Bila Han Bercerita

Monday, 7 May 2012

Betul Ke Dira Abu Zahar Tidak Sesuai Di Melodi?




PETALING JAYA: Pengacara Melodi, Dira Abu Zahar kurang memberikan impak kepada penonton dan disifatkan tidak sesuai mengendalikan program hiburan tersebut.

Menurut penerbit Melodi, Azman Abd Ghafar, walaupun Dira banyak menunjukkan kemajuan, tetapi dia tidak mempunyai keserasian bersama gandingannya, Zizan Razak.

"Sudah setahun dia bersama Melodi dan telah menunjukkan banyak kemajuan berbanding di awal kemunculannya.

"Bagaimanapun, apa yang pihak kami lihat, tempat Dira bukan di Melodi, tetapi dia mungkin sesuai mengacarakan program-program berbentuk pengembaraan," katanya yang ditemui selepas rakaman siaran langsung Melodi di Sri Pentas TV3, di sini, Ahad.

Tambah Azman, kenyataan yang diberikan itu bukan kerana ingin mengambil kesempatan terhadap Dira yang dikaitkan dengan dakwaan kes pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur sehingga mencetuskan kontroversi pada April lalu.

"Pihak kami bukan ingin mengambil kesempatan terhadap kelemahan Dira. Cuma apa yang dilihat, dia kurang menyerlah di Melodi dan berdasarkan rating penonton, sama ada dia ada atau tidak, ia tidak menunjukkan perbezaannya.

"Apa-apapun, pihak kami belum membuat sebarang keputusan sama ada ingin mengekalkannya bersama Melodi ataupun tidak.

"Biarlah kes dia selesai dahulu," ujarnya.

Sejak hampir sebulan ketiadaan Dira dalam Melodi, program tersebut kerap menggandingkan Zizan bersama bekas-bekas pengacara Melodi yang antaranya seperti Wahid dan Fauziah Ahmad Daud.

Malah, Awal Ashaari juga telah cuba digandingkan dengan Zizan dalam program tersebut dan pihak Melodi memutuskan untuk menggunakan khidmat Awal bermula 20 Mei ini.

Mengenai kes Dira, dia juga didakwa mencederakan seorang wanita selepas berlakunya salah faham di dalam pusat hiburan terbabit.-sumber
Share:

WAJIB TAHU !! Bahaya Jika Guna Mouse dan Keyboard Komputer Dengan Cara Salah

Bagi anda yang selalu bekerja dengan menggunakan KOMPUTER, kesalahan dalam penggunaan MOUSE sehari-hari akan mengakibatkan carpal tunnel syndrome / karpal sindrom (istilah dalam perubatan untuk kelainan pada otot lengan).

Berikut adalah tatacara menggunakan mouse, keyboard dan komputer dengan betul

cara gunakan mouse dengan betul
Bahaya Jika Guna Mouse dan Keyboard Komputer Dengan Cara Salah
cara gunakan mouse dengan betul

Bahaya Jika Guna Mouse dan Keyboard Komputer Dengan Cara Salah
cara gunakan mouse dengan betul
cara gunakan mouse dengan betul


Di bawah ini pula senaman bagi mencegah sindrom tersebut..

stretching after all day on computer

Berhati2 la korang ek,aku selalu stretching.hehe.sila share dengan kawan2 dan semua org.

Memang kita harus betul dalam menggunakan komputer, meskipun rawatan sekarang telah mencapai kemajuan pesat. Cukup banyak pesakit karpal sindrom yang dikurangkan dengan fisioterapi, beberapa kes karpal sindrom memang memerlukan tindakan pembedahan, namun kemajuan ortopedik sekarang amat pesat, beberapa pesakit hanya dibuka kulitnya 1 cm sampai 2 cm saja.

Namun bagaimanapun, MENCEGAH lebih baik daripada mengubati.


Share:

Fakta Menarik Mengenai Foursquare




Foursquare merupakan suatu aplikasi media sosial yang berasaskan lokasi pertama di dunia. Ia merupakan salah satu Media Sosial yang boleh dikatakan menjadi satu ancaman kepada Facebook dan juga Twitter. Berikut merupakan beberapa Fakta mengenai Foursquare ini:

1. 16 April adalah hari Foursquare dan sebenarnya foursquare itu terdiri daripada 2 makna, iaitu four (4) dan square (16). Sehingga gabenor New York, Michael R. Bloomberg menetapkan bahawa hari tersebut adalah hari foursquare. Dan pada hari tersebut direkodkan bahawa terdapat 3 juta orang yang check-in dalam satu hari.


2. Pertumbuhan yang Cepat
Angka pertumbuhan foursquare semakin hari semakin cepat. Dahulu foursquare memerlukan waktu selama 5 bulan untuk mendapatkan 100 ribu anggota dan 7 minggu untuk 1 juta anggota.

3. Pertumbuhan yang Antarabangsa
Ada sekitar 358 juta check-in yang dilakukan di luar Amerika Syarikat.


4. Ronald Reagan
Seorang pakar teknologi bernama Tim O’Reilly memberikan gelar khusus bagi Ronald Reagan kerana dia menganggap Reagen berperanan besar dalam membuka jaringan GPS kerajaan Amerika Syarikat untuk digunakan oleh sektor swasta.


5.5 Bahasa Baru
Foursquare telah diterjemahkan kepada lima bahasa baru, iaitu Sepanyol, Perancis, Jerman, Itali, dan Jepun.


6.10 Juta Anggota Baru Di Akhir Jun
Akhir-akhir ini foursquare telah memiliki anggota baru sebanyak 10 juta anggota dan anggotanya akan terus bertambah seiringan dengan waktu.


7.7 Negara Pengakses Foursquare Terbesar di Dunia
7 Negara Pengakses Foursquare Terbesar di Dunia ialah Indonesia, Kanada, Amerika Syarikatt, Australia, UK, Perancis dan Jerman.

sumber
Share:

Penting!! Bahaya Jika Tidur Menghadap Kipas Angin Yang Sedang Hidup




Betul ke bahaya kalau kipas angin menghala kat kite?macam pelik ke?aku blogwalking da jumpa benda neh,tergerak hati untuk buat entri dan kongsikan pada semua

Cubalah bernafas di dalam kereta yang sedang bergerak laju dengan tingkap terbuka. Anda mungkin akan sukar bernafas kerana cepatnya aliran angin. Angin kencang dari kipas angin diarahkan ke muka kita pun akan menyebabkan fenomena yang sama. Kerana aliran udara ini sangat kencang, kita tak boleh menghirup oksigen yang kita perlukan sehingga akan timbul gejala sukar bernafas. Lebih parah lagi kalau kita tidur menggunakan kipas angin yang arah anginnya menghadap ke wajah kita di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup, kerana suhu tubuh kita akan menurun.

Pada dasarnya, waktu tidur suhu tubuh kita akan menurun perlahan-lahan. Nah, angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita akan menurun perlahan-lahan. Jadi, angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita melambat, serta tekanan darah kita pun menurun. Fenomena ini sama seperti ketika kita masuk ke air sejuk untuk tempoh yang lama, yang boleh menyebabkan jantung kita tidak boleh bekerja dan fungsi pernafasan kita lemah, dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Dengan kata lain, kalau kita tidur di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup dengan kipas angin terbuka, lalu kipas anginnya menghadap tepat ke wajah kita, boleh mengakibatkan kematian kerana hal itu membuat kita sukar bernafas, kekurangan oksigen, serta membuat suhu tubuh kita menurun. Kerana itu, kalau pada musim panas kita ingin tidur dengan kipas angin yang sedang terbuka, pastikan tingkap bilik kita terbuka dan peredaran udara di bilik kita baik, dan kipas anginnya tidak hidup terlalu kuat.


Share:

Sunday, 6 May 2012

FUHH AZWAN ALI MENGAMUK KAT TWITTER LAGI

Hey guys,korang tahu gua punya blog,bukan blog gossip artis ke apa.tapi saje jumpe benda2 hot/hawt/panas.haha.jadi gua punya otak mengindikasikan pada jari-jemari gua untuk membuat entri.korang pon tahu Azwan Ali ni memang tak luak dengan gossip..gua bukan nak buat isu jadi panas.saja mau share..nak tahu sebab apa dia mengamuk korang boleh baca kat blog MEOW neh.menurut sumber si umie tu heret ibu AA dalam isu skandal seks azmin ali.macam2 lol.ni print screen





untuk info lanjut korang leh baca kat >SINI<
Share:

Uish betul ke ‘Kubur’ Osama ditemui?




NEW YORK - Lokasi sebenar jenazah pemimpin Al-Qaeda, Osama Laden dibuang ke laut masih tidak dapat dipastikan sehingga kini.

Tetapi, seorang pencari harta karun warga warga Amerika Syarikat (AS), Bill Warren, 60, mendakwa dia telah menemui lokasi yang tepat dan merancang untuk menyelam ke kawasan itu.

Warren yang mempunyai pengalaman mencari lebih 200 bangkai kapal kini cuba untuk mengumpulkan dana berjumlah kira-kira AS$200,000 (RM609,000) untuk misi mencari beg didakwa mengandungi jenazah Osama di sebuah kawasan di Laut Arab Utara.

Dia nekad untuk melakukan misi tersebut selepas mengkaji imej satelit yang diberikan oleh sumber rahsianya di Pentagaon.

Menurutnya, beg jenazah Osama turut diletakkan pemberat supaya kedudukannya di dalam dasar laut tidak berubah.

Sebelum ini, AS gagal mengemukakan bukti kematian Osama dan enggan mendedahkan lokasi jenazah pemimpin Al-Qaeda itu dibuang kerana khuatir kononnya ia akan menjadi tempat pemujaan penyokongnya.-sumber
Share:

COOL : Bila Kereta Renault Twingo di PIMPED

Baru-baru ini pihak Renault menganjurkan pertunjukkan seni yang dipanggil "Cabinet of Curiosities". Didalam pertunjukkan ini beberapa buah kereta Renault Twingo di "pimped my ride" kan oleh beberapa selebriti mengikut kehendak mereka. Hasilnya ialah beberapa pengubahsuaian dalaman yang aneh tetapi unik. Projek Cabinet of Curiosities ini dianjurkan oleh Renault kerana mereka menerima kritikan bahawa hiasan dalaman Twingo terlalu bosan sejak kebelakangan ini. Acara ini dilakukan bagi memberi peluang selebriti terkenal Perancis untuk go crazy dengan idea pengubahsuaian kereta.so hasilnya ada yang peling ada yang ohsem.jadi korang tengok la sendiri.hehe





Share:

COOL : Kreatif level 900 gunakan botol sebagai lampu

botol diletakkan di atap bagi membantu menghasilkan pencahayaan yang murah
Hey people,tajuk entri aku da macam 9gag,haha.bytheway,tadi aku ronda2 kat facebook jumpa page engineer dan jumpa benda neh,cite dia..botol kaca yang berisi air digunakan untuk menggantikan cahaya lampu,

aku pon tak bape faham.page bahasa filipina LOL jadi aku google-ing la.dorg kata dalam tu terhasilnya cahaya disebabkan air dan udara H20 or somethin,pastu reflects.ianya dibuat dari dulu lagi oleh orang yang tidak berkemampuan/pedalaman filipina.bgi aku cun,kreatif,tapi syaratnya kena ada chaya matahari la.ngehehe


ohsem bukan?TROLOL.dan dikatakan melalui sumber,lampu artificial itu seteranglampu LED beb!!
neh video hasil gua youtube-ing




sumber-pelbagai,sumber asal page fb tapi gua lupe :)


Share:
loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...