Inilah alat yang digunakan untuk lelaki yang ingin cuba rasa sakit bersalin ~ Bila Han Bercerita

Monday, 4 February 2013

Inilah alat yang digunakan untuk lelaki yang ingin cuba rasa sakit bersalin


Inilah alat yang digunakan untuk lelaki yang ingin cuba rasa sakit bersalin

Dua penyampai berita Belanda, Dennis Storm dan Valerio Zena mahu merasai kesakitan yang dialami oleh kaum hawa ketika melahirkan anak.

Bagi tujuan itu mereka dibenarkan merasaikan kesakitan berkenaan secara simulasi, namun hasilnya, kedua-dua lelaki berkenaan hanya mampu bertahan selama dua jam.

Inilah alat yang digunakan untuk lelaki yang ingin cuba rasa sakit bersalin

Mereka menyifatkan kesakitan yang dialami itu sebagai satu siksaan.

Storm dan Zena mendedahkan mereka melakukan ujian itu untuk merasaikan pengalaman bersalin selepas mendengar bahawa ia paling menyakitkan di dunia.

Malah ketika memasang alat itu, Zena sempat bertanyakan kepada jururawat “Adakah awak rasa kesakitan ini akan membuatkan saya menjerit,” .

Soalan itu dijawab oleh jururawat ` ya, sudah pasti’.

Inilah alat yang digunakan untuk lelaki yang ingin cuba rasa sakit bersalin

Biarpun ketika memasang alat berkenaan, kedua-duanya cuba bergurau dan ketawa, namun wajah mereka menunjukkan kesakitan sebenar yang mereka alami.

Dengan pengalaman yang dilaluinya itu, Zena kini berfikir dua kali untuk memiliki anak kerana tidak sanggup melihat isterinya menanggung kesakitan ketika bersalin.

Zena dan Storm bagaimanapun bukan lelaki pertama yang cuba merasai kesakitan berkenaan.

Pada 2009, Dr Andrew Rochford melalui pengalaman sama untuk program TV, What’s Good for You.

Dua jam kemudian, muka Rochford hampir bewarna biru ketika dia sedang menahan kesakitan.

sumber

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

  • (14 Gambar) Sekitar Majlis Pernikahan Syarif Sleeq dan Malaque Mahdly
    23.11.2014 - 0 Comments
    Tahniah diucapkan kepada penyanyi dan pelakon Syarif Sleeq yang hari ini telah sah bergelar suami kepada…
  • AKHIRNYA !! Lelaki rempuh ahli Le Tour serah diri dan beri penjelasan
    20.03.2012 - 0 Comments
    AMPANG: Seorang lelaki yang melanggar penunggang basikal, Rafizi Hamdan, 37, sehingga terbunuh dalam…
  • Video: Kajian Menunjukkan Pokok Pun Sebenarnya Ada Perasaan Dan Rasa Sakit
    14.04.2017 - 0 Comments
    Jangan ingat manusia dan haiwan je yang ada perasaan dan rasa sakit tau sebab terdapat kajian yang…
  • Inilah Fungsi Sebenar Bola-Bola Yang Berada Di Kabel Elektrik
    15.04.2017 - 0 Comments
    Kalau anda seorang yang benar-benar tumpukan perhatian pada setiap benda yang ada disekeliling, pasti…
  • Inilah Quran Tulisan Tangan Paling Tua  Di Malaysia
    30.05.2017 - 0 Comments
    Dua buah Quran tulisan tangan dipercayai masing-masing berumur 414 dan 184 tahun pernah diserahkan oleh…