Abam Anggap Kritikan Ogy Ahmad Daud Menjatuhkan Air Mukanya ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 19 May 2015

Abam Anggap Kritikan Ogy Ahmad Daud Menjatuhkan Air Mukanya

Abam Anggap Kritikan Ogy Ahmad Daud Menjatuhkan Air Mukanya


Gara-gara dikritik oleh Ogy Ahmad Daud ketika di dalam rancangan Qu Puteh Bintang Bersama Bintang kerana berulang kali menggunakan fizikal Abam sebagai bahan jenaka, pelawak ini telah menyuarakan isi hatinya di laman media sosial miliknya.

Abam Bocik

“Apa pun orang nak cakap, kita buat untuk semua terhibur jika anda tak puas dengan persembahan kami maaf kami ucapkn sebab tiada manusia yang perfect. Tak salah untuk mengkritik tapi jangan sampai menjatuhkn air muka. Kalau tak suka, cakap tak suka…simple in my life,” luah Abam di Instagram.

Luahan tersebut khabarnya disuarakan kerana Ogy selaku juri telah memberikan kritikan tajam mengenai kumpulan Bocik yang menjadikan Abam sebagai objek jenaka dan turut memberitahu jika mereka menang adalah atas Abam sendiri dan bukannya di atas kehebatan persembahan.

“Kenapa daripada dulu sampai sekarang ye, kumpulan Bocik ni hanya menggunakan Abam sebagai bahan, mesti fizikal tubuh Abam. Bagi kakak kalau sentuh pasal lawak skopnya luas, kamu kata kamu orang tua tapi di mana watak orang tua nya? Bahasa tubuh orang tua? intonasi org tua di mana?”

“Itu maksud kakak. Tapi kalau awak menang pun kerana undianlah. Kerana ramai peminat awak yang akan mengundi awak bukan kerana persembahan. Terima kasih,” kata Ogy dipetik dari portal OhBulan!

Sebagai seorang penghibur yang versatil, mungkin juga kumpulan Bocik akan tampil dengan jenaka baru. Kritikan adalah demi untuk kebaikan. Apa pun, semoga Abam dan kumpulan Bocik sentiasa maju dalam menghiasi industri hiburan tanah air.

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Kenali 4 Tanda Kanser Prostat
    15.04.2017 - 0 Comments
    Kalau wanita sering dikaitkan dengan kanser payudara, kanser pelvik yang merupakan barah yang paling…
  • Bola Berapi : Permainan Ekstrem Pelajar Madrasah Menguji Kekuatan Rohani dan Psikologi
    09.04.2017 - 0 Comments
    Permainan bola berapi bertujuan  untuk menguji ketahanan dan kekuatan psikologi dan rohani oleh…
  • Usain Bolt,lelaki terpantas dunia tinggalkan kekasih
    13.05.2012 - 0 Comments
    LONDON: Lelaki terpantas dunia, Usain Bolt, 25, dilaporkan berpisah dengan teman wanitanya yang juga…
  • LELAKI WAJIB TAHU.,FAKTA-FAKTA TENTANG WANITA
    11.03.2012 - 0 Comments
    1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna…
  • Facebook Rolls Out New Advertising Tools
    01.03.2012 - 0 Comments
    NEW YORK – Facebook rolled out new tools for advertisers Wednesday as it prepares to go public later this…