Blogger BeautifulNara dirompak, BMW dikebas penyamun! ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 11 June 2013

Blogger BeautifulNara dirompak, BMW dikebas penyamun!

Blogger BeautifulNara dirompak, BMW dikebas penyamun!
beautiful nara bersama Amy Search


SUNGAI BULOH - Seorang blogger portal hiburan BeautifulNara atau nama sebenar Nazuwan Ahmad kerugian kira-kira RM350,000 apabila kereta BMW miliknya dilarikan tiga penjenayah di kawasan Aman Puteri, di sini petang semalam.

Nazuwan berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2.10 petang, dia bersama isteri, Fadzlin Zulkiflee dan seorang anak mereka sedang melihat kerja ubahsuai rumah yang baru dibeli di kawasan berkenaan.

Katanya, tiba-tiba datang kereta jenis Perodua MyVi hitam, meluru ke arah mereka sekeluarga dan tiga lelaki bertopeng mengeluarkan parang.

"Penjenayah mengugut saya dengan parang, mengambil duit RM30 di dalam beg duit dan melarikan kereta BMW 3 Siri berwarna putih berplat WWM 7040.

"Saya sangat gementar dan bimbang dicederakan oleh lelaki itu. Saya tergamam dan terus memberikan apa sahaja yang diminta oleh mereka. Saya rasa, mereka memang dah jadikan kereta itu sebagai sasaran,” katanya.

Beliau berkata, mereka sekeluarga selamat dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Pelong, Kuang.

Katanya, sesiapa yang terlihat atau mempunyai maklumat berhubung keretanya, boleh menghubungi beliau di talian 017-2678341.

sumber

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

  • Apple Dijangka Lancar iPhone 5 Tidak Lama Lagi
    30.01.2012 - 0 Comments
    Pembuat telefon bimbit terbesar dunia, Apple mungkin akan mengeluarkan iPhone 5 pada musim panas tahun…
  • GEMPAR: SATU JAM PELUK MAYAT KEKASIH
    26.01.2012 - 0 Comments
    PUJUK...anggota polis memujuk lelaki yang meniarap di sisi mayat teman wanitanya. GEORGETOWN: Hampir…
  • Selera Pelik Pelari Jamaica - Usain Bolt
    13.08.2012 - 0 Comments
    PELARI Jamaica, Usain Bolt adalah tarikan utama dalam acara terhebat di dunia. Begitupun ketika anda…
  • Penduduk dalam bahaya, wanita lepas 900 ekor ular untuk hapus dosa
    12.06.2016 - 0 Comments
    SICHUAN - CHINA . Seorang wanita dipercayai melepaskan 900 ular ke dalam hutan untuk menghapuskan dosa…
  • (Video) Rekod Layangan Kapal Terbang Kertas Terjauh Berjaya Dipecahkan
    10.04.2017 - 0 Comments
    Seorang pemain American Football telah berjaya memecahkan rekod dunia untuk jarak terjauh melayangkan…