Bila Han Bercerita

Thursday, 27 April 2017

Palacio de Sal: Hotel Yang Dibina Menggunakan Garam

hotel dibuat dari garam

Sebuah pasukan di sini telah pun mengoperasikan Palacio de Sal - hotel dengan 16 bilik yang diperbuat daripada garam. Untuk membina hotel ini, sebanyak satu juta blok garam telah digunakan termasuk lantai, dinding, siling, katil, meja dan kerusi. Selain daripada ruang tempat tinggal (bilik hotel), hotel ini juga mempunyai kawasan riadah, spa, kemudahan tempat makan, dan padang golf.

Hotel baru Palacio de Sal ini merupakan hotel yang kedua dibina menggunakan garam setelah hotel pertama nya yang dibina pada tahun 90-an dirobohkan akibat sistem pengurusan alam sekitar yang lemah.

Hotel yang baru ini, walaubagaimana pun, termasuk dengan pengurusan sisa pepejal yang lebih baik dan mematuhi peraturan alam sekitar yang ketat. Pihak hotel ini juga melarang penyewa daripada menjilat dinding hotel dan kadar sewa untuk satu malam juga berpatutan iaitu US$100 untuk satu malam penginapan.

Palacio de Sal: Hotel Yang Dibina Menggunakan Garam

Palacio de Sal: Hotel Yang Dibina Menggunakan Garam

Palacio de Sal: Hotel Yang Dibina Menggunakan Garam

Palacio de Sal: Hotel Yang Dibina Menggunakan Garam

Palacio de Sal: Hotel Yang Dibina Menggunakan Garam

Palacio de Sal: Hotel Yang Dibina Menggunakan Garam

Palacio de Sal: Hotel Yang Dibina Menggunakan Garam

Share:

Slender Vender : Mesin Jualan Minuman Ringan Paling Nipis Di Dunia Dari Coca-Cola

Slender Vender : Mesin Jualan Minuman Ringan Paling Nipis Di Dunia Dari Coca-Cola

Coca-Cola telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan pihak Ogilvy & Mather Paris iaitu sebuah spa kecantikkan yang terkenal di Perancis untuk mengeluarkan mesin layan diri yang tampak lebih seksi yang juga diberi nama sebagai "Slender Vender".

Syarikat  minuman ringan itu juga telah mengiklankan mesin jualan minuman ringan yang langsing itu di laman sesawang YouTube dengan frasa: "Diet Coke kelihatan indah dengan gaya hidup seseorang -  begitu juga dengan Slender Vender". Iklan tersebut merupakan satu kenyataan yang ketara dalam mensasarkan persepsi psikologi kepada pengguna. Mesin layan diri ini juga dengan serta-merta mampu mencerminkan Diet Coke tanpa melihat produk yang sebenar.

Sudah tentu ia merupakan idea yang cemerlang dari sebuah syarikat yang telah berkembang pesat selama lebih daripada satu abad ini. Walaubagaimana pun, masih belum diketahui sama ada mesin ini akan diperkenalkan di spa-spa kecantikkan berhampiran anda tidak lama lagi.

Slender Vender : Mesin Jualan Minuman Ringan Paling Nipis Di Dunia Dari Coca-Cola

Slender Vender : Mesin Jualan Minuman Ringan Paling Nipis Di Dunia Dari Coca-Cola

Slender Vender : Mesin Jualan Minuman Ringan Paling Nipis Di Dunia Dari Coca-Cola

Slender Vender : Mesin Jualan Minuman Ringan Paling Nipis Di Dunia Dari Coca-Cola

Slender Vender : Mesin Jualan Minuman Ringan Paling Nipis Di Dunia Dari Coca-Cola

Video:





Share:

WOW : Ubat Gigi Berperisa Coklat Ganti Agen Pemutih Gigi, Flourida

Ubat Gigi Berperisa Coklat Ganti Agen Pemutih Gigi

Dengan penemuan terbaru ini, bahan coklat akan menggantikan agen pemutih gigi, Florida dalam pembuatan ubat gigi.

Bahan terbaru ini yang telah ditemui kira-kira 3 dekad yang lalu dan hampir tidak diketahui umum ini kini boleh didapati dalam ubat gigi terbaru yang dinamakan "Theodent"

Theodent merupakan ubat gigi pertama bebas Flourida dan ramuan aktifnya lebih berkesan untuk me-mineralkan semula permukaan gigi manusia. Bahan ini telah diekstrak dari manis coklat iaitu bahan utama yang memberikan penyakit kaviti pada manusia.

Hal ini juga terbukti bahawa ekstrak koko dalam coklat adalah lebih berkesan daripada bahan Flourida dalam mengelak dan mencegah kaviti serta membantu dalam mengeraskan enamel gigi, membuatkan pengguna kurang terdedah pada kerosakkan gigi.

Pakar-pakaar pergigian percaya estrak koko yang telah ditemui ini akan menggantikan bahan Flourida sebagai komponen utama pembuatan ubat gigi. Campuran estrak koko ini dikenali sebagai "Rennou".

Produk berasaskan coklat ini akan dipromosikan bagi membuktikan ia mampu menguatkan gigi. Para penyelidik walaubagaimanapun tetap yakin produk ini akan berjaya.

Ubat gigi Theodent ini akan dijual dalam 2 jenis perasa iaitu, perasa mint dan perasa coklat. Ia kini sudah dijual di pasaran dengan harga US$9.99 setiap satu.

Ubat Gigi Berperisa Coklat Ganti Agen Pemutih Gigi

Ubat Gigi Berperisa Coklat Ganti Agen Pemutih Gigi

Ubat Gigi Berperisa Coklat Ganti Agen Pemutih Gigi



Share:

The Warka : Menara Yang Mampu Mengumpul Air Dari Udara Nipis Di Ethiopia

Menara Yang Mampu Mengumpul Air Dari Udara Nipis Di Ethiopia

Di kawasan pergunungan Ethiopia, mencari bekalan air untuk diminum merupakan satu tugas yang memakan masa dan berbahaya. Kaum wanita dan kanak-kanak sering berjalan berjam-jam lamanya setiap hari hanya untuk membawa pulang bekalan air untuk kegunaan keluarga mereka.

Walaupun menempuh perjalanan yang berbahaya selama berjam-jam, air yang sering dibawa pulang adalah tercemar dan tidak selamat untuk diminum. Pihak Vittori Lab telah mencipta satu kaedah yang bijak bagi mendapatkan sumber air bersih tanpa perlu lagi menggadaikan keselamatan dan berjalan berjam-jam lamanya.

Menara Yang Mampu Mengumpul Air Dari Udara Nipis Di Ethiopia

Menara air yang dikenali sebagai The Warka ini telah diilhamkan dari sebatang pokok Warka liar di Ethiopia, iaitu sejenis pokok ara yang melambangkan kesuburan dan kemurahan hati. Walaupun pokok Warka semakin hilang di Ethiopia, tetapi menara air ini akan menjadi suatu mercu tanda untuk penduduk asli Ethiopia pada masa hadapan berkumpul.

Dengan ketinggian kira-kira 30 kaki, menara air ini mampu untuk mengumpul air dari udara nipis dengan menggunakan sejenis kain yang berfungsi untuk pemeluwapan dan pengumpulan. Uniknya, setiap menara mampu dipasang dalam beberapa hari oleh penduduk kampung dengan hanya menggunakan bahan-bahan tempatan tanpa perlunya kemahiran khas.

Struktur yang juga ringan ini mampu mengumpul sebanyak 100 liter air (lebih 26 gelen) yang selamat diminum pada setiap hari. Dengan adanya bekalan air bersih ini, kesihatan penduduk lebih terjamin dan kanak-kanak perempuan umumnya, boleh pergi ke sekolah dari menghabiskan masa-masa mereka untuk mencari air.

Menara Yang Mampu Mengumpul Air Dari Udara Nipis Di Ethiopia

Menara Yang Mampu Mengumpul Air Dari Udara Nipis Di Ethiopia

Menara Yang Mampu Mengumpul Air Dari Udara Nipis Di Ethiopia




Share:

Wednesday, 26 April 2017

Tasik Ini Diiktiraf Sebagai Tasik Terjernih di Dunia

Tasik Ini Diiktiraf Sebagai Tasik Terjernih di Dunia

Percaya atau tidak, tasik Blue Lake yang terletak di Taman Negara Nelson Lakes ini diiktiraf mempunyai kejernihan 'terlampau' yang mampu mencapai kejernihan visual sehingga 80 meter!

Fakta Ringkas:

  • Blue Lake (Rotomairewhenua dalam Māori) adalah tasik air tawar kecil yang terletak di Taman Negara Nelson Lakes, di bahagian utara banjaran  Southern Alps, New Zealand.
  • Dalam satu kajian yang dijalankan pada tahun 2011, penyelidik daripada Institut Penyelidikan Air dan Atmosfera (NIWA) mendapati bahawa tasik ini mempunyai kejelasan visual melampau sehingga 80 meter, yang dianggap sebagai hampir dengan "optically clear" sebagaimana air suling.
  • Kejernihan Blue Lake juga mengatasi satu lagi tasik terkenal iaitu Te Waikoropupu Springs di Golden Bay yang mempunyai kejernihan visual kira-kira 63 meter.


Tasik Ini Diiktiraf Sebagai Tasik Terjernih di Dunia

Tasik Ini Diiktiraf Sebagai Tasik Terjernih di Dunia

Tasik Ini Diiktiraf Sebagai Tasik Terjernih di Dunia

Tasik Ini Diiktiraf Sebagai Tasik Terjernih di Dunia

Tasik Ini Diiktiraf Sebagai Tasik Terjernih di Dunia

Tasik Ini Diiktiraf Sebagai Tasik Terjernih di Dunia





Share:

Litar Elektronik Paling Ringan Dan Nipis Di Dunia

Litar Elektronik Paling Ringan Dan Nipis Di Dunia


Litar bersepadu transistor organik yang ultra-nipis ini telah berjaya dicipta oleh sepasukan saintis yang diketuai oleh Professor Takao Someya dan Prof Madya Tsuyoshi Sekitani dari Universiti Tokyo. Apa yang menarik nya ialah ia kelihatan sangat nipis dan telah mengagumkan masyarakat saintifik berikutan bagaimana ia dibina dalam keadaan yang sangat nipis dan mudah dibentuk.

Litar elektronik ini juga amat mudah disesuaikan pada mana-mana jenis permukaan dan ia dianggap sebagai teknologi baru dalam dunia perubatan berikutan mereka yang memakainya tidak akan rasa apa-apa.

Litar Elektronik Paling Ringan Dan Nipis Di Dunia

Spesifikasi Litar Elektronik Paling Nipis dan Ringan Di Dunia:

- Mempunyai tebal sekitar 2 microns.
- Berat hanya 3 gram meter persegi, 30 kali lebih ringan dari sehelai kertas pejabat.
- 5 microns radius bengkok, dimana walaupun ia digulung sehingga bulat, ia tidak dapat dimusnahkan.

Kesemua sifat-sifat menakjubkan ini membuatkan litar tersebut boleh dipakai tanpa dirosakkan oleh sebarang pergerakan.

Apa yang lebih menakjubkan, ia sangat mudah dibuat dan hanya menelan kos yang rendah. Walaupun teknologi merupakan yang terbaru, kosnya murah kerana ia hanya menggunakan satu gulung filem plastik setebal 1 microns sahaja. Oleh itu, apabila ia menggunakan bahan seperti plastik, ia akan menjadi sangat fleksibel dan dapat menahan sebanyak 233% tegangan dan berfungsi sepenuhnya dalam keadaan itu.

Setakat ini, ia hanya sekadar prototaip. Ia juga mempunyai sensor sentuhan pada litar yang berukuran 4.8 cm x 4,8cm itu. Ia terdiri dari dua lapisan, lapisan litar bersepadu dan lapisan sensor sentuhan.

Menurut kenyataan seorang saintis dalam penyelidikan ini, "Sensor sentuh fleksibel terbaru ini adalah yang paling nipis, paling ringan dan orang ramai tidak dapat menyedari akan kewujudan peranti ini. Saya percaya perkembangan ini akan membuka pelbagai aplikasi baru, bermula dari sistem pemantauan kesihatan, instrumen perubatan yang dapat dipakai dan juga kulit robot pada masa hadapan."
Litar Elektronik Paling Ringan Dan Nipis Di Dunia

Litar Elektronik Paling Ringan Dan Nipis Di Dunia

Litar Elektronik Paling Ringan Dan Nipis Di Dunia

Litar Elektronik Paling Ringan Dan Nipis Di Dunia

Litar Elektronik Paling Ringan Dan Nipis Di Dunia

Video:





Share:

Apa Beza Minyak Wangi 'Eau de Parfum', 'Eau de Toilette' dan 'Eau de Cologne' ?

Apa Beza Minyak Wangi 'Eau de Parfum', 'Eau de Toilette' dan 'Eau de Cologne' ?


Perfume

Sekarang dah susah nak cari minyak wangi yang original. Maksud original di sini adalah minyak wangi asli. Yang asli mempunyai tahap kepekatan sebanyak 15% hingga 40%. Selalunya minyak wangi ini harganya sangat mahal dan bukan diletakkan dalam botol jenis spray.

Apa beza ketiga-tiga ni sebenarnya?



Eau de Parfum

Kepekatan minyak wangi - 10% - 20%

EDP mempunyai kepekatan minyak wangi yang paling tinggi antara 3 jenis ni. Jenis ini boleh tahan hingga 5 jam. EDP lebih kurang sama dengan perfume cuma ia lebih air dan alkohol. Jenis minyak wangi ni selalunya dijual dalam bentuk spray.



Eau de Toilette

Kepekatan minyak wangi - 4% - 15%

EDT ni lebih ringan dan masih dijual dalam bentuk spray. EDT lebih banyak kandungan alkohol dan ini bermakna EDT tak tahan lama. Selalunya orang guna EDT ni dan sembur banyak-banyak dan untuk kegunaan seharian.



Eau de Cologne

Kepekatan minyak wangi - 2% - 5%

Cologne adalah singkatan eau de Cologne untuk bandar Cologne, Jerman, di mana aroma tertentu pertama kali dibuat, air dari Cologne. Selalunya cologne ni sangat ringan dan segar. Ia diperbuat daripada buah-buahan, dan ia mengandungi minyak pati, lemon, bergamot, oren, dan neroli mutlak. Mereka juga mungkin mengandungi minyak lavender penting dan rosemary.



sumber



Share:

Saturday, 22 April 2017

Tips : Berkumur Dengan Air Kunyit Untuk Atasi Masalah Gigi Berlubang

Berkumur Dengan Air Kunyit Untuk Atasi Masalah Gigi Berlubang

Menderita sakit gigi sangat menyakitkan. Bermula dengan gusi yang bengkak, rasa ngilu dan berdenyut-denyut. Nak makan pun susah dan kena berjaga-jaga.

Menurut Song J.Dkk daripada Fakulti Sains Biologi College of Natural Sciences, Wonkwang University , kunyit yang bernama Kurkumin  boleh menghalang pembiakan bakteria yang menjadi punca gigi itu berlubang. Kurkumin merupakan fungsi utama kunyit yang menghalang gigi jadi berlubang.

Jadi, apa yang korang harus lakukan, , berkumur dengan larutan air kunyit. Tidak kisah samada kunyit hidup mahupun kunyit serbuk. Petua ini sememangnya menjadi dan boleh mengatasi masalah gigi berlubang.

Selain berkumur, apa yang penting, jaga gigi korang okay! Pastikan gigi digosok 2 kali sehari setiap pagi dan juga sebelum tidur.

Pemeriksaan gigi juga harus dibuat setiap 6 bulan sekali.


sumber



Share:
loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...