Perompak Guna 'Da Vinci Code' Untuk Bantu Penjenayah Lain Kenal Pasti Rumah Orang Kaya ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 15 September 2013

Perompak Guna 'Da Vinci Code' Untuk Bantu Penjenayah Lain Kenal Pasti Rumah Orang Kaya

Perompak Guna 'Da Vinci Code' Untuk Bantu Penjenayah Lain Kenal Pasti Rumah Orang Kaya


Pencuri kini menggunakan simbol berkod yang ditulis dengan kapur untuk membantu penjenayah lain mengenal pasti sasaran sama ada ia bernilai atau tidak.

Kod yang disebut sebagai Da Vinci Code itu dibuat oleh mereka yang akan mencuri untuk menunjukkan jika rumah tersebut bebas dari ancaman bahaya, siapa individu yang tinggal di rumah berkenaan dan sama ada terdapat apa-apa barangan bernilai untuk dicuri.

Selain itu, terdapat simbol bagi menunjukkan jika terdapat seorang penghuni wanita yang menjadi sasaran mudah dan menunjukkan jika pemilik rumah itu seorang yang 'gementar dan takut'.

Simbol tulisan kapur itu telah dikesan di sebelah rumah seorang pesara yang terletak di Walkden, Greater Manchester.

Polis kini sedang menyiasat simbol berkenaan selepas memaklumkan kepada penduduk lain di kawasan itu dan telah mengedarkan risalah amaran dalam kawasan yang ditandai simbol itu.

Kod tersebut, sebelum ini turut dilaporkan pernah dilihat di bahagian-bahagian lain di negara ini.

Polis Salford turut meminta bantuan orang awam sekiranya mereka yang melihat simbol-simbol untuk mengambil gambar dan membersihkannya secepat mungkin. Polis melancarkan siasatan selepas menerima laporan daripada seorang wanita warga emas pada hari Ahad, 25 Ogos.

Ketua Inspektor, Sue Downey berkata: "Polis di Salford telah menerima panggilan daripada seorang wanita di Walkden, yang bimbang terhadap simbol yang telah ditanda pada rumahnya dengan meggunakan kapur."

Sehingga kini, setelah perbincangan lanjut diadakan bersama masyarakat kawasan berkenaan, kami belum menerima sebarang laporan lanjut berhubung aktiviti sedemikian.

"Kami sentiasa memaklumkan kepada orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan kepada pihak polis, di mana kita akan membuat siasatan."

"Pada masa ini, kita masih belum mendapat maklumat sekiranya ada hubungan antara simbol kapur dengan apa-apa jenayah."

"Pada bulan Januari, polis di Torbay, Devon, mennyebarkan kod simbol itu di Twitter dalam usaha untuk memberi amaran kepada pemilik rumah yang mungkin berpotensi untuk menjadi sasaran pencuri."

Pada tahun 2009, pinggir bandar mewah Tandridge di Surrey juga disasarkan oleh tanda simbol yang sama.

sumber

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL GILA !! alat pemotong kek alaf baru super canggih !!
    25.02.2012 - 0 Comments
    Reka bentuk pemotong kek yang awesome! Kita perlu ada pemotong ni sebab ia sangat membantu. Tak perlu…
  • [VIDEO] GEMPAR!! HANTU MUNCUL DI PUSAT KAROKE
    15.02.2012 - 0 Comments
    ni video troll...laki kena la tunjuk macho depan awek.hehe..ni sekali tergolek.hehe
  • CEO BMW rebah ketika sidang media
    16.09.2015 - 0 Comments
    Frankfurt: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BMW, Harald Krueger, 49, tumbang ketika sidang media…
  • Pesawat Nazi Yang Hilang Semasa Perang Dunia Ke-2 Ditemui Setelah 70 Tahun
    04.11.2014 - 0 Comments
    Satu strap tali pinggang yang mempunyai lambang Nazi, pisau cukur dan sepasang kasut but merupakan antara…
  • Cara-Cara Gunakan Suara Sendiri Untuk Waze. Jom Cuba!
    18.05.2017 - 0 Comments
    Aplikasi Waze menjadi rujukan utama buat pengguna tempatan mengetahui arah perjalanan menuju ke destinasi…