Bila Han Bercerita

Thursday, 26 January 2012

FAKTA ASAL-USUL MENGENAI "FUCK"



SILA ZOOM JIKA XNAMPAK :)

Share:

RUMAH SPONGEBOB,SQUIDWARD,PATRICK REAL!!


sumber 9GAG

sebenarnya tu dalam akuarium,gempak kan? LOL

Share:

TOLONG MENYAMPAH ADA MAMAT BAJET HENSEM KALAH KOREA



OKAY MAMAT NI PERASAN HENSEM,SILA GELAK SUMBER

Share:

FAKTA Menarik Lelaki Terkaya Dunia : Kamal Ashnawi

Ini ialah Kamal Ashnawi atau nama dirajanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo.. Beliau mengaku berketurunan Maharaja China, Jawa, Siam dan India.

Beliau mengaku rakyat Belanda yang dilahirkan di Tanjung Malim pada tahun 1964. Beliau hanya mengetahui beliau adalah keturunan diraja setelah mengembara ke Eropah. Disana beliau mengatakan mempunyai wang simpanan bernilai ber-TRILLION dollar. Ianya adalah hasil pelaburan harta maharaja Jawa sejak kurun ke 19.

Kamal Ashnawi


Harta beliau juga disimpan di sebuah gua misteri di Kunming China. Gua ini dikawal dua orang IMMMORTAL yang setia menjaga keselamatan harta beliau. Didalam gua ini terdapat pagoda emas bernilai ratusan juta dollar. Disamping itu terdapat juga gumpalan permata dan wang dollar amerika disimpan disini bernilai 25 juta dollar kesemuanya. Jika anda mahu masuk kedalam gua ini tanpa kebenaran anda akan terus muntah darah.

Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo percaya beliau adalh penjelmaan semula dua maharaja China sebelum ini. Salah seorang penjelmaan beliau ialah Maharaja Nurhaci yang hidup diantara 1661-1626 Masehi. Ini adalah benar kerana beliau bertemu seorang paklar perubatan China yang mengesan aura tenaga luar biasa dari kepala beliau. Aura luar biasa ini wujud kerana Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo ialah keturunan maharaja yang banyak berfikir

Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo memiliki 86.7% kekayaan didunia. Beliau tidak tersenarai dalam senarai tahunan FORBES kerana menurut beliau seorang Trillionaire tak perlu menunjukkan kekayaan beliau.

Sungguhpun beliau SATU-SATUNYA TRILIONAIRE dunia beliau berkata beliau tidak boleh mengeluarkan wang dari akaun simpanan beliau (beliau mempunyai 1000 akaun seluruah dunia) kerana "wang tidak boleh dikeluarkan sesuka hati dan dikawal ketat"

FAKTA Menarik Lelaki Terkaya Dunia : Kamal Ashnawi


Dalam masa beberapa tahun lagi Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo akan dinobatkan sebagai Maharaja Indonesia

Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo juga seorang nutter dan penuh delusi  SUMBER
Share:

Matahari Buatan Manusia Di London

Matahari Buatan Manusia Di London

Di bandar Trafalgar Square,London,sebuah matahari buatan manusia direka sempena kempen "Tropicana's Brighter Morning".'Matahari' ni ditempatkan di tengah2 Trafalgar Square.Ia menarik perhatian orang ramai di sana.


Saiznya 30,000 kali lebih besar daripada sebiji bola sepak,luas permukaannya 200m2 dan beratnya 2,500 kilogram.Cahaya yang dihasilkan bersamaan dengan cahaya yang mampu dihasilkan oleh 60,000 mentol dan 4 juta lumen cahaya.


Memang matahari buatan ni tidak mampu menandingi matahari yang sebenar yag lebih panas,besar dan terang cahayanya.


Matahari Buatan Manusia Di London

Matahari Buatan Manusia Di London


Video :




sumber


Share:

Video pemuda Malaysia sentuh perasaan selebriti AS


TIMOTHY TIAH (kanan) dan Audrey Ooi.



KUALA LUMPUR, Malaysia - Satu klip video yang menunjukkan seorang rakyat Malaysia, Timothy Tiah melamar teman wanitanya telah memenangi hati ramai selebriti Amerika Syarikat (AS) termasuk hos rancangan pertandingan nyanyian American Idol, Ryan Seacrest dan penyanyi Christina Perri.

Seacrest memuji klip video berkenaan sebagai menyentuh perasaan manakala Perri, 27, yang popular dengan lagu Jar of Hearts mengaku ia membuatkan dia menangis.

"Saya menangis dan tersenyum pada masa yang sama!" kata Perri dalam komen di akaun Twitter miliknya.

Perri menyatakan bahawa dia menganggap lagunya, A Thousand Years yang digunakan dalam klip video berkenaan sebagai satu penghormatan buat dirinya.

Pujian dua selebriti itu membantu klip video berkenaan ditonton hampir empat juta kali dalam tempoh seminggu klip video itu dimuatkan di laman sosial termasuk YouTube sekali gus menjadikan Tiah dan kini tunangnya, Audrey Ooi, 26, sebagai contoh kepada pasangan kekasih di seluruh dunia.

Memiliki kerjaya sebagai usahawan Internet, Tiah yang berusia 27 tahun berkata, dia sebelum ini tidak berminat untuk berkahwin selepas banyak mendengar kisah keruntuhan rumah tangga rakan-rakannya.

"Namun, saya menyedari tiada gadis lain yang menawan hati saya seperti yang dilakukan Ooi. Tidak ada gadis lain yang saya pernah terfikir dalam pertimbangan untuk dikahwini," kata Tiah kelmarin.

Klip video berkenaan memainkan lagu balad popular Perri, A Thousand Years dan dirakam oleh sebuah syarikat pengurusan perkahwinan.

Video itu menunjukkan Tiah membuat kejutan semasa Ooi makan malam bersama dengan rakan-rakan di sebuah restoran Itali di Kuala Lumpur pada 30 November lalu.

Ia menunjukkan Tiah dengan gementar berjalan memasuki pintu berkaca restoran itu dam melambaikan tangan untuk mendapatkan perhatian Ooi di restoran.

Ooi kelihatan bingung semasa Tiah yang tersenyum memegang beberapa poster yang mengandungi mesej dan kini menjadi popular di online.

Salah satu poster itu menyatakan: "Jika anda sukakannya, kenapa anda tidak menyarungkan sebentuk cincin."

Sebelum poster itu ditunjukkan, Tiah menunjukkan Ooi sekeping gambar watak animasi Puss in Boots dengan mata seperti merayu dengan ayat: "Sudikah anda berkahwin dengan saya."

Klip video lima minit itu berakhir dengan Tiah melutut dan menawarkan Ooi sebentuk cincin dan bunga.

Ooi sebak dan menawarkan lamaran itu.

Mereka berkenalan selama tiga tahun selepas bertemu pada majlis ulang tahun kelahiran Ooi.

Pemilik-pemilik laman blog mula menyiarkan klip video berkenaan selepas Seacrest menghebahkannya di Facebook dan Twitter pada 23 Disember lalu. - SUMBER
Share:

Zizan RL Tolak Tawaran Kerja RM18,000 Untuk Bersama Ustaz Azhar Idrus




cite ni dah lama,dari awal january lagi,tapi Hann saja nak share kepada sesiapa yang belum tahu

Sekali lagi kami bawakan kepada anda kisah slowpoke yang ramai sudah pun tahu. Ini kisah baik yang harus di’kongsi bersama.

Al-kisahnya, penampilan Zizan Raja Lawak dalam majlis agama bersama Ustaz Azhar Idrus pada malam ambang tahun baru 2012 lalu masih menjadi perbualan dan ada kisah menarik di’sebaliknya.

Menurut laporan beberapa blog politik tempatan, Zizan Raja Lawak telah menolak tawaran menjadi juruacara sebuah majlis sambutan tahun baru 2012 pada malam yang sama dengan program bersama Ustaz Azhar Idrus.

Khabar’nya pihak penganjur malam sambutan tahun baru 2012 menawarkan RM18,000 untuk Zizan Raja Lawak tetapi menolak tawaran tersebut untuk bersama Ustaz Azhar Idrus — dan tidak mengharapkan bayaran.

Penganjur Program Soal Jawab UAI di Dataran Kemerdekaan Shah Alam tetap menawarkan Zizan Raja Lawak RM1,000 dek kerana majlis malam itu berjaya menarik lebih 80,000 hadirin dan mahu atau tidak, Zizan Raja Lawak tetap menerima bayaran tersebut.
Share:

Duit PTPTN Ditipu Kolej Rompak RM18,000 Setiap Mahasiswa




Sebuah kolej di Mantin, Negeri Sembilan didakwa ‘merompak’ secara senyap duit Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar-pelajarnya.

Duit yang sepatutnya untuk kegunaan harian pelajar-pelajar didakwa telah diseleweng dengan kaedah ‘debit akaun’ atau dipotong terus daripada akaun apabila duit sudah dimasukkan ke dalamnya

Menurut Pengarah Sekretariat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Dr. Izham Nayan, pihak kolej telah  menyeleweng duit pinjaman sebanyak RM18,000 bagi setiap seorang pelajar.

“ PTPTN telah memberikan sebanyak RM56,000 sebagai pinjaman kepada pelajar untuk membayar yuran pengajian sebanyak RM36,000 dan baki pinjaman seharusnya digunakan untuk perbelanjaan pelajar sendiri.

“Tetapi baki pinjaman itu tidak diterima oleh pelajar, kemana wang itu pergi? Saya agak kecewa dengan tindakan kolej tersebut yang ‘merompak’ duit pelajar-pelajarnya sendiri,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, Hafisza Abdul Ghani, 24, pelajar tahun akhir jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan yang mewakili pelajar-pelajar lain yang ‘ditipu’ berkata, mereka telah dipaksa untuk menandatangani satu borang ‘tambahan’ yang tidak diketahui tujuannya.

Bukan itu sahaja, katanya, pihak kolej langsung tidak memberikan masa yang cukup untuk mereka menyemak dan membaca segala peraturan pinjaman PTPTN dengan terperinci serta tidak dibenarkan bertanya dengan lanjut akan perihal borang ‘tambahan’ tersebut.

“ Kami dipaksa untuk tanda tangan borang pinjaman dan tak ada masa nak semak butir-butir pinjaman termasuklah terpaksa meniru tanda tangan ibu bapa kami. Selepas selesai proses itu, baru kami tahu borang tambahan tu sebenarnya borang kebenaran memotong duit PTPTN dari akaun kami,” terang Hafisza.

Ekoran dari ‘keterpaksaan’ menanda tangani borang pinjaman tersebut, Hafisza dan rakan-rakannya terpaksa menanggung ‘derita’ apabila tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menampung pengajiannya.

Malah, katanya, dia terpaksa bekerja sambilan untuk mencari sumber kewangan sendiri memandangkan keluarganya tidak dapat membantu meringankan beban yang ditanggung.

“Selepas proses pinjaman, duit yang masuk dalam akaun RM100 sahaja. Bayangkan, apa yang saya boleh buat dengan duit sebanyak tu selama enam bulan setiap semester?” terang Hafisza.

Sebelum ini, laporan berkenaan isu ini telah pun dibangkitkan dan dua laporan polis telah dilakukan pada hujung tahun 2010 dan awal tahun 2011, namun, tiada sebarang tindakan polis yang dikenakan terhadap pihak kolej.

Mungkin kerana takut imejnya akan terjejas, pihak kolej berkenaan ‘berjanji’ akan memulangkan semula duit ‘rompakan’ RM18,000 kepada setiap para pelajar.

Tetapi, pihak pengurusan kolej hanya membayar duit berkenaan sebanyak RM9,000 sahaja kepada lima orang pelajar sebagai menutup ‘mulut’ para pelajar dari terus menuntut hak mereka.

Pun begitu, pihak kolej sekali lagi berani melakukan penipuan ini dan terus menindas hak pelajar-pelajar dengan mengugut akan menjejaskan prestasi pembelajaran pelajar-pelajar yang terbabit.

Justeru itu, PPIM menggesa Kementerian Pengajian Tinggi tampil dan mengambil tindakan tegas terhadap kes ini demi membela nasib pelajar-pelajar di kolej tersebut – mynewshub

Share:
loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...