Inilah alat yang digunakan untuk lelaki yang ingin cuba rasa sakit bersalin ~ Bila Han Bercerita

Monday, 4 February 2013

Inilah alat yang digunakan untuk lelaki yang ingin cuba rasa sakit bersalin


Inilah alat yang digunakan untuk lelaki yang ingin cuba rasa sakit bersalin

Dua penyampai berita Belanda, Dennis Storm dan Valerio Zena mahu merasai kesakitan yang dialami oleh kaum hawa ketika melahirkan anak.

Bagi tujuan itu mereka dibenarkan merasaikan kesakitan berkenaan secara simulasi, namun hasilnya, kedua-dua lelaki berkenaan hanya mampu bertahan selama dua jam.

Inilah alat yang digunakan untuk lelaki yang ingin cuba rasa sakit bersalin

Mereka menyifatkan kesakitan yang dialami itu sebagai satu siksaan.

Storm dan Zena mendedahkan mereka melakukan ujian itu untuk merasaikan pengalaman bersalin selepas mendengar bahawa ia paling menyakitkan di dunia.

Malah ketika memasang alat itu, Zena sempat bertanyakan kepada jururawat “Adakah awak rasa kesakitan ini akan membuatkan saya menjerit,” .

Soalan itu dijawab oleh jururawat ` ya, sudah pasti’.

Inilah alat yang digunakan untuk lelaki yang ingin cuba rasa sakit bersalin

Biarpun ketika memasang alat berkenaan, kedua-duanya cuba bergurau dan ketawa, namun wajah mereka menunjukkan kesakitan sebenar yang mereka alami.

Dengan pengalaman yang dilaluinya itu, Zena kini berfikir dua kali untuk memiliki anak kerana tidak sanggup melihat isterinya menanggung kesakitan ketika bersalin.

Zena dan Storm bagaimanapun bukan lelaki pertama yang cuba merasai kesakitan berkenaan.

Pada 2009, Dr Andrew Rochford melalui pengalaman sama untuk program TV, What’s Good for You.

Dua jam kemudian, muka Rochford hampir bewarna biru ketika dia sedang menahan kesakitan.

sumber

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

  • Suspek ditahan selepas tekan butang 'like' di laman Facebook si pemburu
    02.05.2015 - 0 Comments
    Seorang suspek lelaki yang didakwa mencuri dan melakukan jenayah pemalsuan telah ditangkap pihak berkuasa…
  • KUALA LUMPUR DAHULU DAN KINI YANG MENGGAMIT MEMORI
    23.01.2012 - 0 Comments
    Jalan Bukit Bintang ( DULU ) Jalan Bukit Bintang ( SEKARANG ) Bangunan Sultan Abdul Samad (…
  • CUBAAN BUNUH DIRI YANG FAIL DAN BANGGANG !!
    21.03.2012 - 0 Comments
    haha..apa pon tak boleh.kena troll dengan brader moto 2 org tu...elok dah bagi nyawa nak bunuh…
  • 12 Tips Penting Cara Penjagaan Alat Sulit Wanita
    10.02.2015 - 0 Comments
    Langkah-langkah penjagaan alat kelamin yang disyorkan: 1) Membersihkan bahagian luar kemaluan selepas…
  • Berita Baik Buat Penguna Iphone :iXpand untuk tambah storan iPhone
    16.11.2014 - 1 Comments
    Bagi pengguna iPhone, masalah biasa bagi mereka sudah pasti kapasiti storan yang tentulah tidak cukup!…