COOL : Hundred Dragon Elevator,Lif Luaran Tertinggi Di Dunia ~ Bila Han Bercerita

Friday, 25 January 2013

COOL : Hundred Dragon Elevator,Lif Luaran Tertinggi Di Dunia


Hundred Dragon Elevator

Bailong Elevator atau lebih dikenali sebagai Hundred Dragon Elevator merupakan sebuah lif kaca yang dibina pada bahagian luar sebuah gunung yang penuh dengan beribu-ribu tiang batu pasir yang mempunyai ketinggian sehingga beribu-ribu kaki di kawasan Wulingyuan yang terletak di Wilayah Hunan, China.

COOL : Hundred Dragon Elevator,Lif Luaran Tertinggi Di Dunia

Pada ketinggian 1,070 kaki (330 meter), pembinaan lif telah dimulakan sejak tahun 1999 dan siap pada tahun 2002. Projek ini juga pernah mendapat tentangan sengit daripada kumpulan alam sekitar disebabkan kawasan yang dipilih untuk projek tersebut terletak di Tapak Warisan Dunia. Jumlah pelaburan untuk projek lif berkenaan menelan kos sebanyak 120 juta Yuan (USD$20 juta).

Dengan taburan pelancong yang meningkat sebanyak 5 juta orang pelawat setiap tahun, kawasan pembinaan lif berkenaan sarat dengan perhatian pelancong, namun kerja pembinaan tetap dijalankan seperti biasa.

COOL : Hundred Dragon Elevator,Lif Luaran Tertinggi Di Dunia

COOL : Hundred Dragon Elevator,Lif Luaran Tertinggi Di Dunia

Dengan siapnya projek tersebut, ia telah menerima tiga anugerah daripada Guinness World Record. Anugerah yang pertama adalah untuk lif luaran pertama tertinggi di dunia, yang kedua untuk lif dua dek tertinggi di dunia dan yang ketiga adalah untuk lif penumpang dengan jumlah kapasiti pengguna terbesar dan terpantas di dunia.

Selepas projek berkenaan dibuka pada tahun 2002, ia ditutup buat sementara waktu atas dasar keselamatan awam.

sumber

P/s : Jambatan2 gila dan ekstrem kaw2 kebanyakannya kat china..LOL

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Tak Sampai RM20 Dah Boleh Buat Ayam Goreng Cheese Ala Korea
    15.07.2017 - 0 Comments
    Tidak dinafikan ayam goreng memang enak dimakan bersama keju yang cair dan panas. Kini, ia menjadi…
  • GILA DAN LAWAK !! Bom kentut cetus huru-hara
    19.02.2012 - 0 Comments
    MISSISSIPPI: Gara-gara menggunakan perkataan sensitif pada tempat yang salah, seorang remaja berusia 19…
  • Ebby Yus Kini Bergelar Usahawan Berjaya, Miliki Mercedes Benz Sport
    28.10.2014 - 0 Comments
    Setelah lebih tiga dekad bergelumang dalam dunia seni sebagai pelakon, Ebby Yus kini mungkin sudah boleh…
  • Harga rumah di Malaysia mahal berbanding negara maju
    23.11.2014 - 0 Comments
    Purata harga rumah di Malaysia tidak berada dalam kategori mampu milik kerana ia adalah 5.5 kali ganda…
  • Meteorit Berusia 4.5 Billion Tahun Yang Ditemui Di Fukang, China
    11.06.2013 - 0 Comments
    Meteorit yang dijumpai di Fukang pada tahun 2000 di Fukang, China ini dipercayai berusia 4.5 Billion…