Kisah Sedih Jep Sepah Sebelum Bergelar Pelawak ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 27 July 2013

Kisah Sedih Jep Sepah Sebelum Bergelar Pelawak

KISAH BENAR KEHIDUPAN JEP SEPAH SEBELUM MENJADI PELAKON DAN PELAWAK

Mohd Nadzri Zainal Abidin atau Jep Sepah menceritakan keperitan hidupnya sebelum begelar pelawak satu ketika dahulu.

Menurut Jep, dia dan dua teman serumahnya yang juga merangkap anggota bersekutu kumpulan Sepah terpaksa mengikat perut demi menyara kehidupan pada awal waktu menjadi artis.

Segenggam duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu mula-mula melangkah masuk ke dalam arena seni lima tahun lalu.

Lawak hambar bersama dua anggota kumpulan Sepah ketika itu iaitu Shuib dan Mamat pula penawar paling mujarab mengubat rasa putus asa bergelar penghibur.

“Saya pernah hampir berputus asa, hati ini mahu saja pulang semula ke kampung di Kulai, Johor. Bagaimanapun, saya bangkit dan membulatkan tekad serta yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dan tiada perkara yang mustahil dilakukan dalam hidup,” kata Jep.

Dia yang ditemui wartawan kosmo sewaktu mencuri sedikit masanya yang sibuk dengan sesi rakaman program popular Karoot Komedia X musim kedua di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kemudian melanjutkan cerita.

“Ketika mula-mula bergelar artis kami tiada mentor untuk membuat rujukan atau meminta pertolongan. Sejujurnya kami terumbang-ambing dan pernah suatu ketika kami bertiga mengumpulkan saki-baki duit syiling yang ada untuk membeli nasi selepas seharian berlapar.

“Alhamdulillah, proses itu perlahan-lahan mendidik saya dan saya selesa dengan kedudukan sekarang. Saya tidak perlu terbang terlalu tinggi kerana takut terlupa cara mahu turun.”

Tambah Jep lagi, realitinya, permulaan Jep sebagai pelawak bertitik-tolak daripada rasa tercabar dengan teman-teman sekerja ketika bertugas sebagai krew di bahagian bagasi penerbangan tambang murah ketika awal usia 25 tahun.

“Takdir mungkin mengubah angin hidup saya. Saya tidak pernah terfikir atau memilih kerjaya sebagai pelawak, tapi jalan hidup saya berlaku secara kebetulan.

“Saya mahu jadi pemain bola sepak sebenarnya selepas tamat sekolah, tapi apabila gagal menyarung jersi pemain kebangsaan dan sasaran saya tidak tercapai, saya kecewa!,” ceritanya.

Dia kemudian memulakan sebuah kehidupan di Kuala Lumpur dengan bekerja sebagai pencuci mesin.

“Kerjaya saya di Kuala Lumpur bermula sebagai pencuci mesin selama tiga tahun sejak berumur 18 tahun di NSTP (The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad). Kemudian saya berpindah ke syarikat penerbangan tambang murah selama tiga tahun sehingga saya dicabar oleh rakan-rakan untuk mencuba nasib dalam uji bakat Raja Lawak musim ketiga.

“Apabila ditawarkan menyertai Raja Lawak, saya dalam dilema sebenarnya. Keluarga tidak menentang, tapi ayah saya tidak menyokong,” ujar Jep menyusur kembali zon masa silamnya beberapa tahun ke belakang.

Berbicara mengenai keperitan sebagai pelawak kata juara Maharaja Lawak 2011 itu, dia berterima kasih kepada Astro Warna yang telah membekalkan platform khusus kepada pelawak yang sebelum ini hampir dipandang sepi.

Malah kata Jep, untuk berjaya dalam dunia pelawak, resipinya terletak intipati lawak setiap kali membuat persembahan.

“Pelawak boleh kekal lama asalkan lawak yang dibuat bukan pada fizikal semata-mata tapi juga dengan perkataan yang mengandungi unsur-unsur nasihat.

“Pengetahuan mengikut peredaran zaman adalah perlu dan kepelbagaian harus ada untuk melawak,” kongsi Jep.

sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

  • Perkataan
    11.05.2016 - 0 Comments
    Bas merah Landon yang menjadi ikonik untuk pengankutan awam bandar-bandar di England nampaknya telah…
  • COOL !! Google Tawarkan 1 Juta USD Kepada Hacker Yang dapat mengeksploitasi GOOGLE CHROME
    01.03.2012 - 2 Comments
    Google akan memberikan hadiah wang tunai berjumlah 1 juta Dollar kepada penggodam yang berjaya…
  • Ezad Exist Didenda RM3,500, Pengawasan Polis 2 Tahun
    10.02.2015 - 0 Comments
    Bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim dikenakan denda sebanyak RM3,500 dan pengawasan di bawah Agensi…
  • Inilah Satu-satunya Rumah Ditengah Highway Di China
    04.12.2012 - 0 Comments
    Disebabkan pampasan yang diberikan oleh kerajaan tidak mencukupi, pasangan dari China ini berdegil untuk…
  • Jutawan Speedmart99 Adalah Lelaki Cacat, Belajar Setakat Darjah Enam
    05.08.2012 - 0 Comments
    Kita mungkin sudah biasa melihat rangkaian mini market 99Speedmart yang papan tandanya berwarna hijau…