Suspek ditahan selepas tekan butang 'like' di laman Facebook si pemburu ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 2 May 2015

Suspek ditahan selepas tekan butang 'like' di laman Facebook si pemburu

Suspek ditahan selepas tekan butang 'like' di laman Facebook si pemburu


Seorang suspek lelaki yang didakwa mencuri dan melakukan jenayah pemalsuan telah ditangkap pihak berkuasa Montana, Amerika Syarikat selepas tertekan butang ‘like’ pada muat naik mengenai dirinya sendiri di Facebook.

Tertuduh, Levi Charles Reardon, 23, yang dipaparkan sebagai suspek paling dihendaki di laman Facebook Cascade County Crime Stoppers dilaporkan mencari padah sendiri dengan menekan butang ‘like’ pada poster gambarnya di akaun Facebook itu.

Reardon kemudian dihadapkan di Mahkamah pada hari Isnin selepas ditangkap pada malam Jumaat. Setakat ini, Reardon tidak mengfailkan sebarang notis rayuan dan tarikh pendakwaan masih belum ditetapkan.

Menurut laporan akhbar Great Falls Tribune, waran tangkap terhadap Reardon dikeluarkan berkaitan kes pemalsuan dan kecurian.

Manakala, menurut rekod Mahkamah, Reardon adalah suspek yang terlibat dalam kes kecurian dompet serta kes pemalsuan cek peribadi pada Januari lepas.

Menurut laporan polis,  empat kes pemalsuan cek difailkan terhadap Readon yang didakwa mengeluarkan wang dengan menggunakan cek yang hilang. Sebelum ini, Readon juga pernah disoal siasat atas pemalsuan cek peribadi.

Bagaimanapun, pegawai penyiasat tidak mendedahkan bagaimana dan dimana mereka menahan  Reardon pada Jumaat lepas.

sumber

P/s: macam kelakar pulak rasanya.hahaha.adoiii.sengalnyaa


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Trump Selar Malaysia Sebagai 'Penipu'
    06.04.2017 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini menyangkal tuduhan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang…
  • COOL : Inilah Taman Bunga Terkecil Di Dunia
    02.04.2013 - 0 Comments
    Mill Ends Park yang terletak di pusat bandar Oregon, Amerika Syarikat merupakan sebuah taman bunga…
  • Kebimbangan Tun Mahathir Jika Malaysia Muflis
    03.03.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bimbang Malaysia mungkin menghadapi…
  • (WAJIB TAHU) Inilah Ikan Kecil Yang Lebih Bahaya Dari Ikan Piranha
    10.02.2015 - 0 Comments
    Ikan Candiru atau disebut Canero merupakan jenis ikan air tawar yang sekeluarga dengan ikan lele. Ikan…
  • DJ Radio SalamFM Dipecat 24 Jam Melalui Whatsapp Hanya Kerana Bertanyakan Tunggakan Gajinya Yang Belum Dibayar
    19.02.2015 - 0 Comments
    Penyampai radio Salam FM, Mohamed Noor Mohamed Yusof mendakwa dipecat daripada stesen radio berfokuskan…