahan fasiliti petroleum terapung terbesar di dunia.

Berikut adalah sedikit maklumat yang diperolehi daripada pihak  Gizmag: " Kapal ini dibina bagi tujuan pengeluaran gas asli, pemprosesan ke dalam gas asli cecair (LNG) dan akhirnya pemindahan secara langsung kepada kapal pengangkut, selama ia di laut, "Prelude" akan mempunyai  berat lebih daripada 600,000 tan metrik (661,400 tan) apabila dimuatkan sepenuhnya dan dijangka mengeluarkan kira-kira 3.6 juta tan metrik (3.9 juta tan) LNG setiap tahun. Ini bermaksud kapasiti simpanannya adalah lebih 430 juta liter (114 juta gelen), atau bersamaan dengan kira-kira 175 kolam renang saiz Olimpik. "

Kapal Terbesar Di Dunia Yang Dibina Oleh Syarikat Samsung

Kapal Terbesar Di Dunia Yang Dibina Oleh Syarikat Samsung

Kapal Terbesar Di Dunia Yang Dibina Oleh Syarikat Samsung

Kapal Terbesar Di Dunia Yang Dibina Oleh Syarikat Samsung

Video:



P/s: woahh kapal ni lebih besar dari KLCC.perghh


0 comments:

Post a Comment