Bila Han Bercerita

Monday 16 November 2020

Kenapa wanita mengerang ketika hubungan intim?

Kenapa wanita mengerang ketika hubungan intim?


 Sebagai wanita, pernah tak anda terfikir kenapa anda mengerang ketika berhubungan intim dengan suami? Kadang-kadang anda mengerang dengan kuat, kadang kala pula hanya desahan lembut yang keluar dari mulut anda?

Kenapa ya wanita mengerang ketika bersetubuh? Selain daripada menunjukkan kepuasan atau nikmat, apakah punca atau sebab lain yang menyebabkan mereka mengerang dan mendesah?

Terdapat beberapa sebab utama kenapa wanita mengerang dalam hubungan intim antaranya:


1. Tindak balas semula jadi kepada nikmat

Salah satu sebab utama wanita mengerang ketika hubungan intim adalah kerana reaksi semula jadi naluri wanita terhadap nikmat, terutama nikmat bersetubuh.

Sama seperti anda mengeluh lembut ketika berehat selepas penat bekerja. Nikmat yang anda rasakan daripada hubungan intim akan buat akan mengeluh dan mendesah, tak lupa juga mengerang.


2. Tindak balas semula jadi kepada rasa sakit

Rasa sakit ketika hubungan intim juga boleh buat anda mengerang tanpa anda sedari. Kadang-kala mungkin suami sedikit kasar dan liar, sehingga buat anda berasa tak selesa.

Atau mungkin juga anda mengalami kekejangan otot ketika bersetubuh. Faktor-faktor ini dengan mudah boleh membuat anda mengerang tanpa anda sedar.


3. Menaikkan nafsu

Kadang-kala sukar untuk memberi fokus terhadap hubungan intim yang sedang anda jalani. Tambahan pula fikiran dan emosi kaum wanita sering memikirkan perkara yang kompleks, walaupun semasa bersetubuh.

Mungkin tanpa anda sedar anda memikirkan barang yang perlu dibeli ketika membeli-belah pada besok hari. Perkara remeh seperti ini besar kesannya terhadap hubungan suami isteri di ranjang.

Oleh itu erangan anda secara tidak langsung dapat mengembalikan semula fokus anda dan menaikkan nafsu ecara semula jadi.


4. Membuat suami lebih bernafsu

Ini adalah fakta yang tidak dapat disangkal. Mengerang ketika hubungan intim boleh buat pasangan anda lebih ghairah dan lebih bernafsu.

Semua lelaki suka mendengar erangan, desahan dan keluhan pasangan mereka. Jangan percaya jika mereka katakan mereka tak gemar dengan perkara ini.

Malah kajian menunjukkan lebih kuat pasangan mereka mengerang, lebih bernafsu mereka.


5. Mengubah rentak hubungan intim

Sesetengah wanita mengerang untuk mengubah rentak hubungan intim. Anda boleh letakkan mengerang sebagai salah satu cara untuk menyampaikan perasaan anda kepada suami.

Contohnya, jika anda berasa nikmat yang teramat sangat, nada ngerangan anda adalah unik dan boleh dikenal pasti oleh suami. Begitu juga sebaliknya.

Jika anda berasa tak selesa dengan rentak suami, ngerangan anda juga akan memberi isyarat kepada suami.


6. Memudahkan suami klimaks

Lebih kuat anda mengerang, lebih bernafsu suami. Lebih bernafsu suami, sudah pasti lebih mudah suami puas dan klimaks.

Wanita yang mengetahui helah ini sering menggunakan kuasa erangan mereka untuk menipu orgasma dan membuat suami klimaks lebih awal. Anda bagaimana?

Walaupun perkara ini mungkin kelihatan seperti tidak ikhlas dalam hubungan intim, tetapi kadang-kala perlu juga dilakukan untuk menjaga hati suami.


7. Membuat hubungan suami isteri lebih hebat

Dan faktor utama yang membuat wanita mengerang ketika bersetubuh sudah pasti untuk membuat hubungan suami isteri lebih hebat dan nikmat.

Cuba anda bayangkan hubungan intim bersama suami tanpa sebarang bunyi. Tiada erangan, desahan mahupun keluhan, dari anda dan juga suami.

Sudah pasti pengalaman bersetubuh akan menjadi sangat menjemukan!


Share:

Tuesday 14 November 2017

Apakah Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Anak Kecil Terlihat Aksi Seks Anda

kantoi seks depan anak, Apakah yang perlu dilakukan andainya anak menjadi saksi aktivit intim,

Lazimnya pasangan mengambil kesempatan menikmati hubungan intim setelah anak-anak masuk tidur. Ada di antara pasangan yang tidak memisahkan tempat tidur dengan anak lantaran dirasakan si anak masih terlalu kecil untuk tidur sendirian atau kekurangan ruang, makanya ada di antara pasangan yang berkongsi bilik tidur dengan anak, malah tidur sekatil terutama dengan anak dibawah umur lima tahun. Bagi masyarakat barat situsi begini jarang berlaku lantaran gaya hidup dan penerapan nilai individualiti, umumnya anak tidur berasingan dalam bilik lain sejak bayi lagi.

Suasana malam yang senyap menimbulkan suasana romantis. Ghairah mula membara dan pasangan segera memulakan aksi namun waktu hampir mengecap kenikmatan tiba-tiba pasangan dikejutkan dengan suara kecil memanggil "mama, papa..." si kecil yang disangkakan telah lena meluru ke arah pasangan dengan seribu pertanyaan dan kekeliruan dengan apa yang dipandangnya di depan mata.

Apakah yang perlu dilakukan andainya anak menjadi saksi 'aksi terlampau'? 

Antara langkah yang boleh dilakukan adalah :-

1. Menurut pakar psikologi andainya aksi hubungan intim pasangan ditonton oleh anak sebaiknya pasangan tidak panik. Jangan sesekali memarahi anak atau menjerit meminta si anak keluar dari bilik tidur kerana apa yang dilakukan oleh anda sudah cukup membingungkan dirinya.

Janganlah lagi menambah kebingungan dan kekeliruannya dengan jeritan dan kemarahan. Sekiranya yang tertonton aksi anda adalah anak remaja, tegurlah secara lembut dan minta dirinya menunggu diluar bilik sebentar.

2. Andai yang menyaksikan adegan panas adalah anak bawah 7 tahun atau yang bersekolah rendah sebaiknya hentikan segera kegiatan anda, berpakaian dengan pantas dan tenangkan dirinya. Jika anak belum berusia satu tahun lazimnya tayangan panas yang dilihatnya tidak memberikan apa-apa kesan pada dirinya meskipun begitu sebaiknya hentikan segera aksi, berpakaian dengan cepat dan temani anak sehingga ia tidur lena semula sebelum meneruskan
kegiatan anda.

3. Perlu ajak anak berbicara mengenai apa yang dilihatnya. Usahakanlah menjelaskan apa yang dilihatnya dengan bahasa yang paling mudah difahami. Cuba terangkan padanya bahawa apa yang dilihat olehnya adalah ekspresi kasih sayang anda berdua sebagai suami isteri. Fahamkan padanya bahawa yang dilihat olehnya hanya wajar dilakukan oleh wanita dan lelaki yang sudah berkahwin.

Jelaskan pada anak dengan fikiran terbuka beserta nada suara lembut tanpa meninggikan suara dan jangan sesekali memarahi dan membuat anak merasa bersalah seolah-olah dia telah melakukan kesilapan yang besar. Ketahuilah bahawa anak yang terlihat adegan panas anda sedang ketakutan dimarahi dan keliru dengan yang dilihatinya. Jelaskan padanya bahawa situasi yang dilihatnya adalah menyenangkan dan tidak menyakiti ibu.

Menjadi tanggungjawab ibubapa untuk menerangkan serta membincangkan tentang penderaan seksual pada anak remaja supaya anak lebih mengetahui perbezaan mengenai aktiviti seksual yang sihat dengan tingkah laku penyimpangan seksual dan penderaan seksual supaya anak remaja ini lebih memahami situasi yang dilihatnya dan dapat membuat perbandingan.Ini dapat mengelakkan anakremaja dari mendapatkan maklumat apa yang dilihatnya dari sumber lain yang pastinya memberikan kefahaman yang berbeza tentang aktiviti seksual yang sihat.

4. Pastikan anak anda tidak mengalami trauma dengan apa yang dilihatnya. Pastikan anak mendapat penjelasan yang wajar dengan apa yang dilihatnya supaya anak tidak mengalami gangguan psikologi kesan dari melihat adegan panas ibubapanya. Terdapat kes dimana berlaku si anak terus-terusan membenci ayahnya kerana tidak mendapat penjelasan wajar dari ibubapa terbabit. Setelah disoalsiasat, anak mengaku terlihat adegan panas ibubapanya.

Diakhir sessi kaunseling didapati si anak tersalah erti aktiviti seksual dan mengaitkan dengan
sesuatu yang mengerikan dan menakuntukan bila melihat ibunya terbaring dibawah tubuh siayah. Anak tersebut menganggap ayahnya sedang melakukan kekerasan terhadap ibu dengan disokong jeritan dan erangan serta tangisan kecil ibu yang dilihatnya seolah-olah sedang dalam kesakitan.

5. Elakkan situasi 'ulang tayang'. Perkara ini mungkin akan berulang terutama bagi pasangan yang tidak memisahkan tempat tidur anak. Walaupun diakui tidur bersama anak merapatkan lagi hubungan namun sedikit sebanyak mengganggu saat intim ibu dan ayah. Seringkali hubungan seksual dilakukan dalam suasana tergesa-gesa dan tidak fokus kerana khuatir anak akan terjaga.

Antara tips bagi mengelakkan berlakunya ulang tayang adegan panas anda adalah: 

• Pastikan pintu bilik berkunci setiap kali anda mahu bermesra bagi mengelakkan anak memasuki bilik secara tidak sengaja.

• Sekiranya tidur bersama si kecil, pastikan dia benar-benar telah lena. Paling selamat adalah selepas jam 10 malam ketika situasi sudah aman.

• Jika perlu lakukanlah dibilik atau ruangan berasingan daripada anak anda

• Sediakan selimut ataupun pakaian berhampiran untuk menutup bahagian tubuh yang tidak sepatutnya dilihat sekiranya anak terjaga.

• Usakan menempatkan anak tidur dibilik berasingan setelah umurnya meningkat 5 tahun.

• Wujudkan family rules atau undang-undang sefahaman dalam rumah dimana anak diajar supaya mengetuk pintu dahulu sebelum masuk ke bilik.

6. Pastikan anak kecil yang tertonton aksi ghairah anda tidak meniru segala aksi yang anda lakukan. Terdapat sebilangan anak kecil dibawah umur 7 tahun yang meniru aksi ghairah ibubapanya, seringkali anak ini melakukannya sendirian! atau bersama rakan dan terdapat juga yang menggunakan anak patung serta bantal bagi mengulangi aksi panas yang dilihatnya dan ibubapa terbabit sering merah muka menahan malu bila aksi mereka diulang tayang oleh anak kepada kaum keluarga yang berkumpul atau jiran dan teman-teman yang berkunjung kerumah. Disesetengah kes pula terdapat guru taska yang mengadu kepada ibubapa atau penjaga bahawa melihat anak meniru aksi ghairah yang dilihatnya keatas teman sepermainan atau kepada objek sebagai menggantikan pasangannya.

Bukan itu sahaja terdapat juga ibubapa bergaduh dengan keluarga teman sepermainan anak mereka gara-gara si anak meniru aksi ghairah dan disalah erti oleh keluarga teman anak itu bahawa si anak tadi mahu mencabul kehormatan anak mereka. Seharusnya perbuatan meniru aksi ini ditegur dengan lembut dan penuh pengertian supaya anak tahu bahawa perbuatannya itu tidak sepatutnya dilakukannya.

Share:

Monday 13 November 2017

Boleh Ke Lakukan Hubungan Intim Ketika Mengandung ? Dan Sedikit Info Mengenainya

lakukan seks ketika mengandung

Main Masa Mengandung. Ehhh… Boleh ke? Pertanyaan itu sering terjadi…

Hanya kerana disebabkan perut anda semakin ‘memboyot’, maka nafsu seks anda menurun.Jawapannya tidak! Ketika mengandung seorang wanita boleh menjadi lebih bersemangat untuk ‘main’ kerana hormonnya meningkat sewaktu hamil.

Biasanya di pertengahan kehamilan, pada trimester kedua dorongan seksual atau rasa hendak ‘main’ masa mengandung menjadi lebih meningkat disebabkan oleh hormon-hormon reproduktif seperti estrogen dan progesterone yang relatif meningkat.

Ketika ini energi mula meningkat naik, rasa mual dan pening juga semakin berkurangan. Seks boleh menjadi perkara nombor satu yang bermain di kepala wanita mengandung pada masa ini kerana adanya peningkatan aliran darah ke vagina, sehingga vagina semakin membesar dan mengalami peningkatan ‘kebasahan’.

Jadi, itulah sebabya keinginan wanita untuk ‘main’ masa mengandung menjadi lebih ‘over’ daripada kebiasannya.

Berikut beberapa fakta seks ketika mengandung yang boleh anda baca!

1.Posisi Seks
Ketika mengandung bukan bermakna anda langsung tidak boleh menikmati hubungan seks atau tak boleh ‘main’. Anda boleh ‘main’ masa mengandung asalkan posisi seks yang dipraktik itu betul. Contohnya, ‘woman on top’, yang dikatakan posisi terbaik, ‘main’ masa mengandung agar anda boleh mengawal kedalaman penis.Posisi ini boleh dilakukan pada trimester pertama dan kedua.

Tetapi posisi seks berbaring terlentang ini  perlu dihentikan pada masa kehamilan sudah mencecah 16 hinga 20 minggu. Pada posisi yang terlentang ini rahim dikatakan akan menekan ‘vena cava inferior’ dan mengurangi pengaliran darah dari tubuh ke jantung disebabkan berat bayi dan juga pasangan.

Ketika perut anda semakin membuncit cubalah posisi seks cara mengiring, Selain itu, anda juga boleh meminta pasangan anda duduk bersandar dan anda duduk di atas pangkuannya.

2. Wanita Mengandung Super Seksi
Jangan terkejut, jika En. Hubby enggan berjauhan daripada anda sepanjang tempoh kehamilan. Ketika mengandung, seorang wanita memang kelihatan lebih cantik dan menarik. Ini disebabkan oleh tanda-tanda kesuburan yang kelihatan ketika anda mengandung. Secara semulajadi, sang suami akan lebih tertarik pada anda yang berada pada masa subur.

3. Tetap Selamat Walaupun ‘Main’ Masa Mengandung
Melakukan hubungan seks atau ‘main’ masa mengandung, tetap ok selagi anda selesa untuk melakukannya bersama pasangan. Jika anda dan pasangan masih dihantui perasaan bimbang atau takut dengan keselamatan bayi dalam kandungan, sebaiknya anda mendapatkan nasihat daripada doktor. Biasanya doktor akan memberikan nasihat terbaik jika anda memang berada pada situasi yang kurang baik seperti bermasalah dengan ‘plasenta previa’ dan sebagainya.

4. Sering Terangsang
Ada kajian mengatakan, wanita mengandung biasanya akan mengalami orgasme yang lebih kerap kerana peningkatan daya sensitif di saraf, pengenduran alat sulit serta peningkatan kadar hormone oksitosin. Ketika mengandung juga, aliran darah anda dari kawasan punggung juga akan meningkat.

Anda tidak boleh ‘main’ masa mengandung jika:

1.Doktor telah mengesahkan bahawa punya risiko keguguran.
2. Berisiko bersalin premature, sebelum usia kandungan 37 minggu.
3.Anda mengalami ‘plasenta previa’, yang mana plasenta menutupi permukaan serviks.
4.Anda mengalami pendarahan vagina. Biasanya terjadi pada kehamilan kembar.
5. Mengalami infeksi tertentu.


Sumber : Wom

Share:

Sunday 10 September 2017

Resepi Kuah Shell Out

Resepi Kuah Shell Out, shell out sedap, shellout murah,

Bahan A (kisar)
segenggam cili kering
1 sudu besar serbuk kari
1 labu bawang besar
5ulas bawang putih

Bahan B (hiris nipis) 
1labu bawang besar
5 ulaa bawnag putih
5 helai daun kari
5-10 biji cili padi (ketuk)
2 batang serai .

Bahan lain 
sos tiram 3 sudu
sos ikan 3 sudu
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh air limau
gula
garam

Cara-caranya
1) tumis bahan B dngan minyak dan planta (mix tau bgi sedap) . lepas tu masuukkn bahan A . masak smpai garing .

2) dah garing masukkn bahan lain . perasakan bagi sedap . tak payah letak air sbb nnti seafood akan keluarkan air .

* dah siap masukkn seafood . lepas tu asingkan seafood tu . tggalkan kuah dan pekatkan kuah dengan tepung jagung sikit .

* lepas tabur shell out atas plastik baru tuang lebihan kuah atas tu . mmg sodappp oii !

* *seafood tu nak sedap please kukus tau ! supaya manis x hilang .
** brokoli , jagung , carrot rebus dulu ya dgn minyak bagi warna cantikk huhuhu

kredit resepi ini kepada ‎Myra Suhaimi‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)


Share:

Resepi Bubur Ayam Mcd

Resepi Bubur Ayam Mcd, rahsia mcd, bubur ayam, resepi hipster,

Bahan- bahan & Caranya :

  • Beras hancur jasmin
  • Dlm periuk cuci beras (Masukan air masak suam, tujuan nak cepat masak)
  • Setiap 10 minit kacau supaya masak sekata
  • 10 minit ke 2, Masukan halia hiris 1 sb
  • 10 minit seterusnya tambah air masak & Kacau sebati kemudian masukan stok ayam.. brand Maggie 1/2 cup dlm bubur

Ayam Bubur
Ayam dihiris nipis dan perap dgn halia(tujuannya sedap dan tidak bau hanyir)
Rebus hirisan ayam bersama perapan halia tadi dengan 500ml air rebus sampai masak

Bahan topping bubur mcd
Hirisan daun bawang
Hirisan cili Merah
Minyak bijan (sukatan 1 sudu besar)

kredit resepi oleh Juniza Johari bekas pekerja mcd yang pernah masak bubur mcd selama 3 tahun 😁

Share:

Wednesday 6 September 2017

Resepi Roti Naan Cheese Meleleh !!

cara buat roti nan, keju, naan cheese,

Bahan-bahan yang diperlukan.

-1kilo tepung gndum
- ½ cawan plnta
- ½ cawan gula
- 2½ cawan air
- 1 sudu besar mauripan
- Cheese keping

Cara-cara:-

1. Masukn gula dalam air kacau..
2. Masukn tepung, planta, mauripan dalam bekas gaul sampai sebati... pastu tuang air + gula ke dalam tepung sikit2 dan uli sampai tepung x melekat tapi jangan keras bncuhan.... tutup dengan kain basah dan perap dalam ½ jam.
3. Bila bncuhan dah naik tumbuk-tumbuk kan tepung tu.. pastu uli bulat2 besar dan masukn cheese ke dalam tepung dan canaikan leper.... biar dalam 15 minit pastu masak dalam kuali pan dengan api perlahan... tutup kuali dengan penutup dan bila dah nampak masak sapukn dengan majerin... tu membuat roti jadi sedap bau nye... potong dan boleh makan cicah dengan kari dal atau terpulang nak cicah ape aje .

Sumber : FB Kamariah Maria

P/s: Tambah cheese sebanyak mana yang anda suka bagi mendapatkan rasa hipstur yang optima😁

Resepi Roti Naan Cheese,

Resepi Roti Naan Cheese sedap, resepi hipster, resepi roti nan,

Share:

Monday 14 August 2017

Tanda-Tanda Perempuan Ketika Sedang Terangsang

cara nak tahu perempuan stim, cara nak tahu perempuan terangsang, ciri-ciri perempuan terangsang, horny,

Perempuan terangsang. Lalu apa saja tanda-tanda yang muncul ketika tubuh perempuan sedang terangsang?

Beberapa perempuan kadang memiliki titik rangsangan yang berbeza-beza, namun sebahagian besar perempuan mudah teransang ketika diberikan rangsangan seksual dan hanya sedikit orang yang sulit terangsang.

Dr Andri Wanananda, MS dalam tulisannya menuturkan ada 2 perubahan yang terjadi pada perempuan ketika sedang terangsang, iaitu perubahan di organ genital serta di tubuhnya.

Perubahan yang terjadi pada organ genital:
1. Sekitar dua pertiga bahagian dalam vagina memanjang dan merekah
2. Lubrikasi dari vagina secara automatik meningkat
3. Warna vagina boleh berubah menjadi agak gelap seperti ungu
4. Serviks dan tubuh rahim (uterus) akan tertarik ke belakang dan terdorong ke atas hingga ke dalam rongga panggul (pelvis)
5. Bibir vagina dalam (labia minora) dan bibir vagina luar (labia majora) akan meningkat ke atas dan terbuka
6. Klitoris akan membesar dan menegang

Perubahan yang terjadi pada tubuh:
1 . Pupil mata akan melebar
2. Keringat yang keluar akan meningkat
3. Puting susu mengalami ereksi atau tegang
4. Frekuensi nafas meningkat
5. Denyut jantung menjadi lebih cepat
6. Payudara akan membesar

Umumnya respons pertama yang muncul ketika perempuan menerima rangsangan seksual adalah adanya perasangan hangat yang menjalar di seluruh tubuh, yang nantinya diikuti oleh perubahan tubuh lainnya.

Jika rangsangan ini terus berlanjut, maka akan lebih mudah bagi perempuan untuk mencapai orgasme saat berhubungan seksual. Ketika seseorang mencapai orgasme maka beberapa hormon di tubuh akan turut aktif seperti prolaktin, serotonin, oksitosin, endorfin, adrenalin dan phenylethylamine. Namun hal itu belumlah berakhir, sebagian besar perempuan akan mendapatkan manfaat lain berupa perasaan lebih bahagia dan juga santai serta lebih mudah menerima rangsangan.

Share:

3 Posisi Seks Yang Cepat Membakar Kalori

3 Posisi Seks Yang Cepat Membakar Kalori,

Bukan lagi rahsia kalau aktiviti seks boleh membakar kalori. Tak hanya itu, seks juga boleh berfungsi sebagai alternatif pengganti sukan (yang menyenangkan tentunya) bagi pasangan suami-isteri.

“Hampir semua otot seperti pada kaki, peha, tangan, bahu dan perut bahagian bawah berfungsi semasa aktiviti seksual. Durasinya tentu saja tak selama sukan biasa. Tapi dengan teknik dan kedudukan tertentu, pasangan boleh mendapatkan manfaat yang sama dengan sukan,” ujar Dr. Basheer Ahmad Roy, pakar seks di Bangalore, India.

Beberapa posisi seks tertentu memang boleh memberi manfaat seperti sukan, membantu menurunkan berat badan serta melangsingkan tubuh. Seksolog Dr. Shivi Jaggi menjelaskan bahawa ada posisi seks yang memerlukan pasangan mengeluarkan tenaga tambahan, gerakan yang mendedah dan tempoh lebih lama.

Posisi seks apa saja yang paling berkesan menurunkan berat badan? Ini jawapannya, seperti dipetik dari Times of India.

1. Woman On Top

Posisi ini memerlukan lelaki dan wanita sama-sama aktif semasa hubungan intim. Wanita banyak menggunakan otot tangan dan lengan, sementara lelaki harus memegang tubuh sang wanita untuk menjaga keseimbangan berat tubuhnya.

“Dengan kedudukan wanita di atas, lelaki yang lebih banyak mendapat manfaat sukan kerana dia banyak menggunakan otot bicep untuk menjaga agar berat tubuh pasangannya tetap seimbang,” terang Dr. Shivi.

Bagi pasangan wanita, akan merasakan manfaat sukan jika prestasinya lebih lama. Saat posisi woman on top, wanita dapat menegangkan otot bicep, tricep, lengan dan dada.

2. Sitting Missionary

Sitting missionary merupakan posisi seks di mana pasangan duduk saling berhadapan baik itu di sofa, katil atau lantai. Posisi seks ini boleh melenturkan jari-jari kaki yang membantu menegangkan betis. Posisi ini memerlukan pasangan menjaga tubuh mereka tetap stabil dan kuat, yang automatik memerlukan banyak tenaga dan tenaga sehingga kalori yang terbakar pun lebih banyak.

Dr. Pushkar Gupta, seorang terapis seks menjelaskan, “Sitting missionary melibatkan lebih banyak aktiviti fizikal jika dibandingkan dengan misionaris biasa. Pasangan duduk saling berhadapan, dengan kaki wanita melingkari pinggul lelaki. Posisi ini banyak menggunakan otot punggung.”

Untuk mendapatkan kedudukan yang betul, anda harus fokus pada otot tulang belakang, paha dan punggung bahagian bawah. Tapi perlu berhati-hati jika anda atau pasangan punya masalah pada punggung. Gerakan yang terlalu mendedah boleh menyebabkan sakit dan lenguh.

3. Berdiri dan Merapat ke Dinding

Bercinta dengan posisi berdiri dan merapat ke dinding merupakan cara yang berkesan membakar kalori, sekaligus menyenangkan. Posisi berdiri tidak hanya membuat sesi bercinta semakin nikmat tapi juga membuat tubuh anda bersenam.

Saat bercinta dengan posisi ini, kawasan peha hingga lutut dan punggung bahagian bawah akan terlatih. Sementara tubuh lelaki bergerak maju-mundur, tubuh wanita akan menggunakan punggungnya untuk menyeimbangkan kedudukan. Perkara itu membuat masing-masing pasangan bekerja lebih keras untuk mencapai orgasme.

“Bercinta dengan posisi berdiri biasanya diperuntukkan bagi pasangan dengan kestabilan tubuh yang bagus. Anda dan pasangan harus punya stamina yang baik agar boleh bertahan dengan kedudukan tersebut dalam tempoh yang lama,” jelas Dr. Gupta


Share:
loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...