Boleh Ke Lakukan Hubungan Intim Ketika Mengandung ? Dan Sedikit Info Mengenainya ~ Bila Han Bercerita

Monday, 13 November 2017

Boleh Ke Lakukan Hubungan Intim Ketika Mengandung ? Dan Sedikit Info Mengenainya

lakukan seks ketika mengandung

Main Masa Mengandung. Ehhh… Boleh ke? Pertanyaan itu sering terjadi…

Hanya kerana disebabkan perut anda semakin ‘memboyot’, maka nafsu seks anda menurun.Jawapannya tidak! Ketika mengandung seorang wanita boleh menjadi lebih bersemangat untuk ‘main’ kerana hormonnya meningkat sewaktu hamil.

Biasanya di pertengahan kehamilan, pada trimester kedua dorongan seksual atau rasa hendak ‘main’ masa mengandung menjadi lebih meningkat disebabkan oleh hormon-hormon reproduktif seperti estrogen dan progesterone yang relatif meningkat.

Ketika ini energi mula meningkat naik, rasa mual dan pening juga semakin berkurangan. Seks boleh menjadi perkara nombor satu yang bermain di kepala wanita mengandung pada masa ini kerana adanya peningkatan aliran darah ke vagina, sehingga vagina semakin membesar dan mengalami peningkatan ‘kebasahan’.

Jadi, itulah sebabya keinginan wanita untuk ‘main’ masa mengandung menjadi lebih ‘over’ daripada kebiasannya.

Berikut beberapa fakta seks ketika mengandung yang boleh anda baca!

1.Posisi Seks
Ketika mengandung bukan bermakna anda langsung tidak boleh menikmati hubungan seks atau tak boleh ‘main’. Anda boleh ‘main’ masa mengandung asalkan posisi seks yang dipraktik itu betul. Contohnya, ‘woman on top’, yang dikatakan posisi terbaik, ‘main’ masa mengandung agar anda boleh mengawal kedalaman penis.Posisi ini boleh dilakukan pada trimester pertama dan kedua.

Tetapi posisi seks berbaring terlentang ini  perlu dihentikan pada masa kehamilan sudah mencecah 16 hinga 20 minggu. Pada posisi yang terlentang ini rahim dikatakan akan menekan ‘vena cava inferior’ dan mengurangi pengaliran darah dari tubuh ke jantung disebabkan berat bayi dan juga pasangan.

Ketika perut anda semakin membuncit cubalah posisi seks cara mengiring, Selain itu, anda juga boleh meminta pasangan anda duduk bersandar dan anda duduk di atas pangkuannya.

2. Wanita Mengandung Super Seksi
Jangan terkejut, jika En. Hubby enggan berjauhan daripada anda sepanjang tempoh kehamilan. Ketika mengandung, seorang wanita memang kelihatan lebih cantik dan menarik. Ini disebabkan oleh tanda-tanda kesuburan yang kelihatan ketika anda mengandung. Secara semulajadi, sang suami akan lebih tertarik pada anda yang berada pada masa subur.

3. Tetap Selamat Walaupun ‘Main’ Masa Mengandung
Melakukan hubungan seks atau ‘main’ masa mengandung, tetap ok selagi anda selesa untuk melakukannya bersama pasangan. Jika anda dan pasangan masih dihantui perasaan bimbang atau takut dengan keselamatan bayi dalam kandungan, sebaiknya anda mendapatkan nasihat daripada doktor. Biasanya doktor akan memberikan nasihat terbaik jika anda memang berada pada situasi yang kurang baik seperti bermasalah dengan ‘plasenta previa’ dan sebagainya.

4. Sering Terangsang
Ada kajian mengatakan, wanita mengandung biasanya akan mengalami orgasme yang lebih kerap kerana peningkatan daya sensitif di saraf, pengenduran alat sulit serta peningkatan kadar hormone oksitosin. Ketika mengandung juga, aliran darah anda dari kawasan punggung juga akan meningkat.

Anda tidak boleh ‘main’ masa mengandung jika:

1.Doktor telah mengesahkan bahawa punya risiko keguguran.
2. Berisiko bersalin premature, sebelum usia kandungan 37 minggu.
3.Anda mengalami ‘plasenta previa’, yang mana plasenta menutupi permukaan serviks.
4.Anda mengalami pendarahan vagina. Biasanya terjadi pada kehamilan kembar.
5. Mengalami infeksi tertentu.


Sumber : Wom

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

  • Nora Danish Adalah Ciri-ciri Wanita Idaman Anuar Zain
    20.11.2012 - 0 Comments
    Penyanyi Anuar Zain (gambar) mengakui wajah seperti pelakon Nora Danish merupakan antara ciri-ciri wanita…
  • Gambar Kemalangan Maut Nissan GTR Dan Skyline Di Kuantan
    08.10.2012 - 0 Comments
    Okay,kalau sebelum ni aku ada buat artikel mengenai kemalangan maut nissan gtr vs skyline dan hanya…
  • wanita mati dipercayai makan udang dan mengambil vitamin C
    04.02.2013 - 1 Comments
    Seorang wanita tiba-tiba mati dengan tidak disangka-sangka dengan tanda-tanda pendarahan dari telinga,…
  • SABRE : Enjin Roket Teknologi Tinggi Yang Mampu Bawa Manusia Ke Angkasa Dalam 15 Minit
    09.04.2017 - 0 Comments
    Reaction Engines, iaitu sebuah teknologi yang boleh membantu mempercepatkan pesawat yang sedia ada…
  • Zac Efron Dikutuk Kerana Mulut Busuk
    08.04.2012 - 0 Comments
    PELAKON Zac Efron mengakui pernah melalui pengalaman buruk di saat melakonkan babak bercumbuan dalam…