Bila Han Bercerita

Sunday, 25 January 2015

(VIDEO) Ibu Buta Dapat Lihat Bayi Yang Dilahirkannya Jadi Viral

Video Ibu Buta Dapat Lihat Bayi Yang Dilahirkannya Jadi Viral


WASHINGTON: Sebuah video yang menunjukkan seorang ibu buta di Kanada melihat bayi yang baru dilahirkan untuk pertama kali menggunakan cermin mata khas yang dapat meningkatkan penglihatan telah menjadi viral.

Video yang disiarkan di YouTube itu menunjukkan Kathy Beitz, 29, sedang melihat bayi lelakinya yang baru lahir dengan bantuan set tersebut yang diikat di kepala.

"Untuk bayi pertama yang saya benar-benar dapat melihatnya, saya berasa sangat terharu," kata Beitz dalam video popular itu.

Beitz mempunyai genetik degenerasi makula dikenali sebagai penyakit Stargardt. Dia dapat melihat anaknya dengan bantuan cermin mata eSight dalam masa nyata.

Imej-imej yang dipertingkatkan membolehkan orang-orang yang tidak buta sepenuhnya untuk melihat dunia di sekeliling mereka.

"Dia melahirkan bayi ini dan dia mahu melihatnya serta-merta," kata kakak Beitz, Yvonne Felix yang menyiarkan video itu.


kredit gambar
sumber

P/s: sangat menyentuh hati.huhu




Share:

Thursday, 22 January 2015

Anjing ini warisi harta tuannya yang bernilai RM5.4 juta

Anjing ini warisi harta tuannya yang bernilai RM5.4 juta
Pemilik Rose Ann Bolsany bergambar di New York dengan Bella Mia. Sumber foto mirror.co.uk.

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seekor anjing baka Maltese Terrier bakal menjadi antara anjing terkaya selepas tuannya membuat keputusan untuk mewasiatkan kesemua harta kekayaan dan simpanannya yang dianggar berjumlah £1 juta (RM5.4 juta) kepada anjing tersebut.

Rose Ann Bolsany yang bekerja sebagai akauntan dikatakan terlalu menyayangi anjing peliharaannya yang berusia tiga tahun itu.

Rose Ann yang kini mencecah usia 60 tahun dikatakan berbuat demikian untuk memastikan anjingnya itu terus hidup dalam kemewahan walaupun selepas kematiannya.

Difahamkan, anjing yang diberi nama Bella Mia ini mempunyai bilik tidur sendiri, lengkap dengan pakaian anjing dan diberi stik mignon sebagai makan malam.

”Anak-anak saya sudah besar dan berjaya. Mereka tidak memerlukan wang saya.

“Kami sudah biasa memberi kehidupan mewah kepada Bella Mia, sebab itu saya mahu memastikan dia mempunyai segala-galanya apabila saya sudah tiada nanti,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan Metro.co.uk kelmarin.

Anjing yang pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Bintang Fesyen Haiwan Kesayangan New York dua tahun berturut-turut itu bakal mewarisi harta seperti barang kemas, dana amanah dan rumah percutian.

Rose Ann yang berasal dari Queens, New York berkata, ketiga-tiga anaknya tidak marah dengan tindakannya.

sumber

P/s: anjing pon sekarang hidup mewah.


Share:

Wednesday, 21 January 2015

Nelayan tertangkap ikan yu pra-sejarah yang mempunyai 300 gigi

Nelayan tertangkap ikan yu pra-sejarah yang mempunyai 300 gigi


VICTORIA - AUSTRALIA. Sejenis ikan yu yang dikategorikan sebagai ikan pra-sejarah telah dibawa ke darat oleh seorang nelayan.

Ikan yu tersebut atau frilled shark mempunyai badan seperti belut dan mempunyai 300 batang gigi.

Menurut ABC News, ikan tersebut yang wujud semenjak 80 juta tahun lampau dan boleh dijumpai pada ke dalaman laut 1,500 meter.

Ikan tersebut pada mulanya diberikan kepada Organisasi Penyelidikan Industri dan Saintifik (CSIRO) namun CSIRO memberitahu mereka sudah mempunyai spesimen ikan tersebut.

Ikan tersebut dipercayai sudah dijual.

sumber


Share:

Aaron Aziz Dikejarkan Ke Hospital

Aaron Aziz Dikejarkan Ke Hospital


Selasa lalu telah berlangsungnya tayangan perdana filem Suamiku, Encik Perfect 10 di GSC Pavilion dengan kehadiran ramai selebriti tanahair, media dan juga peminat. Walaupun meriah, tetapi dengan tidak disangka, pendukung watak utama, Aaron Aziz yang membawakan watak Zarief Daniel sebenarnya dalam kesakitan.

Aaron kelihatan seperti tidak selesa namun masih mampu memberi senyuman kepada mereka yang hadir. Rupa-rupanya dia mengalami sakit dileher seperti kebas dan lenguh. Isterinya, Diyana Halik tidak turut sama tetapi telah memuat naik gambar Aaron di laman Instagram yang menunjukkan Aaron dalam kesakitan.

“His neck must be really painful.... While waiting For The film to start.... Kesian....#aaronaziz”

Selepas selesai sidang media, Aaron telah bergegas ke Prince Court Medical untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kesian kerana nampak  dia tidak dapat dapat menahan kesakitan.

“Finally Sang suami pergi jumpa Doctor!! Dah sakit sangat la tu.. Hes getting a jab to ease his pain... #insyaAllah baik k sayang. #aaronaziz”

“My husband @aarondwiaziz once said 'You Can put me in a boxing ring and throw Punches at me but u never let a Doctor prick a needle on me!!!! Nasib baik dia tak tertumbuk org yg inject dia tu!!! (He almost did years back when he had pneumonia!!) lol #aaronaziz sakit sangat la tu sampai rela ambil injection. Ok im really tired. Nak Tido! Praying That Allah Will take Away his pain. Selamat Mlm/pagi semua”

Itu dua kapsyen yang ditulis oleh Diyana beserta gambar yang telah dimuat naik di Instagramnya.Difahamkan ia berlaku ketika Aaron mengikuti membantu mangsa banjir. “Sebenarnya sakit di leher ini sudah lama sebab saya selalu buat aksi ganas ketika berlakon. Tetapi tidaklah teruk. Cuma bila lama-lama ia makin menjadi-jadi. Saya mula rasa sakit selepas saya pergi mengikuti memberi bantuan banjir. Mungkin angkat beratkan. Jadi ada sedikit effect. Doktor nasihatkan saya supaya banyakkan berehat dan tidak mengangkat barang yang berat”, jelas Aaron.

sumber

P/s: semoga abang long cepat sembuh.


Share:

Sunday, 11 January 2015

Gigi dijumpai didalam bekas kentang McD

Gigi dijumpai didalam bekas kentang McD


JEPUN - Sebuah portal berita melaporkan gigi manusia telah ditemui dalam bekas kentang goreng yang dijual kepada pelanggan restoran makanan segera, McDonalds di Jepun.

Hal ini menjadikan reputasi restoran berkenaan di Jepun semakin buruk.

Gigi tersebut ditemui pelanggan yang membeli makanan dari cawangan restoran di Osaka.

Menurut Timbalan Presiden McDonalds Corp, Hidehito Hishinuma, pihaknya sendiri tidak dapat memastikan bagaimana gigi boleh termasuk dalam makanan tersebut.

Siasatan awal pihak syarikat setakat ini mendapati mereka tidak mempunyai pekerja yang kehilangan gigi di cawangan tersebut.

sumber

P/s: memang dah lama boikot ponn.huhu


Share:

[VIDEO & GAMBAR] Datuk Aznil Nawawi bertemu Kim Kardashian, Ryan Seacrest dan selebriti terkemuka di LA

Aznil Nawawi bertemu Kim Kardashian, Ryan Seacrest dan selebriti terkemuka di LA


Pembuka lembaran 2015 menjadi indah buat Datuk Aznil Nawawi kerana berpeluang ke Los Angeles sejak 7 hingga 14 Januari ini.

Beliau ke sana seorang diri atas jemputan NBC Universal untuk acara anjuran International Press Junket. Acara itu bertujuan memperkenalkan program musim baharu seperti Live From Red carpet, The Kardashians dan Fashion Police.

Kesempatan indah itu dimanfaatkannya untuk bergambar dengan personaliti serta selebriti popular seperti Kim Kardashians, Ryan Seacrest, Giuliana Rancic dan penyanyi Christina Milian.

"Paling menyeronokkan dapat menemubual secara perseorangan dengan Christina, Giuliana dan Kim. Mereka sangat peramah.

"Biarpun gementar dengan keupayaan saya untuk berbahasa Inggeris, saya beranikan diri juga untuk atasi ketakutan itu. Saya belasah saja kerana peluang ini umpama seumur hidup sekali.

Aznil Nawawi bertemu Kim Kardashian, Ryan Seacrest dan selebriti terkemuka di LA
AZNIL berselfie dengan Kim Kardashian

"Saya tak nak rasa diri ini kecil biarpun pasti ada yang akan ketawakan tahap bahasa Inggeris ini. Tak kisahlah orang nak cakap Inggeris berterabur kerana saya sangat seronok di sini," katanya.

Menurut Aznil lagi, penyanyi Christina akan tampil dengan program realiti sendiri dipanggil Christina Milian Turned Up yang akan bersiaran di Channel E! mulai 18 Januari ini.

"Saya turut berpeluang mencuba menjadi pengacara E! NEWS di samping Giuliana, Jason dan Terrence. Saya cuba letakkan diri ini sebaris dengan mereka biarpun bahasa Inggeris saya tidaklah bagus mana.

"Saya tolak rasa rendah diri. Saya juga berpeluang bertemu Kelly Osbourne dan Brad Goreski yang kedua-duanya mengacarakan Fashion Police," katanya yang akan menghadiri Golden Globe Awards Ahad ini.

Aznil Nawawi bertemu Kim Kardashian, Ryan Seacrest dan selebriti terkemuka di LA
 Berselfie bersama Ryan Seacrest

Aznil Nawawi bertemu Kim Kardashian, Ryan Seacrest dan selebriti terkemuka di LA
Berselfie bersama Christina Milian

VIDEO



sumber


Share:

Tuesday, 6 January 2015

Akhir Zaman, Pokok Yahudi Dijual Online


Akhir Zaman, Pokok Yahudi Dijual Online

Zionis Israel berusaha menanamkan pokok ghargad, pohon Yahudi di tanah yang berjaya mereka rebut dari Bangsa Palestin. Ini juga sebagai penanda akhir zaman.

Dan sebaliknya, ketika Mujahidin Palestin berjaya melawan sehingga tentera Zionis berundur, mujahidin segera menebang pohon ghargad dan menggantikannya dengan pohon zaitun, pohon lambang perdamaian. Dan jika tanah itu direbut lagi oleh Zionis, maka Zionis akan mencabut kembali pohon zaitun dan menanam kembali ghargad.

Akhir Zaman, Pokok Yahudi Dijual Online

"Kalau kita berada di Palestin dan melihat banyak pokok ghargad, itu bermakna kita sedang berada di tanah yang dijajah Zionis. Tapi bila banyak terdapat pokok zaitun, kita bermakna ada di wilayah Palestin yang dipertahankan HAMAS, "ujar doktor sahabatku itu.

Zionis-Israel ternyata sangat bercita-cita tinggi menanami seluruh bumi Palestin dengan pohon ghargad ini.Telah lama mereka mempromosikan ke seluruh dunia untuk membeli pokok ghargad dan menanamnya di Palestin. Lucunya, terdapat harga diskaun untuk pembelian pakej tertentu. Projek ini dinamakan "Trees for Israel" (http://www.jnf.org/support/tree-planting-center/). Setiap orang yang menyokong dan bersimpati pada Zionis-Israel digalakkan agar membeli pakej pohon ghargad melalui online, memilih sistem pengirimannya, dan menyumbangkan pohon-pohon itu untuk ditanam di Bumi Palestin.

Harga satu pokok 18 Dollar AS. Jika beli tiga pokok cukup membayar dua pokok. Jika beli lima pohon, cukup bayar hanya empat pokok. Dan hebatnya disediakan sijil dari Jewish National Fund (JNF) sebagai tanda penghargaan kepada penyumbang.

Dalam ruang "Pentingnya Menanam Pohon di Israel" dinyatakan:

"Usaha penanaman pokok di Israel adalah yang sangat baik untuk menunjukkan kepedulian anda. Anda boleh menanam pokok untuk pelbagai kepentingan dan sekaligus menghijaukan Tanah Israel, dengan menghantar hadiah khusus untuk rakan atau orang yang dicintai. Untuk setiap pesanan, sebuah sijil indah yang boleh anda pilih sendiri akan dihantar ke penerima dengan mesej peribadi sesuai permintaan anda. Tanamlah pohon untuk berbagai kesempatan seperti: perayaan kelahiran, Bar atau Bat Mitzvah, acara wisuda, perkahwinan, ulang tahun, doa untuk lekas sembuh dari penyakit, atau pun untuk mengenang seseorang yang istimewa bagi anda tentunya. Selama 100 tahun terakhir, Jewish National Fund (JNF) telah menanam lebih dari 250 juta pokok di seluruh tanah Israel. "

Zionis Diam-Diam Meyakini Hadis Akhir Zaman

Tanda-tanda akhir zaman salah satunya adalah diperanginya kaum Yahudi oleh kaum muslimin. Dari Abu Hurairah, Rasul saw bersabda:

"Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum muslimin akan membunuh mereka sampai-sampai setiap orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, tetapi batu dan pohon itu berkata, 'wahai kaum muslimin, wahai hamba Allah ada orang Yahudi di belakangku , marilah dan bunuhlah dia. 'Kecuali (pohon) Gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi. "(Riwayat Muslim VII / 188, Bukhari IV / 51, Lu'lu wa al-Marjan III / 308)

Bagaimana pokok ghargad itu? Imam an-Nawawi berkata, "Gharqad adalah sejenis pohon berduri yang dikenal di negeri Baitul Maqdis (Palestin). Disanalah Dajjal dan Yahudi (akan) dibunuh (yakni oleh Nabi Isa dan kaum Muslimin). "

Dengan adanya projek penghijauan dengan menanam seluruh Bumi Palestin dengan pohon ghargad, maka hal itu menunjukka jika sesungguhnya kaum Zionis Yahudi itu percaya dengan hadis hari akhir Rasulullah saw. Ini memang sifat mereka, yang iman pada sebahagian kitab Allah, namun ingkar di sebahagian yang lain. Projek penghijauan ini merupakan Perang Pohon berskala global, kerana siapa pun yang menyokong atau bersimpati pada Zionis-Israel di seluruh muka bumi, boleh membeli lalu menyumbangkan pokok-pokok pelindung Yahudi ini dan menanaminya di Bumi Palestin.


sumber : eramuslim


Share:

Kolej tawar kursus belajar selfie paling sempurna

Kolej tawar kursus belajar selfie paling sempurna


Sebuah kolej yang berpusat di London kini menawarkan kursus khas untuk mengambil gambar secara selfie paling sempurna.

Pengajian yang dinamakan ‘The Art of Portraiture’ ini mensasarkan untuk memberi penekanan terhadap pemahaman kritis mengenai seni mengambil gambar sendiri.

Bertempat di Kolej City Lit, para penuntut akan menjalani kuliah sebanyak empat sesi dengan yuran pengajian sebanyak £132 (RM714).

Kolej tawar kursus belajar selfie paling sempurna

Antara intipati yang bakal diketengahkan termasuklah pengunaan ruang persekitaran, signifikasi terperinci teknik pencahayaan serta cara bagaimana untuk melahirkan idea baharu bagi menjadikan fotografi lebih relevan dengan matlamat hidup.

Kedengaran agak dramatik bukan? Mungkin mata pelajaran berkenaan amat bersesuaian buat jurugambar atau mereka yang menjadikan fotografi sebagai sumber rezeki.

Ada ura-ura yang menyatakan bahawa salah satu sesi tersebut akan ‘mengajar’ cara-cara terbaik untuk membuat duck face dan kaedah yang betul semasa menguna batang selfie atau monopod

sumber


Share:
loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...