12 Tips Ringkas Dari Peguam Jika Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang ~ Bila Han Bercerita

Monday, 15 May 2017

12 Tips Ringkas Dari Peguam Jika Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang

kereta kena langgar belakang, cara bila kena langgar belakang

Tiada siapa pun yang mahu terlibat dengan kemalangan, tetapi malang tidak berbau dan bila-bila masa saja berkemungkinan kita akan mengalaminya, walaupun kita sudah mengambil langkah berjaga-jaga dan menitikberatkan hal keselamatan, kita perlu dalam keadaan bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

Rutin yang anda perlu lakukan sebelum menaiki kereta ialah periksa dahulu kereta anda, pastikan segalanya selamat untuk bergerak diatas jalan raya, periksa keadaan tayar kereta, minyak dan lain-lain, agar nanti perjalanan anda bergerak dengan lancar. Ketika berada dijalan raya, pastikan anda memandu tidak melebihi had laju. Jaga keselamatan anda dan pemandu lain, dan jika anda mengalami kemalangan jalan raya dimana kereta anda dilanggar dari belakang, ikuti tips-tips dibawah :

selesaikan apabila kereta dlanggar belakang

1. Bila anda tahu kereta anda telah dilanggar dari belakang, sila jangan panik dan tenang. Ini kerana jika anda dalam keadaan panik, anda tidak akan dapat mencari jalan keluar untuk masalah tersebut. Duduk dan tenangkan diri.

2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat supaya kereta anda tidak menghalang lalu lintas.

3. Minta pemandu kenderaan yang melanggar anda berhenti di tepi jalan. Selepas itu, segeralah ambil telefon pintar anda untuk mengambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan tersebut.

4. Setelah pemandu kenderaan tersebut keluar daripada kenderaannya, jangan terus memarahinya, bawa bersabar dan berbincang cara elok. Mungkin dia juga tidak mahu perkara itu berlaku.

5. Mulakan perbualan anda dengan bertanyakan kepada pesalah berkaitan pelanggaran tersebut.

6. Meminta dokumen penting seperti kad pengenalan atau lesen memandunya dan untuk menjamin keselamatan dan juga untuk dijadikan bukti, ambil gambar kad pengenalan dan juga lesen memandunya.

7. Sekiranya si pemandu yang melanggar kereta anda itu masih berkeras atau tidak mengaku bersalah, cara terbaik yang patut anda lakukan ialah dengan tidak memaksa dia mengaku atau bayar wang kepada anda. Sebaliknya, beritahu dia bahawa mengikut undang-undang sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan yang lain daripada belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu.

8. Jika dia mengaku bersalah, mintalah dengan cara baik untuk dia menanggung kos pembaikan kereta anda yang telah rosak.

9. Andai dia masih berkeras tidak mengaku bersalah dan tidak mahu menanggung kos pembaikan kereta anda, jangan naik angin atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah. Biarkan dia pergi kerana anda telah mendapat segala info berkenaan dirinya dan kenderaan yang dipandunya.

10. Dengan maklumat yang telah anda peroleh, segera buat laporan polis di balai polis yang berhampiran.

11. Berbekalkan laporan polis tadi, pergi ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insurans kenderaan yang melanggar kereta anda tadi.

12. Selepas itu, terus pergi ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan minta mereka uruskan third party claim untuk membaiki kerosakan kereta anda.

Berhati-hatilah dijalan raya, hargai nyawa anda dan juga orang lain. Kadang kala kita sudah habis berhati-hati, bawa kereta pun tidak laju, tapi oleh kerana kelalaian orang lain, kita menjadi mangsa. Oleh itu, haruslah setiap yang membawa kenderaan diatas jalan raya menitikberatkan keselamatan diri dan juga keluarga, malah orang lain juga.


sumber


0 comments:

Post a Comment