9 Tips & Makanan Ini Dapat Bantu Anda Kurus !! ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 7 May 2017

9 Tips & Makanan Ini Dapat Bantu Anda Kurus !!

makanan kurus, detoks, lose weight trick & tips, teh chamomile, kuaci untuk kurus

Kadang-kadang apabila sebut perkataan hendak kurus, ramai yang berfikir supaya tidak makan. Ikat perut sampai pengsan pun ada. Sebenarnya tidak kisah pun kalau hendak makan. Paling utama makan makanan yang sihat dan juga kuantiti yang biasa. Jangan makan macam esok anda hendak mati.

Kalau anda tidak percaya akan makanan diet tambahan yang lain, di sini kami senaraikan cara mudah untuk detoxkan badan anda.


1) Apa kata anda ubah apabila sarapan ambil air limau. Biarkan air limau itu dalam 15 sehingga 30 minit. Lebih elok kalau anda ambil limau yang segar. Limau baik untuk kita kerana limau mempunyai nutrisi dan imuniti seperti vitamin c, kalium, serat pectin yang mana ia membendung anda supaya tidak lapar. Limau juga membantu mempercepatkan fungsi enzim dan merangsang hati supaya toksin dalam badan anda boleh dikeluarkan.

2) Anda juga boleh masak sup tulang. Dalam sup itu anda letakkan lobak merah, saderi, bawang putih dan thyme selain daripada bahan seperti ayam atau daging.

3) Di pasar raya ada satu bekas yang mana semua dalamnya adalah sayuran. Banyakkan makan sayur-sayuran, bijirin ataupun kacang. Itu juga memudahkan untuk detox.

4) Biji matahari sebenarnya elok di makan kerana minyak yang terkandung dalam biji matahari itu bermanfaat dan meningkatkan penghadaman serta keseimbangan gula dalam darah.

5) Dapatkan probiotik. Lactobacillus acidophilus adalah bakteria yang melapisi bahagian membran usus dan membantu menghapuskan toksin. Anda boleh tambahkan serbuk itu ke dalam jus dan shake atau makanan seperti yogurt.

6) Makan tiga kali seperti biasa tetapi elakkan memakan jajan atau sneck. Apabila makan mengikut waktu yang ditetapkan maka badan pun boleh terima dengan baik. Ingat, jangan makan snek!

7) Makan lebih dark chocolate.

8) Makan banyak rempah seperti halia, kayu manis, cili merah, jintan putih dan kunyit. Ini sesuai untuk pembersihan dalam badan anda.

9) Apabila malam minum teh chamomile. Ia membantu anda dari masalah susah hendak tidur dan kemurungan.



sumber


0 comments:

Post a Comment