WAJIB TAHU : Pendakap gigi murah jadi penyebab kanser usus ~ Bila Han Bercerita

Monday, 4 February 2013

WAJIB TAHU : Pendakap gigi murah jadi penyebab kanser usus


Pendakap gigi murah jadi penyebab kanser usus


Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli pendakap gigi menerusi internet yang dijual murah kerana banyak produk seumpama itu tidak diiktiraf pakar pergigian kerana mengandungi plumbum yang boleh menjadi punca penyakit kanser usus.

Peringatan itu dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hasil kajian awal kementerian terhadap kegiatan penjualan pendakap gigi di pasaran dalam talian.

Menurutnya, pendakap gigi semakin popular terutama dalam kalangan remaja bukan kerana fungsi mencantikkan gigi tetapi lebih kepada trend atau fesyen semasa.

"Kalau mahu mencantikkan gigi, orang ramai perlu mendapatkan nasihat doktor dan menggunakan pendakap gigi yang diiktiraf oleh pakar pergigian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Aktiviti Warga Emas Bentong semalam.

Tiong Lai juga berkata, kerajaan boleh menyekat atau mengawal penjualan pendakap gigi namun tidak boleh mengawal pembelian menerusi internet.

Angkasawan Negara yang juga doktor gigi, Mejar Dr. Faiz Khaleed ketika dihubungi semalam menganggap amalan memakai pendakap gigi yang dibeli melalui internet berbahaya dan merugikan diri sendiri.

"Pendakap gigi berkualiti diperbuat daripada keluli tahan karat manakala peralatan sama yang dijual di internet tidak diketahui asal usulnya," kata beliau.

Walaupun kos memasang set pendakap gigi di klinik boleh melebihi RM4,000, harga bagi set yang mempunyai pelbagai corak di internet hanya RM150 hingga RM170 sepasang.

sumber

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

  • ( 9 Gambar) Faralyna Idris & Fikri Selamat Bergelar Suami Isteri
    13.12.2014 - 0 Comments
    Malam tadi mengambil tempat di atas kapal Cruise Tasik Putrajaya, pelakon Faralyna Idris selamat bergelar…
  • (Video) Inilah Minuman Bir Pertama Yang Diterbangkan Ke Angkasa Lepas
    09.04.2017 - 0 Comments
    Pada 18 November 2011, minuman bir 'Natural Light' dengan rasminya telah menjadi minuman bir pertama yang…
  • GEMPAR!! JURULATIH GILA CABUL 10 PELAJAR
    16.02.2012 - 0 Comments
    PETALING JAYA: Seorang jurulatih yang diberi tanggungjawab melatih 300 ahli Pergerakan Pengakap sebuah…
  • Najwa Latif Beli Kereta Perodua Myvi Tunai
    11.02.2012 - 1 Comments
    KUALA LUMPUR : Penyanyi remaja berusia 17 tahun yang menggegarkan YouTube, Najwa Latif kerana klip video…
  • PELIK !! BARING ATAS REL KERETAPI UNTUK MENDAPATKAN KHASIAT ALIRAN ELEKTRIK
    06.03.2012 - 0 Comments
    Sekali pandang macam orang nak bunuh diri tapi jangan pelik jika anda pergi ke Stesen keretapi Rawabuaya,…