COOL : "Smart Highways"Jalan Yang Boleh Menyala Dalam Gelap & Mengecas Kereta Elektrik ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 10 November 2012

COOL : "Smart Highways"Jalan Yang Boleh Menyala Dalam Gelap & Mengecas Kereta Elektrik


COOL : "Smart Highways"Jalan Yang Boleh Menyala Dalam Gelap & Mengecas Kereta Elektrik

Jalan yang boleh menyala dalam gelap dan mungkin pada suatu hari mampu mengecas kereta elektrik anda telah ditetapkan untuk diperkenalkan di Belanda mulai tahun hadapan.

Jalan yang dikenali sebagai "Smart Highways" ini telah diumumkan minggu lepas pada Minggu Reka Bentuk Belanda dan akan menggunakan teknologi terkini. Menurut pereka nya, ia akan menjadi sebuah jalan yang "lebih mampan, selamat dan intuitif."

Syarikat-syarikat di sebalik projek ini berkata, matlamat mereka adalah untuk menghidupkan sebuah inovasi laluan pengangkutan biasa dengan memberi tumpuan kepada jalan raya itu sendiri berbanding kenderaan yang menggunakannya.

Idea ini mungkin telah ketinggalan beberapa tahun ke belakang, namun mulai tahun hadapan, jalan raya di seluruh Belanda akan dicat dengan garisan yang diperbuat daripada serbuk foto-pendarkilau yang boleh menyerap cahaya teknologi untuk menerangi jalan raya sehingga 10 jam semalaman.

Satu lagi teknologi yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan juga adalah cat dinamik yang responsif terhadap suhu yang akan membuat kan kristal ais boleh dilihat oleh pemandu apabila cuaca sejuk membuatkan jalan menjadi licin.

Idea yang dibangunkan oleh sebuah firma Belanda, Studio Roosegaarde and Heijmans Infrastructure ini telah pun dinobatkan sebagai 'Konsep Masa Depan Terbaik' pada Anugerah Reka Bentuk Belanda baru-baru ini.

Walaubagaimana pun, masih belum ada lagi maklumat mengenai lorong kenderaan yang boleh mengecas kenderaan elektrik sewaktu membuat perjalanan, itu berkesan.

Studio Roosegaarde berkata dalam satu kenyataan, "Daripada memberi tumpuan kepada kereta untuk berinovasi, kami, Daan Roosegaarde dan Heijmans akan menginovasi jalan raya itu sendiri."

"Reka bentuk inovatif seperti jalan yang boleh menyala dalam gelap, cat dinamik, cahaya interaktif, Induction Priority Lane dan cahaya angin akan dapat direalisasikan dalam tempoh 5 tahun yang berikutnya."

"Matlamat jalan raya ini adalah untuk membina sebuah jalan raya yang lebih mampan dan interaktif dengan menggunakan pencahayaan interaktif, tenaga pintar dan tanda-tanda jalan yang boleh menyesuaikan diri dengan keadaan lalu lintas tertentu."

COOL : "Smart Highways"Jalan Yang Boleh Menyala Dalam Gelap & Mengecas Kereta Elektrik

COOL : "Smart Highways"Jalan Yang Boleh Menyala Dalam Gelap & Mengecas Kereta Elektrik

COOL : "Smart Highways"Jalan Yang Boleh Menyala Dalam Gelap & Mengecas Kereta Elektrik

Smart Highways

Smart Highways



P/s :waa.awesome..sangat membantu rakyat di sana dan ini merupakan inisiatif yang kreatif :)

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL !! Bugatti Veyron Bumbelbee di Qatar
    07.03.2012 - 1 Comments
    SUMBER
  • COOL : Keadaan Di Dalam Istana Walt Disney Untuk Pemiliknya
    02.04.2013 - 0 Comments
    mesti ramai yang tertanya2 macamne la rupa dalaman istana walt disney ka.jom…
  • (VIDEO) Tips Sejukkan Botol Atau Tin Minuman Dalam Masa 2 Minit
    20.11.2016 - 0 Comments
    Berikut merupakan cara mudah untuk menyejukkan botol atau tin minuman dengan suhu bilik secara sepantas…
  • Tips Superb Untuk Menghilangkan lemak bawah peha dan selulit dalam masa yang sangat singkat
    16.08.2012 - 1 Comments
    Hello semua,okay hari ni han ada benda nak kongsi sikit.mungkin ada dikalangan korang yang badan biasa…
  • Lelaki Pecah Rekod Dunia, Push Up 13,186 Kali Untuk 8 Jam!
    01.05.2017 - 0 Comments
    Obses dengan senaman push up, seorang lelaki telah memecah rekod dunia dengan melakukan 13,186 kali push…