[VIDEO]: Mati Ketika Melakukan Aksi Untuk Pecah Rekod Guiness ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 1 May 2013

[VIDEO]: Mati Ketika Melakukan Aksi Untuk Pecah Rekod Guiness


[VIDEO]: Mati Ketika Melakukan Aksi Untuk Pecah Rekod Guiness

INDIA – Pemegang rekod dunia, Sailendra Nath Roy, 50, meninggal dunia ketika cuba menyeberang Sungai Teesta di Darjeeling menggunakan rambutnya yang diikat di zip wire.

Roy, dikatakan tergantung di udara selama 25 minit selepas rambutnya terlekat pada roda zip wire itu pada paras 10,000 kaki dari permukaan sungai.

Ketika cuba melepaskan diri, Roy dikatakan telah mengalami serangan jantung dan meninggal dunia.

Kejadian itu disaksikan oleh 1,000 orang.

Namun mereka tidak menyedari Roy berdepan dengan masalah kerana ketika itu keadaan bising dengan sorakan dan tepukan daripada orang ramai.

Roy dibawa ke hospital selepas 45 minit, namun dia disahkan meninggal dunia.

Menurut saksi, ketika kejadian, tidak ada kakitangan pengurusan bencana atau polis yang ditempatkan diri di situ.

Roy merupakan pemegang Guinness World Record kerana berjaya bergerak paling laju pada jarak 270 kaki dengan zip wire diikat pada tocang rambutnya.

Dia juga pernah menarik keretapi di Darjeeling dengan menggunakan rambut pada jarak 2.5 meter, tahun lepas.



sumber

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • GILA !! Terperangkap dalam kereta selama dua bulan
    20.02.2012 - 0 Comments
    SEORANG lelaki yang ditemui kelmarin terperangkap di dalam kereta ini yang dipenuhi dengan salji tebal di…
  • Biarkan Anak Tidur Sambil Hisap Botol Susu Punca Utama Gigi Rosak
    23.05.2017 - 0 Comments
    Sudah pasti ramai tidak tahu termasuk admin sendiri yang rupanya botol susu merupakan salah satu penyebab…
  • MENARIK !! TERJEMAHAN DAN HIKMAH AYAT KURSI
    31.01.2012 - 0 Comments
    TERJEMAHAN DAN HIKMAH AYAT KURSI ( surah Al-Baqarah ayat 255) "Allaahu la ilaaha illa huwal hayyul…
  • Guru Terkejut Ada RM30.59 Bilion Dalam Akaun Bank
    22.01.2012 - 2 Comments
    Seorang guru sebuah sekolah tinggi di sini yang mempunyai gaji bulanan sebanyak AS$700 (RM2,170) terkejut…
  • Pakar jangakakan tsunami bakal menghancurkan Hawaii 50 tahun lagi
    16.05.2016 - 0 Comments
    HONOLULU: Hawaii berhadapan kemusnahan teruk akibat tsunami yang dicetuskan gempa bumi besar di Alaska…