FAKTA Menarik Lelaki Terkaya Dunia : Kamal Ashnawi ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 26 January 2012

FAKTA Menarik Lelaki Terkaya Dunia : Kamal Ashnawi

Ini ialah Kamal Ashnawi atau nama dirajanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo.. Beliau mengaku berketurunan Maharaja China, Jawa, Siam dan India.

Beliau mengaku rakyat Belanda yang dilahirkan di Tanjung Malim pada tahun 1964. Beliau hanya mengetahui beliau adalah keturunan diraja setelah mengembara ke Eropah. Disana beliau mengatakan mempunyai wang simpanan bernilai ber-TRILLION dollar. Ianya adalah hasil pelaburan harta maharaja Jawa sejak kurun ke 19.

Kamal Ashnawi


Harta beliau juga disimpan di sebuah gua misteri di Kunming China. Gua ini dikawal dua orang IMMMORTAL yang setia menjaga keselamatan harta beliau. Didalam gua ini terdapat pagoda emas bernilai ratusan juta dollar. Disamping itu terdapat juga gumpalan permata dan wang dollar amerika disimpan disini bernilai 25 juta dollar kesemuanya. Jika anda mahu masuk kedalam gua ini tanpa kebenaran anda akan terus muntah darah.

Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo percaya beliau adalh penjelmaan semula dua maharaja China sebelum ini. Salah seorang penjelmaan beliau ialah Maharaja Nurhaci yang hidup diantara 1661-1626 Masehi. Ini adalah benar kerana beliau bertemu seorang paklar perubatan China yang mengesan aura tenaga luar biasa dari kepala beliau. Aura luar biasa ini wujud kerana Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo ialah keturunan maharaja yang banyak berfikir

Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo memiliki 86.7% kekayaan didunia. Beliau tidak tersenarai dalam senarai tahunan FORBES kerana menurut beliau seorang Trillionaire tak perlu menunjukkan kekayaan beliau.

Sungguhpun beliau SATU-SATUNYA TRILIONAIRE dunia beliau berkata beliau tidak boleh mengeluarkan wang dari akaun simpanan beliau (beliau mempunyai 1000 akaun seluruah dunia) kerana "wang tidak boleh dikeluarkan sesuka hati dan dikawal ketat"

FAKTA Menarik Lelaki Terkaya Dunia : Kamal Ashnawi


Dalam masa beberapa tahun lagi Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo akan dinobatkan sebagai Maharaja Indonesia

Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo juga seorang nutter dan penuh delusi  SUMBER
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Akibat Pemananasan Global, Anjing Laut
    23.11.2014 - 0 Comments
    Isu pemanasan global bukan sahaja memberi kesan kepada perubahan cuaca sejagat dan kehidupan harian…
  • Peluang Melihat Janggut Nabi Muhammad SAW
    22.02.2012 - 0 Comments
    KANTA pembesar digunakan untuk melihat sehelai janggut Nabi Muhammad SAW di dalam sebuah bekas di Masjid…
  • Mesut Ozil Dikatakan Derhaka Kepada Ayahnya ??
    15.11.2014 - 0 Comments
    Hubungan Mesut Ozil dengan bapanya hancur, gara-gara perbicaraan membabitkan kedua-dua mereka di…
  • LELAKI WAJIB TAHU.,FAKTA-FAKTA TENTANG WANITA
    11.03.2012 - 0 Comments
    1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna…
  • GEMPAR!! Deejay Ikim FM Meninggal Dunia Akibat Kemalangan
    16.02.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR: Juruhebah Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Abdul Razak Arbain meninggal dunia…