(VIDEO) Ibu Buta Dapat Lihat Bayi Yang Dilahirkannya Jadi Viral ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 25 January 2015

(VIDEO) Ibu Buta Dapat Lihat Bayi Yang Dilahirkannya Jadi Viral

Video Ibu Buta Dapat Lihat Bayi Yang Dilahirkannya Jadi Viral


WASHINGTON: Sebuah video yang menunjukkan seorang ibu buta di Kanada melihat bayi yang baru dilahirkan untuk pertama kali menggunakan cermin mata khas yang dapat meningkatkan penglihatan telah menjadi viral.

Video yang disiarkan di YouTube itu menunjukkan Kathy Beitz, 29, sedang melihat bayi lelakinya yang baru lahir dengan bantuan set tersebut yang diikat di kepala.

"Untuk bayi pertama yang saya benar-benar dapat melihatnya, saya berasa sangat terharu," kata Beitz dalam video popular itu.

Beitz mempunyai genetik degenerasi makula dikenali sebagai penyakit Stargardt. Dia dapat melihat anaknya dengan bantuan cermin mata eSight dalam masa nyata.

Imej-imej yang dipertingkatkan membolehkan orang-orang yang tidak buta sepenuhnya untuk melihat dunia di sekeliling mereka.

"Dia melahirkan bayi ini dan dia mahu melihatnya serta-merta," kata kakak Beitz, Yvonne Felix yang menyiarkan video itu.


kredit gambar
sumber

P/s: sangat menyentuh hati.huhu




Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Kehidupan Ustaz Azhar Idrus Sebelum Bergelar Ustaz
    18.07.2012 - 1 Comments
    Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan…
  • WOW : Ahli Perniagaan Australia Mahu Bina Titanic Kedua
    30.04.2012 - 0 Comments
    SYDNEY – Salah seorang orang terkaya Australia, Clive Palmer hari ini mendedahkan rancangannnya untuk…
  • Fosil Dinosaur Iguanodintid dan Sauropod Di Jumpai Di Hulu Terengganu
    22.11.2014 - 0 Comments
    KUALA TERENGGANU: Sekumpulan penyelidik dan pensyarah beberapa universiti menemui fosil dinosaur termasuk…
  • Pillow Talk : Alat Ini Bantu Anda Lepaskan Rindu Pada Si Dia
    12.12.2015 - 0 Comments
    Bukan mudah bila berjauhan dengan pasangan, bukan? Rasa rindu bagaikan merenggut jantung dan…
  • PANAS !! Zed Zaidi Pertikai Kemenangan Aaron Aziz Di Twitter
    09.04.2012 - 0 Comments
    kredit gambar-mummynemo Hey guys,okay semalam korang semua mesti tahu ada ABPBH(Anugerah bintang popular…