Friday, 2 June 2017
Tersadai Lebih 43 Tahun, Volkswagen Microbus Ini Di Jual Dengan Harga RM 40,000
Kadang-kadang, kita tidak boleh faham kenapa orang boleh membeli sesuatu pada harga pada kita tidak tidak masuk akal. Sedangkan mereka beranggapan itu adalah satu pembelian yang berbaloi dan memuaskan hati.
Apatah lagi kalau barang itu sukar untuk dijumpai. Sebagai contoh, Volkswagen Microbus tahun 1962 yang mempunyai 23 buah tingkap ini menerima bidaan yang tinggi. Walaupun kondisinya lagi teruk daripada reban ayam.
Menurut laman web bringatrailer.com, kenderaan tersebut sudah menerima bidaan daripada lebih 18 orang dengan harga bidaan sudah melepasi AS$9,000 (RM39,700).
“Kita semua tahu bahawa Volkswagen Microbus yang sudah direstorasi sepenuhnya boleh mencapai harga di antara AS$150,000 (RM662,000) hingga AS$200,000 (RM882,200).
“Jadi, ini boleh jadi satu pelaburan yang menguntungkan. Setiap panel bagi tujuan restorasi juga masih boleh didapati,” kata penjualnya dalam satu iklan di laman eBay.
Memang benar, beberapa tahun lalu, Volkswagen Microbus terutama dengan 23 tingkap seperti ini boleh mencapai harga jualan yang tinggi. Tetapi pasaran nampaknya semakin perlahan. Tidak ramai yang mahu membeli model restorasi pada harga ratusan ribu dolar.
Seperti yang anda boleh lihat, tidak ada bahagian yang tidak berkarat. Malah beberapa bahagian lantai, bumbung dan panel sisi langsung berlubang. Mujur juga nombor kenderaan yang asal masih ada.
Senang cakap, apa yang boleh digunakan cuma kerangkanya sahaja. Panel lain semua kena ganti. Enjin pun dah tak ada. Kenderaan itu dikatakan berada di Danville, Virginia Amerika Syarikat dan tersadai lebih 43 tahun.
sumber
0 comments:
Post a Comment