Thursday, 26 April 2012
GILA !! Murid Didenda makan cili padi dan tidak diberikan air
IPOH – Gara-gara mengoyak buku tanda protes kerana dihalang menghubungi ibunya, seorang murid sebuah sekolah agama swasta di Taiping terpaksa menahan azab kepedasan apabila didenda makan cili padi tanpa diberi setitik air.
Akibat denda itu, Ainul Aiman Hafiz Ainul Azizul Rahman, 10, dimasukkan ke Hospital Columbia Asia Taiping dan disahkan mengalami Acute Gastritis (gastrik) dan trauma terhadap makanan bercili.
Ibunya, Siti Erna Izura Abd Jamil, 32, berkata, niat untuk memberikan pendidikan agama kepada anaknya itu telah menjadi igauan ngeri kepada mereka sekeluarga.
Menurutnya, guru-guru di sekolah itu juga tidak memaklumkan keadaan anaknya yang mengalami asma selepas memakan cili itu kepadanya.
“Lebih memilukan, saya tidak dimaklumkan keadaan anaknya yang terlantar dua hari tanpa rawatan dan dibiarkan terbaring di katil asrama sambil menahan kesakitan.
“Keadaan itu diceritakan oleh bapa salah seorang pelajar yang kebetulan melihat Ainul Aiman Hafiz terbaring sambil menekan perut ketika mengambil anaknya di asrama itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Siti Erna berkata, Ainul Aiman Hafiz juga enggan kembali ke sekolah berkenaan kerana masih trauma dan dia merasakan hukuman itu tidak sesuai bagi kanak-kanak kecil.
“Ketika lawatan guru-guru sekolah itu ke hospital ini, mereka mengaku ada memberikan cili padi dan menerangkan bahawa hukuman itu adalah biasa di sekolah berkenaan.
“Mereka maklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memberi kebenaran mengenakan hukuman tersebut dan mereka mengaku tersalah bagi hukuman kepada anak saya,” katanya.
Katanya, dia kecewa dengan sikap lepas tangan guru-guru sekolah berkenaan yang lambat memaklumkan kejadian itu kepadanya.
“Saya tergerak hati untuk menelefon sekolah, barulah mereka beritahu keadaan anak saya tidak mahu makan menyebabkan saya pergi mengambilnya dan barulah perkara ini terbongkar.
“Anak saya diwadkan selama empat hari bermula 15 April lalu. Laporan polis telah dibuat berhubung kejadian ini dan saya dinasihatkan oleh Kementerian Pelajaran Negeri untuk bertemu dengan Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) bagi mengadu perkara ini.
“Saya telah pergi ke Pejabat Pelajaran untuk tukarkan anak saya ke sekolah lain. Difahamkan ramai lagi murid dipaksa makan cili kerana ia telah menjadi hukuman biasa bagi sekolah itu,” katanya.-SUMBER
P/s:ermm.dunia2~apa pon tak boley.huhu
ALLAHUAKBAR !! Gadis Disergah Harimau Meninggal
KUALA KANGSAR – Seorang remaja perempuan yang berdepan detik ngeri apabila ‘disergah’ dua harimau ketika mengikuti ibunya menoreh getah pada 15 Januari lalu, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, petang kelmarin dipercayai akibat trauma melampau.
Mastura Kamaruddin, 16, sebelum ini dikatakan mengalami trauma berpanjangan sejak kejadian itu hingga dia gagal menghadiri sesi persekolahan.
Sejak insiden itu, arwah yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Kati, Kati, di sini, dikatakan sering termenung, sukar tidur dan hilang selera makan.
Kedua-dua kakinya dijangkiti kuman akibat terpijak duri rotan ketika lari menyelamatkan diri daripada dikejar harimau berkenaan.
Arwah juga hanya bersekolah seminggu selepas kejadian itu sebelum terlantar sakit di rumah keluarganya di Kampung Chuar Hilir, di sini.
Dalam kejadian itu, arwah bersama ibunya, Rohani Osman, 50 terpaksa melalui pengalaman menakutkan apabila terserempak dengan dua harimau dewasa ketika menoreh getah berhampiran kawasan jirat Cina lama berdekatan Hutan Simpan Bintang Hijau, di sini.
Dua beranak itu terpaksa berjalan mengundur hampir dua kilometer selepas diekori dan cuba dibaham dua harimau dewasa berkenaan sebelum diselamatkan penduduk kampung dua jam kemudian selepas bersembunyi di atas pokok.
Rohani berkata, hampir 10 pakar perubatan tradisional dan Islam yang dirujuk mengatakan arwah anaknya berdepan gangguan makhluk halus atau terkena ‘badi’ harimau selepas kejadian itu.
Rohani yang ditemui semalam berkata, dia tidak menyangka perubahan sikap dan trauma melampau dialami arwah sebelum ini menjadi petanda pemergiannya.
Bliau berkata, dia bersama suaminya, Kamaruddin Jene, 52, reda dengan apa yang berlaku biarpun dia sendiri masih ‘dibayangi’ wajah pak belang yang cuba membahamnya itu.
“Beberapa minggu sebelum kematiannya, arwah pernah berpesan kepada saya dan suami supaya tidak lagi keluar menoreh kerana bimbang menerima nasib sepertinya.
“Seminggu selepas kejadian ngeri itu, arwah menunjukkan perubahan sikap yang ketara selain banyak menyendiri dan kurang bercakap. Arwah mungkin terkena ‘badi’ pak belang itu selain dirinya yang mudah lemah semangat,” katanya.
Menurutnya, pada Februari lalu, tahap kesihatannya bertambah teruk sehingga terpaksa berulang-alik ke Hospital Kuala Kangsar dan Hospital Taiping mendapatkan rawatan lanjut.
Katanya, selepas menerima rawatan di dua hospital berkenaan, keadaan arwah tidak banyak berubah dan doktor mengesahkan darahnya dicemari kuman serta merebak ke bahagian pinggang ke bawah.
Rohani berkata, arwah terpaksa dikejarkan ke HRPB pada 13 April lalu selepas demam panas sebelum doktor mengesahkan kuman berkenaan merebak ke bahagian otaknya.
“Beberapa hari sebelum meninggal dunia, arwah langsung tidak boleh bercakap malah, doktor mengesahkan sebahagian tubuhnya dari pinggang ke bawah lumpuh,” katanya.
Jenazah Mastura dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chuar Hulu, di sini, semalam. - myMetro Online
COOL !! Potrait yang diperbuat dari stokin
Seni potret yang cool ini dihasilkan oleh artis dari Malaysia iaitu Hong Yi,jom usha gambar,guna stokin je kot!!
Wednesday, 25 April 2012
SHIT !! MAMAT NI SELAMBA MAIN BALING KERUSI HAMPIR KENA LAMBORGHINI
mamat ni baling kerusi bajet nak sambut la.ni confirm kena lamborghini.haha..
sayang neh bro..trolol
COOL !! Office POD: Office dimana-mana
Dengan adanya office macamni,korang boleh bawak office korang kat mana korang suka,ianya kreatif,tapi aku dah ada bilik sendiri yang boleh dibuat office,LOL,okay Harga OfficePOD yang cool kreatif ini bermula pada £ 11,950.00.Tidak seperti bangunan pejabat mana-mana taman lain, OfficePOD dipasang sebagai persekitaran kerja yang lengkap dengan meja penting dan penyimpanan, lampu, kuasa, pengudaraan dan pemanasan yang selesa.Jangka hayat POD ini melebihi 20 tahun, dan mampu diubahsuai dan dipasang semula.
WAA !! Cute gila mentol lampu Mickey Mouse
Dibawah ialah konsep mentol LED Mickey Mouse yang direka oleh Hong-kue Lee. Love it kerana sangat cute
sape nak?haha-[VIA]
loading...
































