Pelatih PLKN Mati Dipukul Di DAlam Bilik Air ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 24 September 2013

Pelatih PLKN Mati Dipukul Di DAlam Bilik Air



Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), ditemui mati di bilik air Kem Pinggiran Pelangi, dekat sini, tengah malam kelmarin, dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

Mangsa, Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, yang berasal dari Kerdau, Temerloh, ditemui terbaring dalam bilik air itu oleh rakan lain pada jam 12 tengah malam.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata laporan bedah siasat Hospital Muadzam Shah menunjukkan ada kesan lebam di belakang telinga mangsa dipercayai akibat pukulan objek tumpul.

Teruskan siasatan

“Mangsa meninggal dunia kemungkinan akibat dipukul berdasarkan kesan lebam di belakang telinga tetapi kita akan teruskan siasatan bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Johari berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sebaik ditemui, mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Muadzam Shah, namun disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Pengarah Latihan Khidmat Negara, Rozainor Ramli, berkata sebelum itu, mangsa dalam keadaan sihat serta baru selesai menjalani latihan bersama pelatih lain.

“Satu pasukan khas ditubuhkan pada peringkat jabatan bagi menyiasat perkara itu sebaik memperoleh laporan bedah siasat mengenai punca kematian mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bapa mangsa, Norhamidi Bakar, 46, ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Muadzam Shah, berkata kali terakhir beliau bertemu Muhammad Suhaimi adalah ketika menghantarnya ke kem untuk pendaftaran, bulan lalu.

Anak sulung daripada tiga beradik itu seorang yang pendiam namun disenangi rakan.

“Sebelum pergi, arwah bersemangat menyertai PLKN dalam usaha mengejar cita-citanya menjadi anggota polis. Saya reda dengan kejadian yang menimpanya,” katanya.

sumber

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Pekerja dakwa dipecat selepas dituduh mogok di facebook
    24.03.2012 - 0 Comments
    KOTA BHARU – Seramai 41 pekerja kilang di Padang Tembak di sini, semalam mendakwa mereka dianiaya…
  • GILA !! MENANG LAMBORGHINI,TAPI LEBUR
    24.01.2012 - 2 Comments
    Alkisahnya macam ni, brader ni telah berjaya memenangi satu peraduan anjuran pasaraya dekat USA. Hasilnya,…
  • 6 Penyebab Malas Belajar
    24.01.2012 - 0 Comments
    Belajar adalah kewajipan seorang pelajar, hidup tanpa belajar bagaikan raga tanpa jiwa. Tetapi, masalah…
  • GEMPAR !! Nenek Berusia 16 Tahun Akibat Kesalahan MyKad
    16.02.2012 - 0 Comments
    Nenek Berusia 16 Tahun Akibat Kesalahan MyKad Akibat mulut badan binasa, akibat MyKad, nenek boleh jadi…
  • Zizan Razak Letak 3 Syarat Sebelum Sertai Yus Dan Tauke
    28.10.2014 - 0 Comments
    Pelawak Zizan Razak meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju bergabung dengan dua pelawak daripada…